Showing posts with label Anwar Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Anwar Ibrahim. Show all posts

Saturday, May 21, 2011

Undian web : Majoriti tidak percaya Anwar pelakon video seks

80 peratus tidak percaya Anwar di dalam video tersebut
http://1001zones.com/wp-content/uploads/2011/03/anwar-ibrahim.jpg
ISU video seks yang ingin dikaitkan dengan DS Anwar Ibrahim nampaknya sudah tidak sehangat dulu. Ini adalah kerana rakyat telah mencampakkan segala najis fitnah itu ke muka sekutu Apco yang digelar oleh DS Anwar sebagai `Pandi Kutti'.
Saya telah mengadakan undian (Poll) kepada pengunjung blog saya semenjak isu ini meletus. Undian tersebut telah mendapat sambutan hangat sehingga hari ini 21 Mei 2001, seramai 6,664 pengunjung telah membuat pilihan mereka.
Soalan yang dikemukakan adalah "SETELAH ANDA MENONTON KLIP VIDEO ITU ATAU TIDAK, ADAKAH ANDA PERCAYA DS ANWAR TERLIBAT?"
Daripada jumlah 6,664 pengunjung, keputusan yang diperolehi adalah seperti berikut: 1. Tidak percaya - 80 % 2. Percaya - 9 % 3. Kurang percaya - 5 % 4. Tidak tahu - 6 %.
Nampaknya isu ini masih gagal menjejaskan sokongan terhadap DS Anwar, apatah lagi ramai di kalangan Ulamak sendiri menolak cara penyelesaian kes ini melalui sumpah laknat oleh Datuk Eskay, Rahim dan Shuib. Majoriti Ulamak, ilmuan dan rakyat mahu kes ini diselesaikan mengikut kaedah yang diajar oleh Allah seperti yang termaktub di dalam Al-Quran.
Isu jam Omega juga gagal, walaupun pada mulanya dikatakan jam tersebut adalah pemberian daripada Raja Arab Saudi kepada DS Anwar. Akhirnya, pihak Polis sendiri mengesahkan bahawa jam tersebut berasal dari Taiwan dan dibeli pada tahun 2004.
Kita masih ingat bahawa pada tahun tersebut, DS Anwar masih di dalam penjara dan mana mungkin beliau boleh keluar dari penjara untuk membeli jam berkenaan. Sebelum itu, timbul persoalan bagaimana tuan punya jam tersebut boleh membawa Surat Pendaftaran jam berkenaan ke mana-mana dia pergi.
Usaha beterusan diteruskan juga, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Kini dihebohkan bahawa video berkenaan telah disahkan tulin oleh pakar dari Amerika.
Soalnya tulin atau tidak, kita tetap mahu mereka yang terlibat menayangkan video lucah berkenaan ditangkap dan didakwa segera. Mengapa begitu lama untuk lakukan siasatan dan pendakwaan, sedangkan Datuk Eskay mengaku menayangkannya?
Justeru itu, jangan salahkan rakyat jika ada anggapan serong terhadap pihak Polis. Terlalu banyak persoalan berlalu begitu sahaja termasuk Blogger dan sebuah akhbar pencacai yang terang dan jelas menimbulkan isu sensitif tentang ugama Kristian sebagai agama rasmi negara.
Apa tindakan pihak berkuasa? Apa tindakan terhadap Ibrahim Ali yang begitu ingin berjihad di dalam Perang Salib?


Dipetik daripada blog WFAUZDIN

Got a friend who uses Facebook and Twitter? Invite them and earn RM 1 for every friend who joins and shares a campaign. ada ramai kawan guna facebook dan twitter? jemput mereka dan untung RM1 untuk setiap kawan yang menyertai dan berkongsi kempen ini.Tak guna modal 1sen pun.klik sini untuk menyertai.
Jana pendapatan sambilan dengan churpchurp-tanpa modal.Setiap satu klik di bayar 20sen

Tuesday, May 17, 2011

Sandiwara penghakiman : Pertubuhan Lawyers For Liberty


[KD] KUALA LUMPUR: Pertubuhan Lawyers For Liberty menganggap perbicaraan kes Fitnah 2 membabitkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan sandiwara semata-mata untuk memenjarakan pemimpin pembangkang itu.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, LFL mengulas keputusan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang memutuskan Anwar perlu membela diri dalam kes tersebut.

“Bagaimana hakim boleh membuat kesimpulan pengadu Saiful Bukhari ada kredibiliti dan saksi yang berwibawa bila dia secara serius memberikan keterangan bercanggah dan bukti yang amat mencurigai malah mempunyai hubungan sulit dengan salah seorang pendakwa kes?,” soalnya.

Menurut LFL, Saiful malah memberi keterangan di mahkamah yang dia berjumpa dengan para pegawai kanan polis dan ahli-ahli politik tertinggi Umno, termasuk Perdana Menteri dan isterinya, sebelum membuat laporan polis terhadap Anwar.

“Apakah itu tidak cukup untuk mewujudkan satu keraguan munasabah mengenai kes itu?,” soalnya lagi.

“Laporan perubatan dari Hospital Kuala Lumpur pada 28 Jun 2008 menunjukkan tidak terdapat kesan penemuan klinikal penembusan di dubur Saiful dan kesan kecederaan atau luka mempertahan kan diri ditemui pada pengadu itu.

“Tetapi hanya di Malaysia, laporan perubatan sebegitu telah diadakan untuk mewujudkan satu keraguan munasabah dan para doktor kemudian memberi keterangan bertentangan dengan laporan perubatan untuk membabitkan Anwar,”
tegasnya.

Tambahnya, dari awal kes lagi pendakwa dan hakim sentiasa menghalang usaha pihak peguam mendapatkan dokumen penting termasuk nota perubatan dan dokumen berkaitan laporan kimia dan DNA.

“Bagaimana boleh ini dipanggil satu perbicaraan adil dan bebas?,” ujarnya lagi.

LFL berkata, sistem keadilan jenayah di Malaysia sekali lagi dipergunakan sebagai alat untuk menindas dan menentang politik pembangkang.

“Kes ini menunjukkan contoh jelas ketidakjujuran dan kerjasama antara aparatus negara, kehakiman, polis, peguam negara dan agensi kerajaan seperti Jabatan Kimia dan hospital yang menyalahgunakan pembuktian untuk mensabitkan Anwar dalam apa juga cara,” katanya.

Got a friend who uses Facebook and Twitter? Invite them and earn RM 1 for every friend who joins and shares a campaign. ada ramai kawan guna facebook dan twitter? jemput mereka dan untung RM1 untuk setiap kawan yang menyertai dan berkongsi kempen ini.Tak guna modal 1sen pun.klik sini untuk menyertai.
Jana pendapatan sambilan dengan churpchurp-tanpa modal.Setiap satu klik di bayar 20sen

Monday, May 16, 2011

Terkini : Anwar diarah bela diri kerana Saiful saksi jujur,berwibawa



Mahkamah Tinggi hari ini mengarahkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membela dirinya terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah menyatakan pihak pendakwa berjaya mewujudkan kes prima facie case dan Ketua Umum PKR yang berusia 63 tahun itu perlu membela diri.

Beliau juga menyatakan Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah seorang saksi berwibawa.

Tertuduh menghadapi pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabie mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan rotan jika sabit kesalahan.

“Pihak pembela cuba untuk menunjukkan Saiful sebagai saksi yang tidak berwibawa dan bukan seorang Muslim yang baik. Dengan meghormatinya pembelaannya, namun ia tidak relevan,” tambahnya.

“Saiful tampil sebagai saksi yang jujur dan bahanbuktinya meyakinkan, dengan setiap perincian diberikan di dalam keterangannya.

“Oleh itu persoalan selanjutnya ialah samada wujud bahan bukti untuk menyokong kenyataan Saiful.

“Ketiga-tiga doktor mengesahkan terdapat tusukan.

“Mengenai pencemaran bahanbukti DNA, kesemua sampel telah diambil sejurus selepas kejadian dan telah dimeterai. Saya lihat kemungkinan untuk berlaku pencemaran terlalu kecil.

“Berdasarkan kepada semua sebab di atas, pihak pendakwa telah berjaya mewujudkan kes prima facie terhadap tertuduh dan mengarahkannya untuk mempertahankan diri,” katanya.

Hakim Zabidin kemudiannya menangguhkan perbicaraan seketika untuk menentukan tarikh bagi mendengar pembelaan Anwar.

Ia mengambil masa hampir setahun sebelum perbicaraan liwatnya itu dimulakan, dengan pasukan pembelaan cuba mengetepikan pertuduhan terhadap Anwar.

Setelah gagal dalam permohonan awal di mahkamah tertinggi, pihak pembelaan kembali dengan permohonan lain mengikut Seksyen 51A Kanun Prosedur Jenayah untuk laporan perubatan mengenai Anwar yang dijalankan oleh doktor-doktor di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Perbicaraan itu, yang bermula pada 3 Feb tahun lepas, di mana Mohd Saiful, 25, memberikan keterangan dengan memberitahu mahkamah mengenai tugasnya di pejabat Anwar sebagai pembantu dan dakwaan insiden tersebut.

Bagaimanapun, butir-butir mengenai dakwaan perbuatan itu didengar di mahkamh secara tertutup, tetapi pada perbicaraan dalam mahkamah terbuka beliau memberikan keterangan berkaitan kes tersebut yang membawanya membuat laporan polis terhadap Anwar.

Malah Mohd Saiful memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak buang air besar selama dua hari selepas mendakwa diliwat.

Mohd Saiful juga memberikan keterangan bahawa slek hitam yang dipakai beliau pada hari dituduh diliwat adalah hadiah daripada Anwar.

Pendakwaan memanggil 27 saksi, termasuk tiga pakar dari HKL yang memeriksa Mohd Saiful pada 28 Jun, 2008, dua hari selepas dakwaan insiden itu berlaku.

Pihak pendakwaan juga menggunakan sepenuhnya penemuan dua ahli kimia, Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon, bahawa profil DNA "lelaki Y" didapati di dubur Mohd Saiful yang dikatakan adalah milik Anwar.  -kelabgreenboc

Got a friend who uses Facebook and Twitter? Invite them and earn RM 1 for every friend who joins and shares a campaign. ada ramai kawan guna facebook dan twitter? jemput mereka dan untung RM1 untuk setiap kawan yang menyertai dan berkongsi kempen ini.Tak guna modal 1sen pun.klik sini untuk menyertai.
Jana pendapatan sambilan dengan churpchurp-tanpa modal.Setiap satu klik di bayar 20sen

Sunday, May 15, 2011

Nurul Izzah cabar Najib debat dengan Anwar


KETEREH, 14 Mei: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar, mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan ‘debat’ khas dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menentukan kesalahan yang dilakukan oleh ayahnya itu.
Pada masa yang sama, beliau turut memohon Perdana Menteri itu mengarahkan pihak yang tidak bertanggungjawab menghentikan fitnah terhadap ayahnya, sebaliknya mengadakan debat sebagai medan untuk mendedahkan kesalahan yang dilakukan khususnya dalam pentadbiran negara sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Sepetang Bersama Nurul Izzah yang diadakan di Dataran Ilmu Kok Lanas, di sini petang semalam.
Turut berucap pada majlis itu, Penyelia Dun Kok Lanas, Nik Mahadi Mahmood, Anggota Parlimen Ketereh, Abdul Aziz Kadir.
Menurut Izzah lagi, perancangan jahat tidak perlu dilakukan apa lagi dengan tuduhan jijik liwat, video seks dan berbagai lagi kerana ianya akan memburukkan imej negara bukan sahaja keluarganya.
“Kalau ayah saya salah, buat debat terbuka biar rakyat dengar, biar rakyat puas hati dan kami juga puas hati apa kesalahan ayah kami,” ujarnya.
Beliau bagaimanapun yakin kerajaan tidak akan berbuat demikian kerana debat itu akan memakan mereka sendiri.
Izzah juga turut berpendapat pelbagai fitnah lagi bakal menimpa ayahnya menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti.
Pada masa yang sama beliau juga turut mengucapkan terima kasih pada PAS dan DAP yang telah menyedarkan dirinya untuk turut berjuang bersama menentang kezaliman kerajaan BN terutama Umno.
Jelasnya, parti yang paling kuat menentang kerajaan khususnya berhubung kes ayahnya ialah PAS sehingga parti itu sanggup berdepan dengan pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU).
“Sebelum ini saya tidak berminat dengan politik, saya belajar di universitipun bidang kejuruteraan awam, namun kerana kezaliman yang semakin berleluasa khususnya melibatkan ayah, saya sanggup berdepan semua itu,” katanya yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai.
Pada majlis tersebut Izzah tidak dapat menahan sebak apabila menyentuh tentang ugutan yang diterima melalui system pesanan ringkas (sms) yang akan menculik anak sulungnya sekiranya masih menyokong perjuangan Anwar.
Pada majlis itu juga beliau turut menyampaikan sumbangan golongan miskin di Dun Kok Lanas.
Sebelum menyampaikan ceramah di Kuala Krai dan Machang, beliau terlebih dahulu memenuhi program santai dan minum petang di rumah Anggota Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail.  - harakahdaily

Got a friend who uses Facebook and Twitter? Invite them and earn RM 1 for every friend who joins and shares a campaign. ada ramai kawan guna facebook dan twitter? jemput mereka dan untung RM1 untuk setiap kawan yang menyertai dan berkongsi kempen ini.Tak guna modal 1sen pun.klik sini untuk menyertai.
Jana pendapatan sambilan dengan churpchurp-tanpa modal.Setiap satu klik di bayar 20sen

Monday, May 2, 2011

Cara berpolitik di negara ini semakin menjijikkan - Bekas Mufti Perlis

Balas sumpah pertahan maruah

SHAH ALAM - Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu melakukan sumpah laknat di hadapan masyarakat bagi menafikan bahawa beliau bukanlah individu yang dikaitkan dalam video aksi seks seperti yang didedahkan trio ‘Datuk T’ baru-baru ini.

Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin berkata, walaupun sumpah laknat tersebut bukanlah satu kewajiban namun ia perlu dilakukan oleh Anwar bagi mempertahankan maruahnya.

“Saya tidak bersetuju Datuk T bersumpah laknat tetapi oleh kerana mereka sudah bersumpah dan menimbulkan buruk sangka kepada pihak yang dituduh, mengapa tidak Anwar bersumpah sahaja.

“Ya! Bukan paksaan atau kewajiban tetapi ia perlu dilakukan untuk menghilang sangkaan.

Sumpah bukan semestinya di mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, sumpah laknat boleh dilakukan di dalam atau di luar mahkamah mengikut keadaan bagi mengelakkan perbalahan daripada terus berpanjangan.

“Jika isteri menyuruh suami bersumpah bahawa dia tidak curang, adakah berdosa atau Allah menghukum jika suami bersumpah dia tidak buat dan memang dia tidak melakukannya.

Sumpah seperti itu dapat menghilangkan perbalahan,” katanya.

Beliau menyifatkan cara berpolitik di negara ini semakin menjijikkan di mana isu mengaibkan peribadi seseorang dijadikan sebagai isu untuk meraih sokongan rakyat.

“Saya hendak tegaskan cara berpolitik kita memang sudah jijik dan kotor. Sangat hina. Jika kita usah layan puak- puak ini juga patut,” katanya.

Semalam akhbar ini melaporkan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya mencadangkan Anwar bersumpah balas bagi menafikan tuduhan bahawa beliau merupakan pelaku dalam video seks berkenaan.

Jumaat lalu, Datuk Shazryl Eskay yang ditemani bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) membuat sumpah laknat bahawa beliau dan Anwar berada dalam paparan rakaman video aksi seks yang kini sudah tersebar di Internet.
-sumber SH


KLIK UNTUK SUPPORT SAMBUTAN HARI IBU

ARE YOUR FRIENDS ON CHURPCHURP?

Saturday, April 30, 2011

Kesatuan Wartawan Kebangsaan selar Utusan Malaysia dan Berita Harian

 

Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) hari ini menyelar Utusan Malaysia dan Berita Harian kerana menggambarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang yang enggan melafazkan sumpah untuk membuktikan dirinya tidak bersalah bersabit isu video lucah.

Presidennya Hata Wahari dalam wawancara dengan TV Selangor berkata laporan dua akhbar itu melanggar etika kewartawanan dan jelas berniat jahat di samping bertujuan menyembunyikan kebenaran.

"Apa yang dibuat oleh Utusan Malaysia dan Berita Harian merupakan satu propaganda jahat yang dimainkan oleh akhbar-akhbar milik Umno cuba memperlihatkan bahawa ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengikut hukum Islam.

"Anwar sebagai bekas pemimpin Abim yang mengetahui hukum Islam secara mendalam dan tahu mubahalah tidak boleh memberikan impak kepada sesiapa sebab itu Anwar tidak mahu bersumpah. Bila angkat sumpah, itu antara kita dan Allah dan belum tentu perkara itu dapat dibuktikan lagi,” kata Hata.

Justeru Hata bersetuju dengan tindakan Anwar mahukan pihak berkuasa Islam menyiasat fitnah terhadapnya mengikut hukum qazaf.

Pemuda PKR sebelum ini membuat laporan Qazaf ke atas Datuk T tidak mendapat perhatian media arus perdana.

Mengikut Al-Quran, sumpah laknat hanya boleh dilakukan oleh seorang suami yang menuduh isterinya berzina dan tidak mempunyai bukti lain selain daripada bersumpah.

"Kalau dia (Eskay) hanya bersumpah untuk memberitahu bahawa ini adalah perkara benar jadi saya rasa itu bukan perkara pokok yang paling penting sekarang dia perlu membuktikan perkara ini perlu dibawa ke Mahkamah Syariah dan buktikan dengan membawa empat orang saksi."

Hata tidak menolak berita yang dimainkan oleh media arus perdana termasuk Utusan dan Berita Harian adalah bertujuan membunuh karektor politik ketua pembangkang itu.

Malah kata Hata, beliau berpandangan bahawa media kawalan Umno-BN kini sudah terkeluar dari landasan tanggungjawab sebenar dengan menabur fitnah serta menjatuhkan kredibiliti pemimpin yang tidak memihak kepada mereka.


"Jelas membuktikan bahawa media sekarang ini tidak mempunyai prinsip dan pendirian tetapi sebagai satu alat kepada kerajaan dan bukan media yang ingin mencari kebenaran atau melaporkan kebenaran tetapi sebagai sebuah media yang menyebarkan fitnah dan perkara-perkara tidak benar.

"Saya melihat mereka ini tiada kredibiliti langsung
," katanya

Tambah beliau lagi sebagai Presiden NUJ Malaysia yang menaungi 1,300 wartawan di Malaysia yang kebanyakkannya berkhidmat di media arus menyeru mereka kembali kepada prinsip asas media dalam menyalurkan maklumat kepada masyarakat.

Malah beliau juga turut menyeru editor-editor Utusan dan Berita Harian agar menilai sendiri prinsip dan tanggungjawab mereka dan kembali kepada prinsip media sebenarnya. -mk
 
KLIK UNTUK SUPPORT SAMBUTAN HARI IBU

ARE YOUR FRIENDS ON CHURPCHURP?

Friday, April 29, 2011

SUMPAH LAKNAT MESTILAH MENGIKUT PRINSIP SYARAK

photoPetaling Jaya, Selangor, 28 April 2011, KEADILAN ingin menjelaskan bahawa isu yang ditimbulkan oleh pelbagai pihak tentang keperluan Anwar Ibrahim untuk mengangkat sumpah laknat (mubahalah) hendaklah diselesaikan mengikut prinsip dan kaedah syarak.

Cara yang telah disarankan tersebut adalah tidak menepati dengan kaedah syarak yang sebenarnya. Sheikh Yusuf al-Qardhawi, seorang ilmuan ternama dunia yang berautoriti dalam bidang syari’ah menjelaskan bahawa orang yang menuduh wajib mengemukakan bukti (4 orang saksi yang adil). Ini adalah ketetapan Allah yang tidak boleh dikompromikan dan orang yang tertuduh tidak dituntut untuk bersumpah kerana pada dasarnya setiap manusia itu bersih daripada sebarang tuduhan.

Jika semua kes jenayah mahu diselesaikan dengan amalan bersumpah, maka tidaklah perlu diwujudkan mahkamah, hakim ataupun polis. Semua pelaku jenayah boleh sewenang-wenangnya melepaskan diri mereka dengan hanya melakukan sumpah. Akibatnya sistem kehidupan negara akan menjadi porak puranda.

Namun begitu, inilah yang dilakukan oleh mereka yang tergolong dari kalangan orang-orang munafik. Demikianlah gambaran al-Qur’an:

“Mereka (orang-orang munafik) menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan. “(Al-Munafiqun: 2).

Sifat orang-orang munafiq ini memang pandai berpura-pura, berlakon dan bijak berkata-kata. Namun begitu, mereka sentiasa dihimpit rasa cemas dan gelabah serta bersifat angkuh dan sombong. Ini jelas dinyatakan Allah di dalam ayatnya yang bermaksud:

“Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati oleh tubuh badan mereka (dan kelakuannya) dan apabila mereka berkata-kata, engkau juga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan petah sekalipun kosong). (Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (batang buruk hampas dan kosong). Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya dari kebenaran)? (4) Dan apabila dikatakan kepada mereka: Marilah (bertaubat) supaya Rasulullah meminta ampun (kepada Allah) untuk kamu, mereka (enggan sambil) menggeleng-gelengkan kepalanya dan engkau melihat mereka berpaling (dari bertaubat) serta mereka berlaku sombong angkuh.”(Al-Munafiqun:3-5).

Isu yang ditimbulkan sebenarnya adalah sebahagian daripada gerakan fitnah yang dilakukan oleh musuh-musuh politik Dato Seri Anwar Ibrahim sejak 12 tahun yang lalu. Gerakan fitnah yang semakin menggila sekarang ini adalah manifestasi dari mentaliti tertekan dan kecemasan melampau lantaran sokongan rakyat yang semakin meningkat kepada DSAI dan Pakatan Rakyat sekarang ini.

Dr Muhammad Nur Manuty
Ketua Penerangan
Tel : 019-332-8302
eMail : dr_manuty@hotmail.com

Anwar dakwa polis lindungi dalang video seks



KLIK UNTUK SUPPORT SAMBUTAN HARI IBU

ARE YOUR FRIENDS ON CHURPCHURP?

Thursday, April 28, 2011

Video Fitnah: Kami tidak akan tunduk- Nurul Izzah



View ImageKUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar mengulangi ketegasan bahawa individu dalam rakaman video seks fitnah- bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya beliau menyifatkan ia sebagai usaha jijik dan terdesak Umno-Barisan Nasional untuk menghancurkan Pakatan Rakyat.

“Kami tidak akan tunduk ataupun takut dengan taktik sedemikian,” kata Nurul Izzah ketika mengulas sedutan kedua rakaman video fitnah yang ditayangkan di internet oleh bloger pro Umno-BN hari ini.

Nurul, yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai menegaskan bahawa beliau serta ahli keluarganya tetap berdiri teguh bersama Anwar dalam menolak fitnah jahat berkenaan.

“Ini usaha paling terdesak yang terbaru bagi memusnahkan semangat juang kami dari landasan reformasi yang sangat diperlukan bagi negara ini,” tegasnya.

Beliau dalam masa yang sama menyeru rakyat Malaysia supaya bangkit melawan politik kotor Umno-BN.

“Kami menyeru semua rakyat Malaysia, abang dan adik, ibu dan bapa untuk bangun melawan politik jijik ini. Mari kita berusaha untuk merealisasikan satu negara Malaysia yang lebih baik,” tegas anak sulung kepada Ketua Umum KEADILAN itu.

Justeru itu, Nurul turut mendesak supaya individu yang menyebarkan dan menayangkan video seks fitnah berkenaan- diheret ke muka pengadilan.

“Dalam semua keadaan, secara undang-undang, Islam dan undang-undang semulajadi- penjenayah sebenar adalah siapa yang menyebar video itu kepada awam,” tegas nya.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad pula berkata, video seks fitnah tersebut bukan yang terakhir, malah BN akan memusnahkan Anwar dalam apa juga cara.

“Sesiapa yang melihat rakaman itu tahu ia bukan Anwar. Sepanjang yang kami tahu, BN akan terus melakukan perkara ini, sehingga pilihan raya umum. Jadi mereka perlu memusnahkan Anwar dalam apa jua keadaan,” ujarnya.

Nik Nazmi, tanpa berselindung mendakwa Umno terlibat sebagai dalang video fitnah berkenaan.

“Sudah tentu video itu berada di tangan Umno. Ia tidak memerlukan seseorang itu genius untuk tahu perkara itu. Segalanya telah dirancang,”katanya.
 

In a tribute to all the ordinary Malaysians doing extraordinary things online, DiGi has come up with the WWWOW awards. Vote today! #DiGiWWWOW

Wednesday, April 27, 2011

PANAS : PENYEBARAN VIDEO SEKS KE2 ANWAR DI INTERNET!!!

Hari ini sekali lagi rakyat malaysia gempar dengan penyebaran video aksi seks didakwa melibatkan anwar ibrahim.Video yang sebagaimana disiarkan oleh media ntv7,tv1 dan tv3 itu bagaimana pun mengelirukan rakyat kerana wajah pelakon yang dipaparkan kelihatan lebih berlainan dari anwar ibrahim.Paling nyata perbezaan dapat dilihat dari pandangan sisi pelakon.Walaubagaimana pun video tersebut di percayai samada di remove oleh  youtube atau dibatalkan sendiri oleh penguploadnya atas sebab sebab tertentu.
 PERSOALAN KINI MENGAPA DAN SIAPAKAH INDIVIDU YANG MEMUATNAIK VIDEO TERSEBUT KE INTERNET? KENAPAKAH PIHAK POLIS SEOLAH OLAH MEMEJAM MATA ATAS KESALAHAN YANG AMAT NYA INI? DAN SIAPAKAH SEBENARNYA YANG MENYIMPAN VIDEO SEKS INI SEKARANG ?

Got a friend who uses Facebook and Twitter? Invite them and earn RM 1 for every friend who joins and shares a campaign. ada ramai kawan guna facebook dan twitter? jemput mereka dan untung RM1 untuk setiap kawan yang menyertai dan berkongsi kempen ini.Tak guna modal 1sen pun.klik sini untuk menyertai.
Jana pendapatan sambilan dengan churpchurp-tanpa modal.Setiap satu klik di bayar 20sen

FILEM YANG MEMBUATKAN JATUH BIJI MATA ANDA!


Microsoft akan memilih 2 orang setiap minggu untuk mengembara mengelilingi dunia!

Monday, April 25, 2011

Saiful makan karipap dan minum kopi lepas di liwat

Peguam Karpal Singh memulakan hujahnya dengan meminta mahkamah bergantung kepada apa yang telah dikemukakan di mahkamah.

"Bukan media atau apa yang dikatakan oleh perdana menteri," katanya ketika memula hujah pembelaan dalam kes tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Pagi ini.
Menurutnya lagi, tidak sepatutnya ada sebarang jurang dalam kes pendakwaan.

"Mahkamah mesti meneliti kredibiliti setiap saksi pendakwa," tambahnya

Karpal memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwa mestilah membuktikan bukti yang ada.

"Tidak sepatutnya ada sebarang jurang bahan. Ujian di akhir kes pendakwaan ialah prima facie.

"Ia mestilah membuktikan setiap bukti boleh dipercayai, unsur-unsur kesalahan ditentukan dan mahkamah mesti memberi penilaian maksimum terhadap semua itu," tambahnya.

Karpal menegaskan bahawa salah satu yang tidak konsisten ialah tuduhan persetubuhan di luar tabii - iaitu di bawah seksyen 377b, bermakna dengan persetujuan.

"Bagaimanapun, pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan telah memberi keterangan yang ia tanpa persetujuan," kata Karpal sambil menambah bahawa pendakwa tidak boleh meminda tuduhan.

Karpal mengingatkan mahkamah bahawa perbicaraan kes liwat pertama yang membabitkan Anwar 10 tahun lepas - di mana hakim Mahkamah Tinggi menerima kes pengadu Azizan Abu Bakar - tetapi kemudiannya ditolak oleh Mahkamah Persekutuan.

"Mahkamah ini tidak seharusnya melakukan kesilapan ini sekali lagi. Saiful mesti dilihat sebagai saksi yang boleh dipercayai jika mahkamah mahu memanggil untuk membela iri," katanya.

Karpal kemudian menyentuh fakta kes - yang Saiful bukan seorang yang ' tidak berpelajaran' kerana mempunyai kelulusan pengajian tinggi dari Kolej Taylor.

Tegasnya, Saiful boleh meninggalkan bilik di mana kejadian liwat itu didakwa berlaku beberapa kali.

Karpal kemudian menyentuh secara terperinci apa yang berlaku pada hari berkenaan, berdasarkan testimoni Saiful.

Katanya, sewaktu Anwar didakwa meminta Saiful menghampirinya ketika pengadu hanya memakai tuala, Saiful
boleh menjerit atau lari dari situ, tetapi tidak berbuat demikian.

Karpal turut membangkitkan beberapa perkara berkaitan dengan
aksi seks tetapi, ini tidak boleh dilaporkan kerana keterangan
Saiful itu diberikan secara tertutup.

Tambahnya selepas pelakuan aksi seks tersebut, Saiful makan
karipap dan minum kopi dan berada di dalam bilik itu selama 20
minit.

Peguam itu mendakwa, Saiful juga tidak memperlihatkan
tanda-tanda emosi yang dia telah menjadi mangsa diliwat.

Menurut Karpal lagi, sehari selepas kejadian tersebut (27 Jun 2008), Saiful pergi ke ibupejabat PKR di Tropicana, malah juga pergi ke rumah Anwar.

Peguam itu mendakwa, tindakan itu bukan tingkahlaku oleh seseorang yang didakwa telah diperlakukan sedemikian.

Menurut Karpal lagi, Saiful telah melakukan sumpah bohong kerana mendakwa dia telah berbohong di mahkamah dan dalam laporan polisnya apabila dia berkata pelakuan seks itu dilakukan tanpa persetujuannya.

"Bukti Saiful tidak meyakinkan melebihi keraguan. Dia telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 195 untuk mereka bukti," hujah Karpal.

Karpal kemudiannya meminta pendakwa mendakwa Saiful kerana didakwanya telah mereka bukti.

Saiful, tambahnya, juga telah menunda membuat satu laporan polis - dia membuat laporan dua hari selepas insiden tersebut.

"Doktor pertama yang ditemui Saiful ialah Dr Mohd Osman Abdul Hamid, tetapi beliau tidak dipanggil sebagai saksi," kata Karpal.

Hujahnya, ketidakhadiran Dr Osman (kanan) sebagai saksi, telah menimbulkan keraguan yang serius terhadap kes pendakwa.

Katanya, pihak mendakwa tidak berbuat demikian walaupun ditawarkan Dr Osman sebagai saksi.

Katanya, keterangan Dr Osman akan bercanggah dengan keterangan yang diberikan oleh tiga doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Akan terdapat dua versi kes dan kesangsian tersebut seharusnya diberikan kepada dituduh," tambahnya.  -mk
Got a friend who uses Facebook and Twitter? Invite them and earn RM 1 for every friend who joins and shares a campaign. ada ramai kawan guna facebook dan twitter? jemput mereka dan untung RM1 untuk setiap kawan yang menyertai dan berkongsi kempen ini.Tak guna modal 1sen pun.klik sini untuk menyertai.
Jana pendapatan sambilan dengan churpchurp-tanpa modal.Setiap satu klik di bayar 20sen

FILEM YANG MEMBUATKAN JATUH BIJI MATA ANDA!


Microsoft akan memilih 2 orang setiap minggu untuk mengembara mengelilingi dunia!

Tuesday, April 5, 2011

JAWAPAN KENAPA VIDEO ANWAR DISEBAR KE YOUTUBE


PERNAHKAH ANDA TERFIKIR KENAPA VIDEO ANWAR DISEBARKAN SECARA MELUAS DI INTERNET? Ini hanyalah langkah pertama pihak tertentu untuk memulakan operasi besar besaran untuk memburukkan imej anwar ibrahim di mata masyarakat.Motif sebenar rancangan ini ialah untuk meraih undi di Serawak dalam masa terdekat.LANGKAH kedua sudah pun terlaksana hari ini dengan paparan di dada Akhbar utama untuk tatapan pembaca dengan tajuk tajuk yang prejudis.JANGAN LUPA! Langkah seterusnya mungkin poster poster dan banner sudah pun kering untuk diedar ke pelusuk serawak untuk tatapan rakyat di pendalaman.Manakala stesen TV pula seolah secara sah dapat menyiarkan sedutan gambar gambar video secara menghukum untuk penonton malaysia.
Saya sebagai melayu islam di bumi ini merasa amat malu dengan isu video seks ini-MALU KEPADA LAIN BANGSA DAN AGAMA DAN DUNIA YANG MEMERHATI.Ramai rakyat malaysia yang seperti saya sendiri-tidak tahu kesahihan samada betul akhlak anwar ibrahim seperti yang digembur dan disuap media hari ini.TETAPI CARA DAN PERJALANAN RENTETAN ISU VIDEO INI DIJALANKAN AMAT MEMUALKAN DAN AMAT PINCANG.!
BEGINIKAH CARA KITA MENANGANI SESUATU ISU SENSITIF? APAKAH KESAN KEPADA SAUDARA,WARIS DAN ANAK CUCU KITA YANG MASIH MUDA DENGAN PAPARAN KELUCAHAN MELAMPAU YANG BERPANJANGAN INI??
PINCANG!!! DIMANA MAHKAMAH DAN POLIS MALAYSIA DALAM ISU INI?? KENAPA MEDIA YANG MENGADILI DAN BUKANNYA PIHAK BERKENAAN??? -LUAHAN RASA MIJIEMOBILE.

Jana pendapatan sambilan dengan churpchurp-tanpa modal.Setiap satu klik di bayar 20sen.

BENARKAH VIDEO ANWAR IBRAHIM ?

Jelas, perut pelakon yang lebih besar berbanding perut sebenar Anwar Ibrahim!
Lihat pula wajah dari sisi kamera, sah itu BUKAN ANWAR!!
Lihat pula perut Anwar Ibrahim semasa sidang media
di Merchant Square, Petaling Jaya, 21 Mac lalu!
 

Wajah Anwar Ibrahim yang sebenar
Sewaktu ‘Dato’ T’ mula-mula menayangkan video skandal seks yang kononnya melibatkan pemimpin pembangkang di Carcosa Seri Negara dan saya tegaskan bahawa video tersebut palsu, tukang sorak-tukang sorak Umno bertanya bagaimana saya yakin bahawa video tersebut bukan melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila saya belum menontonnya.

Hari ini saya terpaksa menonton sedutan video tersebut. 

Selepas menonton video tersebut, kenyataan awal saya terbukti benar memandangkan sosok dan lenggok badan watak utama termasuk perut yang menonjol jelas sekali bukan sosok badan Anwar.




(Gambar: Apakah ini badan Anwar?, Mereka yang rapat dengannya tahu ini bukannya Anwar)

Hakikat ini mungkin tidak jelas bagi mereka yang tidak mengenali Anwar secara dekat, tetapi sebagai bekas Setiausaha Sulit beliau selama dua tahun saya tahu bahawa itu bukan Anwar. 

Apatah lagi saya mengenali keperibadiannya sebagai seorang Muslim dan pemimpin keluarga yang baik.

Jelas sekali video ini dibuat untuk tujuan politik. 

Tarikh video ini ditayangkan kepada wartawan dan seterusnya kini didedahkan sedutannya kepada umum dibuat untuk tujuan strategik sempena Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Enam persoalan asas masih belum terjawab:

1. Mengapa Rahim Tamby Chik, Shazril Eskay dan Shuib Lazim tidak berani mendedahkan diri mereka ketika mula-mula menayangkan video kepada editor-editor kanan milik Barisan Nasional di Carcosa? 

2. Siapakah individu ketiga dalam video tersebut? Kehadiran lelaki ketiga yang bertindak seperti pengarah video menggambarkan ini bukan rakaman CCTV rahsia sebagaimana didakwa Dato' T.



(Gambar: Siapa lelaki yang sedang memasang video ini?)

3. Adakah mereka tidak yakin dengan kewibawaan moral mereka sendiri ataupun khuatir bahawa rakyat akan menyimpulkan video ini satu lagi usaha UMNO-Barisan Nasional untuk menyerang Anwar memandangkan ketiga-tiga mereka mempunyai hubungan dengan UMNO khususnya Tun Dr. Mahathir Mohammad dan Datuk Seri Najib Tun Razak?

4. Dato’ T mendakwa video ini dirakam di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Namun tulisan di dalam video tersebut (di dalam bahasa Thai) apabila diterjemah menyebut “Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011”. Adakah video ini sebenarnya video lucah Thai yang tiada kaitan dengan Malaysia? 

5. Mengapa UMNO diam membisu tentang pandangan tiga mufti: Dr Juanda Jaya (Perlis), Datuk Tamyes Abd Wahid (Selangor) dan Datuk Mohammad Shukri Mohammad (Kelantan) yang meminta umat Islam mengesahkan dulu sebarang maklumat yang datang daripada pihak yang fasik? Malah, Tan Sri Harussani Zakaria (Perak) juga mengeluarkan pandangan serupa tetapi menurutnya tidak dilaporkan Utusan Malaysia.

6. Mengapa pihak polis yang tegas memberi amaran kepada orang ramai jangan mengedar video Chua Soi Lek dahulu (yang diakui Soi Lek sendiri benar) tidak mengambil pendekatan sama kali ini?

Sudah sampai masanya kita menghentikan politik fitnah kotor dan keji yang merendahkan wibawa politik negara kita. Pada awal tahun ini rakyat menaruh harapan terbitnya Buku Jingga Pakatan Rakyat akan memulakan budaya baru politik mengenai idea dan polisi yang menandakan kematangan masyarakat negara kita. 

Malangnya bukan sahaja Najib menolak berbahas mengenai buku jingga, tetapi dalam keadaan beliau
terdesak kini nampaknya membiarkan budaya politik busuk terus bermaharajalela.

Ketika arus demokrasi berkembang pesat di seluruh dunia, politik Malaysia nampaknya masih lagi pada takat yang lama. 

NIK NAZMI NIK AHMAD
Pengarah Komunikasi
Parti Keadilan Rakyat


Monday, April 4, 2011

VIDEO SEK ANWAR TERSEBAR DI INTERNET!!

ANDA NILAIKAN SENDIRI!-MACAMANA BOLEH BOLOS! Video ini saya temukan disini.klik
credit to geng blogger.


MIJIE : MAAF SEBARANG GAMBAR,VIDEO DAN CATATAN BERUNSUR LUCAH SEBOLEHNYA SAYA TIDAK BENARKAN BERADA DI HALAMAN SAYA.

Jadilah wartawan amatur dan menang RM500!

Friday, April 1, 2011

Video Seks Anwar Ibrahim di jaja cina Petaling Street!!


Video Seks Anwar Ibrahim!! Itu jenama popular yang dibisikkan oleh beberapa orang wakil penjual VCD haram yang beroperasi di Jalan Petaling, setiap kali ternampak muka Melayu yang melalui jalan itu sama ada untuk melihat-lihat barang yang dijual mahupun berjalan arah ke Bas Stand Klang. Bersungguh-sungguh benar wakil-wakil penjual tersebut ingin menjual kepingan vcd yang dikatakan salinan video lucah Anwar Ibrahim. Dan perniagaan itu bukan membabitkan seorang wakil, sebaliknya sepanjang laluan tersebut yang lebih dikenali sebagai Chinatown itu.

Nama Anwar Ibrahim dan Amoi Spa berbadan kecil molek bertetek lentik dijaja oleh wakil-wakil penjual vcd berkenaan. Apabila ditanya siapakah Anwar Ibrahim, pantas mereka ketawa kecil sambil memberitahu Anwar Ibrahim adalah De-Facto Parti Keadilan Rakyat kawan baik DAP.

Harga yang ditawarkan adalah RM20 bagi setiap keping.

"Gambar jelas! Ini I-Catch camera maa..."

Itu jaminan yang diberikan oleh wakil-wakil penjual tersebut. Apabila bakal pelanggan bersetuju, maka dibawa ke celah-celah gerai dan diserahkan vcd berkenaan dengan tukaran harga RM20.

"Kalau lu mau, itu Elizabeth Wong main sama itu Melayu pun ada!"

Elizabeth Wong adalah ADUN Bukit Lanjan mewakili PKR. Beberapa keping gambar bogelnya telah didedahkan oleh beberapa buah blog. Malah video 3GPnya turut tersebar dengan meluas.

Sivarasa Rasaiah dan barisan peguam yang menjadi tonggak kekuatan PKR seharusnya mula meronda di Petaling Street. Sebabnya berdasarkan pemerhatian, ramai yang telah membeli vcd-vcd berkenaan. Tidak pula dapat dipastikan sama ada vcd berkenaan benar-benar vcd Anwar Ibrahim dan Elizabeth Wong seperti yang didakwa.

Nama Anwar Ibrahim menjadi jenama yang paling laris di Petaling Street. Malah beberapa orang pelancong asing turut teruja untuk memiliki vcd berkenaan apabila mereka turut dilihat membelinya.

PKR wajib menyaman peniaga-peniaga vcd di Petaling Street kerana telah menfitnah dan memalukan Anwar Ibrahim serta Elizabeth Wong. Tidak menghairankan kalau tiba-tiba pula peniaga-peniaga vcd haram di Petaling Street mendakwa mereka memiliki vcd Anwar Ibrahim 'main' dengan Elizabeth Wong...

Tindakan tegas perlu diambil oleh PKR! Hentikan kegilaan itu sebelum ianya terus merebak!!!
-dari theflyingkick.blogspot.com

Wednesday, March 30, 2011

5 soalan Eskay pada Anwar


“Datuk T”, Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengemukakan lima persoalan untuk dijawab Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil menyifatkan video seks didakwanya melibatkan ketua pembangkang itu sebagai “anugerah Allah.”

Dalam tulisan terbaru blog Kickdefella hasil satu pertemuan semalam, ahli perniagaan itu berkata beliau yakin semua yang berlaku sekarang adalah petunjuk Allah s.w.t.

Shazryl Eskay merupakan salah seorang daripada tiga “Datuk T” mengakui terlibat dalam pendedahan rakaman video seks pada 21 Mac lalu.

Pertemuan semalam turut dihadiri seorang lagi “Datuk T” iaitu Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim dan ia disertai lima orang blogger dan seorang pengarang media alternatif.

Kata blog itu, Shazryl Eskay mengerjakan Haji pada tahun 2010 merasakan ini adalah “jawapan dari Allah s.w.t.”

“Saya mahu semua orang tahu. Saya tidak minat politik dan saya rakan karib Anwar. (Dari satu sudut) Saya lihat kehadiran Anwar dalam politik Malaysia, bagus untuk ‘check and balance’.

“Saya bukan ahli Umno dan mana-mana parti pun. Tetapi, saya suka bila pembangkang kuat supaya kepentingan rakyat terjaga,” katanya.

Bagaimanapun blog itu memetik Shazryl Eskay berkata, “tetapi Anwar bukan manusia yang rakyat kenal. Cukuplah rakyat ditipu. Anwar kena berhenti dan letak jawatan.”

Malah Eskay juga berkata, beliau tidak mahu penyokong-penyokong Anwar menyerangnya kerana jika mereka terus berbuat demikian, Eskay mendakwa dia akan bertindak balas.

“Jangan biar saya dedahkan lebih banyak,” katanya.

Jumaat lalu, Mohamad Mahti Abdul Rahim, bekas pengawal peribadi Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub berkata, Shazryl Eskay ada memberitahunya bahawa beliau akan menjatuhkan Anwar dari arena politik sebelum mempertontonkan satu rakaman video seks kepada media, 21 Mac lalu.

Rakaman video seks itu mendakwa seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur China.

Menurut Mohamad Mahti, Shazryl Eskay marah kerana Ahli Parlimen Permatang Pauh itu enggan menjadi saksi dalam kes samannya berkaitan projek jambatan bengkok yang diluluskan ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kes itu sedang berlangsung di mahkamah dan Megat Junid pernah menjadi menteri dalam Kabinet Dr Mahathir.

“Selepas beliau bercakap dengan marah mengenai Anwar, beliau mula bercakap buruk mengenai beliau (Anwar), berkata ‘saya akan menjatuhkan Datuk Seri Anwar, dengan apa jua cara pun,” katanya.

“Sekarang awak semua tanya Anwar lima soalan,” Shazryl Eskay dipetik berkata.

Menurut blog Kickdefella hari ini, soalan-soalan tersebut ialah “pertama, sejak dua tahun lalu berapa kali Anwar ke Thailand? Kedua, siapa yang menyambut Anwar di Thailand? Ketiga, di hotel mana Anwar menginap? Keempat, apa Anwar buat di bilik hotel tersebut? Dan kelima, siapa yang menyelesaikan semua bayaran tersebut?”

“Jangan paksa saya dedahkan semua itu… suruh Anwar jawab dulu soalan itu sebelum (semua) serang saya” kata Shazryl Eskay.

“Awak semua balik dan tanya soalan ini di dalam blog,” kata Eskay kepada sekumpulan blogger dan penulis media alternatif.

“Saya tidak takut kepada Anwar…” akui Shazryl Eskay, yang mengakui kekuatan penyokong-penyokong Anwar tetapi akur bahawa di dalam dunia ini, ada yang lebih berkuasa. -TMI

Saturday, March 26, 2011

Eskay sakit hati kerana Anwar enggan menjadi saksi -Mohamad Mahti

Seorang bekas pengawal peribadi mendakwa kontroversi video seks politik yang terbaru muncul kerana ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah berang dengan ketua umum PKR yang enggan membalas 'jasanya'.

Mohamad Mahti Abdul Rahim, yang pernah berkhidmat dengan seorang menteri mendakwa Eskay sakit hati kerana Anwar enggan menjadi saksi dalam kes saman sivil yang membabitkan projek 'jambatan bengkok'.

NONEMahti, seorang anggota Unit Tindakan Khas polis yang kemudiannya berkhidmat sebagai pengawal peribadi kepada bekas timbalan menteri dalam negeri, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub, adalah antara saksi dalam kes berkenaan.

Dalam keterangannya, Mahti berkata Megat Junid telah menyerahkan surat tawaran daripada Unit Perancangan Ekonomi kepada Eskay bagi membantu projek berkenaan diserahkan kepada Merong Mahawangsa Sdn Bhd.

Eskay menyaman Merong Mahawangsa dan pengarahnya Datuk Yahya Abdul Jalil sebanyak RM20 juta kerana melanggar syarat kontrak.

Tambak Johor
"Hanya selepas itu, saya tahu Eskay ditawarkan projek bagi membina jambatan baru menggantikan tambak Johor,” katanya kepada mahkamah.

Menurut Mahti, beberapa hari sebelum tayangan video lucah di hotel Carcosa Seri Negara, Eskay berjumpa dengannya dan memohon sama ada beliau boleh mendapatkan perkhidmatan empat anggota Unit Tindakan Khas (UTK).
NONENamun, Mahti berkata beliau tidak mahu terbabit dengan apa yang dirancang oleh Eskay dan memaklumkan kepada ahli perniagaan itu beliau enggan mendengar sebarang butiran perkara tersebut.

Mahti juga berkata ahli perniagaan yang mempunyai hubungan yang meluas itu memberitahunya tayangan video lucah itu mendapat sokongan orang 'nombor satu'.
“Dia bagitau dia buat ini untuk "number 1" itu dari mulut dia sendiri. Saya tak percaya dan tak mahu terlibat. ...dia nak cerita keburukan Anwar tapi saya tak nak dengar, takut terjebak," katanya.
Mahti bagaimanapun berkata beliau tidak mempercayai Eskay dan berpendapat Najib tidak terbabit dengan video seks itu seperti yang didakwa oleh Eskay.
Sayang Najib

“Saya sayang Najib dan takut dia ni cuba nak kaitkan Najib,” katanya.
Menurut Mahti, Eskay juga cuba memburuk-burukkan bekas timbalan perdana menteri itu tetapi tidak diendahkannya.
NONE"Lepas saya beri keterangan kita ada keluar makan dia marah-marah pasal Anwar, sebab tak mau jadi saksi dia.

“Dia maki hamun Anwar, kata apa jadi pun saya akan jatuhkan Anwar. Dia kata Anwar ada ambil duit yang sepatutnya untuk dia.

“Dia kata dia dah banyak tolong Anwar. Anwar tak guna, sedangkan dia tolong macam-macam. Dia kata dia bawa Anwar ke Singapore guna kereta kerabat diraja Johor pada tahun 90an pergi buat DNA. Shamsidar dan anak-anak semua dia bawa tiba-tiba Anwar tak mau bantu dia," katanya dengan panjang lebar.
Menurut Mahti lagi, Eskay juga membawanya ke rumah bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.

“Shuib nampak keberatan. Orang tua orang baik, saya kenal dia,” katanya.
azlanDitanya oleh wartawan sama ada beliau diminta oleh Anwar bagi mengadakan sidang akhbar hari ini, Mahti berkata tidak ada sesiapa yang mengarahkannya berbuat demikian.

“Lillahi Taala saya tak jumpa Anwar atau Anwar (ada) panggil saya. Apa saya buat ini sebab dia manusia tak kenal budi... pembohong besar. Tak ada siapa yg suruh,” katanya.
Selain Eskay dan Shuib, turut terbabit adalah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik.
di petik dari malaysiakini

Got a friend who uses Facebook and Twitter? Invite them and earn RM 1 for every friend who joins and shares a campaign. ada ramai kawan guna facebook dan twitter? jemput mereka dan untung RM1 untuk setiap kawan yang menyertai dan berkongsi kempen ini.Tak guna modal 1sen pun.klik sini untuk menyertai. Jana pendapatan sambilan dengan churpchurp-tanpa modal.Setiap satu klik di bayar 20sen.

Thursday, March 24, 2011

LAGI PENDEDAHAN ISU VIDEO ANWAR

Video sex : "Ketika mereka membawa saya ke hotel seperti babak filem James Bond" - cikgu Bard

Kenyataan media ini dibuat susulan kenyataan media yang telah dibuat oleh Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Eskay Abdullah.
Pada 21 Mac 2011, saya telah menerima panggilan dari seseorang yang menawarkan saya menonton video tersebut dan bertemu Datuk T. Saya telah mendapat maklum pada pagi itu, bahawa Datuk T juga adalah penganjur tayangan video lucah di Carcosa Seri Negara pada awal pagi pada hari yang sama.

Saya bersetuju untuk pergi bersama beberapa rakan tetapi yang dibenarkan menemui beliau adalah 2 orang sahaja. Saya telah membawa rakan baik saya yang juga seseorang dari UMNO. Saya diarah menunggu depan Institut Jatung Negara (IJN) pada jam 7.45 petang. Saya tiba tepat waktunya. Seseorang yang perkenal diri Datuk T menelefon saya dan mengarahkan saya meletakkan kenderaan di situ dan kami telah di jemput di perkarangan parkir Institut Jantung Negara pada lebih kurang hampir 8.00pm. Sebelum itu ketika kami menanti ada beberapa kenderaan berpusing beberapa kali dan memerhati kami.

Kami telah dibawa ke Hotel Shangrila dan telah bertemu dengan 3 orang di sana selain dari beberapa orang yang dipercayai pengawal peribadi yang bertugas untuk Datuk T. Sebelum memasuki bilik kami diperiksa badan dan diminta meninggalkan telefon tangan kepada pengawal. Datuk T telah memperkenalkan dirinya dan bersama beliau adalah Tan Sri Rahim Thamby Chik dan seorang tua yang tidak dikenali, (tetapi selepas itu dikenal pasti sebagai Tengku Sulaiman)

Kami telah dibenarkan untuk menonton video lucah secara menyeluruh dua kali dan semasa itu Datuk T memberi penerangan mengenai video itu. Kami juga dimaklumkan bahawa Datuk T yang kini disahkan sebagai Datuk Easkay Abdulllah adalah pemunya video tersebut dan hanya beliau mempunyai video tersebut.

Kami juga dimaklumkan bahawa Tan Sri Rahim Thamby Chik baru menonton video tersebut dan ini berbeza sekali dengan kenyataan beliau pada 23hb Mch 2010 sebagai orang yang sama-sama terlibat dengan Datuk T. Ketika menonton bersama, Tan Sri Rahim seolah beberapa kali terkejut dan beristigfar seolah inilah kali pertama menonton.

Tujuan saya dipanggil adalah untuk diberi sesalinan video itu untuk ditunjukkan kepada Wan Azizah Wan Ismail dan mengemukakan desakan agar beliau dan Ketua UMUM PKR berhenti dan meninggalkan politik.

Untuk tujuan mendapatkan video itu saya telah berpura-pura untuk bersetuju mengenai apa yang di beritahu kepada saya mengenai video itu. Datuk T memberitahu bahawa video itu membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menerangkan mengenai video itu secara terperinci.

Saya telah diminta memberi keputusan untuk bersetuju atau tidak menjadi orang yang akan membawa video itu untuk ditunjukkan kepada Wan Azizah Wan Ismail. Walaubagaimanapun ianya terbantut setelah Datuk T meminta ruangan untuk menayangkan video itu sendiri kepada Wan Azizah. Kami berhubung melalui telefon yang menurut beliau baru dibeli.

Saya mendapati beberapa pencanggahan antara kenyataan media yang diberi oleh beliau sewaktu di imiana Hotel dan apa yang telah diberitahu keapda saya khususnya mengenai Datuk T sebagai Datuk Trio, tetapi dalam pertemuan tersebut Datuk Eskay memperkenalkan diri sebagai Datuk T. Tan Sri Rahim memanggil beliau sebagai Datuk T juga kecuali dua kali terlepas dengan menyebut memanggil Datuk T sebagai Eskay.

Kami meninggalkan hotel tersebut hampir jam 10.00 malam dan bertemu rakan yang mengiringi kami seramai 3 orang yang kami ceritakan apa yang berlaku.

1. Tan Sri Rahim menipu kerana dalam sidang media semalam dia mengatakan dia merancang semua tetapi ketika bersama saya dia mengatakan ini kali pertama menonton setelah pulang dari luar negara untuk percutian keluarga

2. Saya telah ‘berpura’ yakin mengenai video dan sedia memberikan video tersebut ditonton oleh Datuk Seri Dr. Wan Azizah namun beliau enggan melakukan. Nampaknya beliau pun tidak bersungguh dalam kononya mahu Wan Azizah menonton video tersebut.

3. Dari pemerhatian saya video tersebut kemungkinan besar video asal yang tidak diganggu imejnya pun. Namun pelakon dalam filem tersebut bukan Anwar. Memang sekali imbas kelihatan seperti Anwar tetapi bagi sesiapa yang rapat dan biasa melihat ‘perwatakan’ atau gerak geri Anwar pasti tahu itu bukan Anwar. Contohnya dalam filem Ghandi, Ben Kingsley yang melakonkan watak Ghandi begitu menjadi sehingga menggondol sekurang kurangnya 11 anugerah peringkat dunia. Saling tak tumpah seperti Ghandi namun jika sesiapa yang pernah rapat dan mengenali perwatakan Ghandi tentu tahu membezakannya.

4. Saya menyakini kumpulan ini besar serta mendapat lindungan istimewa kerana modus operandi ketika membawa saya ke hotel tersebut seperti babak filem James Bond. Nama penyewa bilik tempat menonton dan daftar kenderaan yang digunakan menjemput saya mungkin dapat mengundang fakta lebih menarik lagi.

Politik kotor dan jijik seperti ini harus dikecam oleh rakyat Malaysia. Rakyat sebenarnya sudah bosan dengan politik ‘selak kain’ yang lansung tidak mendidik. Isu polisi, kebajikan rakyat tidak diperdebat tetapi sebaliknya ‘isu selak kain’ dibincangkan secara sensasi, kesian rakyat yang terhimpit dengan kenaikan harga dan kos hidup yang makin meningkat.

Sekian

che’GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

PEMBONGKARAN VIDEO ANWAR -KENYATAAN MEDIA SEORANG PENONTON

LIHAT DAN SAKSI



KENYATAAN MEDIA SEORANG PENONTON

24 Mac 2010


Kenyataan media ini dibuat susulan kenyataan media yang telah dibuat oleh Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Eskay Abdullah.

Pada 21 Mac 2011, saya telah menerima panggilan dari seseorang yang menawarkan saya menonton video tersebut dan bertemu Datuk T. Saya telah mendapat maklum pada pagi itu, bahawa Datuk T juga adalah penganjur tayangan video lucah di Carcosa Seri Negara pada awal pagi pada hari yang sama.

Saya bersetuju untuk pergi bersama beberapa rakan tetapi yang dibenarkan menemui beliau adalah 2 orang sahaja. Saya telah membawa rakan baik saya yang juga seseorang dari UMNO. Saya diarah menunggu depan Institut Jatung Negara (IJN) pada jam 7.45 petang. Saya tiba tepat waktunya. Seseorang yang perkenal diri Datuk T menelefon saya dan mengarahkan saya meletakkan kenderaan di situ dan kami telah di jemput di perkarangan parkir Institut Jantung Negara pada lebih kurang hampir 8.00pm. Sebelum itu ketika kami menanti ada beberapa kenderaan berpusing beberapa kali dan memerhati kami.

Kami telah dibawa ke Hotel Shangrila dan telah bertemu dengan 3 orang di sana selain dari beberapa orang yang dipercayai pengawal peribadi yang bertugas untuk Datuk T. Sebelum memasuki bilik kami diperiksa badan dan diminta meninggalkan telefon tangan kepada pengawal. Datuk T telah memperkenalkan dirinya dan bersama beliau adalah Tan Sri Rahim Thamby Chik dan seorang tua yang tidak dikenali, (tetapi selepas itu dikenal pasti sebagai Tengku Sulaiman)

Kami telah dibenarkan untuk menonton video lucah secara menyeluruh dua kali dan semasa itu Datuk T memberi penerangan mengenai video itu. Kami juga dimaklumkan bahawa Datuk T yang kini disahkan sebagai Datuk Easkay Abdulllah adalah pemunya video tersebut dan hanya beliau mempunyai video tersebut.

Kami juga dimaklumkan bahawa Tan Sri Rahim Thamby Chik baru menonton video tersebut dan ini berbeza sekali dengan kenyataan beliau pada 23hb Mch 2010 sebagai orang yang sama-sama terlibat dengan Datuk T. Ketika menonton bersama, Tan Sri Rahim seolah beberapa kali terkejut dan beristigfar seolah inilah kali pertama menonton.

Tujuan saya dipanggil adalah untuk diberi sesalinan video itu untuk ditunjukkan kepada Wan Azizah Wan Ismail dan mengemukakan desakan agar beliau dan Ketua UMUM PKR berhenti dan meninggalkan politik.

Untuk tujuan mendapatkan video itu saya telah berpura-pura untuk bersetuju mengenai apa yang di beritahu kepada saya mengenai video itu. Datuk T memberitahu bahawa video itu membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menerangkan mengenai video itu secara terperinci.

Saya telah diminta memberi keputusan untuk bersetuju atau tidak menjadi orang yang akan membawa video itu untuk ditunjukkan kepada Wan Azizah Wan Ismail. Walaubagaimanapun ianya terbantut setelah Datuk T meminta ruangan untuk menayangkan video itu sendiri kepada Wan Azizah. Kami berhubung melalui telefon yang menurut beliau baru dibeli.

Saya mendapati beberapa pencanggahan antara kenyataan media yang diberi oleh beliau sewaktu di imiana Hotel dan apa yang telah diberitahu keapda saya khususnya mengenai Datuk T sebagai Datuk Trio, tetapi dalam pertemuan tersebut Datuk Eskay memperkenalkan diri sebagai Datuk T. Tan Sri Rahim memanggil beliau sebagai Datuk T juga kecuali dua kali terlepas dengan menyebut memanggil Datuk T sebagai Eskay.

Kami meninggalkan hotel tersebut hampir jam 10.00 malam dan bertemu rakan yang mengiringi kami seramai 3 orang yang kami ceritakan apa yang berlaku.

1. Tan Sri Rahim menipu kerana dalam sidang media semalam dia mengatakan dia merancang semua tetapi ketika bersama saya dia mengatakan ini kali pertama menonton setelah pulang dari luar negara untuk percutian keluarga

2. Saya telah 'berpura' yakin mengenai video dan sedia memberikan video tersebut ditonton oleh Datuk Seri Dr. Wan Azizah namun beliau enggan melakukan. Nampaknya beliau pun tidak bersungguh dalam kononya mahu Wan Azizah menonton video tersebut.

3. Dari pemerhatian saya video tersebut kemungkinan besar video asal yang tidak diganggu imejnya pun. Namun pelakon dalam filem tersebut bukan Anwar. Memang sekali imbas kelihatan seperti Anwar tetapi bagi sesiapa yang rapat dan biasa melihat 'perwatakan' atau gerak geri Anwar pasti tahu itu bukan Anwar. Contohnya dalam filem Ghandi, Ben Kingsley yang melakonkan watak Ghandi begitu menjadi sehingga menggondol sekurang kurangnya 11 anugerah peringkat dunia. Saling tak tumpah seperti Ghandi namun jika sesiapa yang pernah rapat dan mengenali perwatakan Ghandi tentu tahu membezakannya.

4. Saya menyakini kumpulan ini besar serta mendapat lindungan istimewa kerana modus operandi ketika membawa saya ke hotel tersebut seperti babak filem James Bond. Nama penyewa bilik tempat menonton dan daftar kenderaan yang digunakan menjemput saya mungkin dapat mengundang fakta lebih menarik lagi.

Politik kotor dan jijik seperti ini harus dikecam oleh rakyat Malaysia. Rakyat sebenarnya sudah bosan dengan politik 'selak kain' yang lansung tidak mendidik. Isu polisi, kebajikan rakyat tidak diperdebat tetapi sebaliknya 'isu selak kain' dibincangkan secara sensasi, kesian rakyat yang terhimpit dengan kenaikan harga dan kos hidup yang makin meningkat.

Sekian

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)


PEROGOL YANG BEBAS



SKANDAL SEKS VIDEO: PERTEMBUNGAN FAKTA DAN PEMBABITAN PIMPINAN UMNO


Saya merujuk kepada kenyataan yang dibuat semalam oleh Dato’ Shazryl Eskay Abdullah, salah seorang dari tiga dalang yang menamakan diri mereka “Dato T” berhubung pembabitan mereka di dalam skandal seks video yang memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Dato’ Eskay menyatakan bahawa dia juga turut dirakam di dalam video tersebut. Ini mengesahkan teori bahawa lelaki yang pada awalnya dilihat sedang mengaturkan sesuatu di dalam bilik dan disyaki bertanggungjawab memasang alat perakam adalah Dato’ Eskay sendiri. Ia juga selari dengan persoalan yang ditimbulkan oleh Dato’ Johari Abdul semalam bahawa si pelaku tahu perbuatan seks akan dirakamkan kerana pada awalnya dia dirakam bersama-sama seorang lelaki lain yang disyaki sedang menyiapkan peralatan rakaman.

Pengakuan Dato’ Eskay menimbulkan keraguan besar kepada jalan ceritanya iaitu kononnya dia disuruh oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil jamnya yang tertinggal, lalu terjumpa peralatan rakaman semasa mencari jam tersebut.

Jelas bahawa itu pembohongan kerana dia sendiri mengaku bahawa dia adalah lelaki terbabit yang disyaki bertanggungjawab memasang alat rakaman di permulaan rakaman video tersebut. Dakwaannya kononnya dia terjumpa video itu adalah penipuan semata-mata dan tidak masuk akal.

Saya juga mendesak Perdana Menteri sendiri memberi maklumbalas kepada satu laporan bahawa ketiga-tiga orang dalang ini berjumpa dengan Perdana Menteri di Pejabat Perdana Menteri di Parlimen untuk berbincang mengenai perkara ini. KEADILAN telah dimaklumkan bahawa Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat Biro Politik UMNO di pejabatnya di Parlimen petang semalam, maka Perdana Menteri memang berada di Parlimen ketika ketiga-tiga dalang ini dilihat di Parlimen semalam.

Perkara ini menimbulkan tanda tanya yang serius mengenai setakat manakah pembabitan pimpinan kerajaan dalam pembikinan dan penayangan video seks ini, yang melanggar beberapa peruntukan undang-undang secara jelas.

Keengganan kerajaan mengambil tindakan tegas dan segera ke atas semua dalang yang terbabit menguatkan lagi persepsi rakyat bahawa ada penglibatan pimpinan kerajaan yang serius di dalam konspirasi ini, tidak ubah seperti mana konspirasi tahun 1998 dahulu.

Demi membersihkan namanya dan UMNO, Perdana Menteri perlu membuat kenyataan segera mengenai hasil perbincangannya dengan ketiga-tiga dalang video seks yang memalukan Malaysia ini.

NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI

24 MAC 2011
sumber - tukar tiub


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...