Showing posts with label Facebook. Show all posts
Showing posts with label Facebook. Show all posts

Tuesday, February 28, 2012

TOLONG SAMPAIKAN KEPADA MAHATHIR


Bila Mantan Perdana Menteri Berbicara Berkenaan Hudud.
by Hilal Asyraf on Tuesday, 28 February 2012 at 16:40 ·


Assalamu'alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barokatuh.

Alhamdulillah, pada hari ini saya telah menulis status berkenaan mantan perdana menteri yang kita kasihi, apabila dia berkata berkenaan Hukum Hudud adalah rekaan Ahli Fiqah, dan bukannya datang daripada Al-Quran.

Apa yang suka saya ketengahkan di dalam isu ini adalah kenyataannya - Hudud adalah rekaan Ahli Fiqah. Tiada daripada Al-Quran.

Maka, saya rasa sangat kelakar, untuk seorang mantan perdana menteri yang memerintah sebuah negara 'Islam' untuk jangka masa lebih dua dekad, bahkan masih hidup hingga ke hari ini, untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.

Kita ketepikan dahulu persoalan 'Bagaimana Sepatutnya Hudud Dilaksanakan'. Sebab nampaknya, persoalan 'Apakah Hudud Itu Daripada Allah' pun tidak diketahui rupanya.

Tiada Di Dalam Al-Quran? Tiada Di Dalam Hadith? Rekaan?

Saya hanya seorang pelajar Usuluddin, tahun akhir, di University of Yarmouk, Irbid, Jordan. Saya tidak mendalami syariah(peraturan) Islam sebagaimana pelajar Fiqh. Saya hanya 'budak Usul', atau 'budak akar' di dalam bidang agama ini. Justeru, saya belajar akan Aqidah, Tafsir Al-Quran, dan Hadith.

Sebab itu, saya mahu bahaskan tentang "Apakah benar Hukum Hudud itu rekaan ulama' Fiqah?". Saya tidak layak untuk membahaskan "Bagaimana Melaksanakan Hukum Hudud." Semestinya, saya serahkan yang itu kepada yang lebih arif. KERANA SAYA TIDAK TAHU. Saya ulang, kerana saya tidak tahu. Apa yang saya tidak tahu, saya tak akan pandai-pandai sentuh.

Maka, di sini buktinya bahawa Hukum Hudud itu wujud di dalam Al-Quran dan Hadith, bukannya rekaan Ulama'.

Ini hukum mencuri:

"Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." Surah Al-Maidah ayat 38. Ini dalil hukum hudud untuk mencuri. Jelas, ini adalah Al-Quran.

Diriwayatkan pula di dalam Sohih Bukhari Hadith no 1516 Jilid 3:

Dari Aisyah r.a., Orang Quraisy merasa tidak senang akan hukuman yang dijatuhkan kepada seorang perempuan suku Makhzum mencuri. Mereka berkata: "Siapakah yang boleh menyampaikan kepada Rasulullah s.a.w. supaya perempuan itu dibebaskan saja?" Kata mereka: "Siapakah yang berani selain Usamah bin Zaid, kesayangan Rasulullah s.a.w.!" Usamah lalu menyampaikannya kepada beliau. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Mengapa engkau memberikan pertolongan untuk membebaskan seseorang dari had (hukum) Allah?" Kemudian beliau berdiri lalu berpidato, sebagai berikut: "Orang-orang yang sebelum kamu dibinasakan, kerana kalau orang yang terhormat (mulia) mencuri, mereka biarkan saja. Tetapi kalau yang mencuri itu orang lemah, mereka jatuhi hukuman. Demi Tuhan! Kalau sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, saya potong juga tangannya!"

Kemudian hukum zina pula:

"Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman." Surah An-Nur ayat 2.

Hukum Rejam untuk penzina yang telah berkahwin:

"Dari Jabir bin Abdullah Al-Ansar RA, bahawa seorang lelaki dari Aslam datang kepada Rasulullah SAW dan menyatakan bahawa dia telah berzina. Pengakuan ini diucapkannya empat kali. Lalu Rasulullah SAW menyuruh supaya orang itu direjam. Sesungguhnya dia telah berkahwin." Hadith Riwayat Bukhari di dalam Sohihnya, no 1817, Jilid 4, Bab Zina.

Jelas, sekali lagi, hukum ini daripada Al-Quran dan Hadith.

Kemudian hukum murtad pula:

"Sesiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia." Hadith Riwayat Bukhari di dalam Sohihnya, Hadith no 6922. Jelas, ini adalah hadith yang sohih.

Kemudian hukum Qazaf(menuduh orang lain berzina):"Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik" Surah An-Nur ayat 4.

Sekali lagi, jelas, ini adalah daripada Al-Quran. Daripada Hadith yang Sohih.

Justeru, amatlah dangkal untuk seseorang itu sebenarnya menyatakan Hukum Hudud Adalah Rekaan Ahli Fiqah dan bukannya daripada Al-Quran.

Hukum Hudud Tidak Adil. Merugikan Orang Islam.

Dinyatakan juga oleh Mantan Perdana Menteri tersebut bahawa, Hukum Hudud ini tidak adil. Dia berulang kali menyebut bahawa Islam menekankan keadilan. Kononnya Al-Quran sendiri menyatakan akan keadilan. Hukum dengan adil. Seakan-akan, melaksanakan hudud bukan satu keadilan, bahkan merugikan orang Islam.

Katanya, kalau orang Islam kena potong tangan, dan orang bukan Islam tak kena potong tangan, bukankah itu tidak adil dan merugikan?

Sebenarnya, dari segi perlaksanaan Hukum Hudud, perlaksanaannya adalah sangat ketat. Bukan semua kecurian dihukum dengan hukuman potong tangan. Perkara ini, pelajar yang mendalami Fiqah lebih arif.

Dan sebenarnya, amatlah saya terkilan dengan kenyataan Mantan Perdana Menteri kita itu. Kerana, seakan-akan, bangsa Melayu, orang islam ini kaki mencuri pula. Bukankah kita adalah bangsa yang disematkan adab dan sopan, dan mencuri bukanlah perkara kebiasaan di dalam adat kita sendiri(atau sebenarnya iya?). Maka mengapa perlu takut sebenarnya akan hukum ini? Ramai orang Islam akan ketiadaan tangan? Pada saya itu alasan yang sangat dangkal.

Dr Asri Zainal Abidin adalah antara ulama' yang saya suka penjelasannya akan perlaksanaan hudud. Boleh rujuk kepada video-video beliau. Saya second apa-apa sahaja fatwa beliau berkenaan hudud.

Setakat ilmu saya, perlaksanaan hududlah yang paling adil sekali dalam peraturan dunia. Semestinya kerana Allah SWT yang memberikan hukum ini kepada kita adalah Yang Maha Adil. Kerana itu hukumNya juga adalah adil. Bahkan, pada hemat saya, dengan melaksanakan hukum ini, Ummat Islam akan menjadi Ummat yang paling layak dicontohi kerana disiplin dan ketelusan mereka. Yang menjadikan kita takut dengan Hudud ini adalah daripada penerangan yang salah, dan dimomokkan pula dengan perlaksanaannya yang dikatakan barbarik, ganas, tidak berperasaan.Tidak. Hakikatnya tidak.

Apa-apa hal pun, untuk lebih detail berkenaan BAGAIMANA HUKUM HUDUD ITU PERLU DILAKSANAKAN, saya serahkan kepada rakan-rakan saya dalam bidang syariah untuk menjelaskannya. Jelas, Dr Asri Zainal Abidin banyak membahaskannya.

Penutup: Saya Tidak Perlu Menjadi Pembangkang atau Perdana Menteri Untuk Memberikan Teguran Ini.

Saya tidak perlu menjadi Pembangkang untuk menegur Mantan Perdana Menteri ini sambil menjelaskan pula perkara ini di khalayak ramai. Pada saya, ulama'-ulama' Kerajaan perlu bertegas memberikan penjelasan akan hal ini.

Saya juga tidak perlu menjadi Perdana Menteri, untuk membetulkan statement - Hukum Hudud adalah rekaan Ahli Fiqah dan bukan daripada Al-Quran.

Kalau semua orang perlu menjadi Perdana Menteri baru boleh tegur Perdana Menteri atau Mantan Perdana Menteri, maka dalam sejarah Malaysia ini tinggal 3 orang sahaja yang layak memberikan teguran.

Dan, memandangkan saya adalah pelajar Usuluddin yang mendalami Aqidah, suka saya menekankan satu perkara penting di sini:"Menolak apa-apa sahaja daripada Al-Quran, hukumnya adalah kafir." Sebenarnyalah.

"Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir. " Surah Al-Maidah ayat 44.

"Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." Surah Al-Maidah ayat 45.

"Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik." Surah Al-Maidah ayat 49.

Saya dididik oleh guru Aqidah saya, Dr Ala' Hilat, untuk tidak menghukum orang lain kafir. Saya tidak sesekali menyatakan Mantan Perdana Menteri kita itu kafir. Tetapi saya mahu tegaskan bahawa, menolak apa-apa daripada Al-Quran, adalah kafir.Guru saya kata, jika kita nampak orang sujud kepada pokok, katakanlah mungkin dia tidak tahu. Kemudian perjelaskanlah.

Maka saya menganggap, Mantan Perdana Menteri saya, sepanjang 22 tahun dia memerintah dan sehingga kini dia hidup, tiada siapa menjelaskan hal ini kepadanya. Dia TIDAK TAHU.

Maka saya jelaskan di sini secara ringkas.

Saya juga ingin menegaskan bahawa, sekiranya kita bukan AHLI di dalam bidang agama, maka janganlah bicara sembarangan. Bertanyalah jika benar tidak mengetahui. Mintalah penjelasan. Apatah lagi sekiranya kita seorang public figure yang mempunyai ramai pengikut fanatik yang mengikut kita dengan membuta tuli, dan sanggup mempertahankan kita walau apa yang kita sebut itu salah.

Sampai di sini sahaja nota do'if saya.

Mantan Perdana Menteri saya berbicara akan hal ini di khalayak ramai.Maka di sini nota ini saya persembahkan di khalayak ramai.

Sesiapa mahu sokong pendapat Mantan Perdana Menteri kita itu, boleh fikir 10 kali lepas baca nota ini.

Saya mahu kata di sini bahawa, sesiapa yang mampu sampaikan nota ini kepada Mantan Perdana Menteri saya itu, dia patut sampaikan.Saya tak tahu cara mana saya boleh sampaikan biar betul-betul sampai kepada dia.Sekian.

~ Seorang hamba,

Hilal Asyraf
http://langitilahi.com 

Sumber : Hilal Asyraf

Friday, April 15, 2011

NATE KERO MU HINO SULTAN KELATE ?



APAHAL mamat ni pasal bola pun sampai nak sumpah seranah sultan kelantan? Tak cukup kah dengan penghinaan kepada rakyat dan negeri Kelantan sampai sultan pun kau nak hina? .Siapa yang kau nak marah sebenarnya ni? Pemain kelantan? pennyokong Kelantan? rakyat kelantan? atau perkataan 'kelantan'?
Saya harap pihak yang berkenaan dapat mengesan dan menangkap mamat ni supaya dapat memberi kesedaran kepada semua supaya jangan mempermainkan institusi diraja sesuka hati.Jelas sekali mamat ni sudah melanggar perlembagaan malaysia yang menuntut kita menghormati institusi raja .Jangan ingat kita boleh sumpah seranah apa saja dan berselindung di sebalik facebook!

Got a friend who uses Facebook and Twitter? Invite them and earn RM 1 for every friend who joins and shares a campaign. ada ramai kawan guna facebook dan twitter? jemput mereka dan untung RM1 untuk setiap kawan yang menyertai dan berkongsi kempen ini.Tak guna modal 1sen pun.klik sini untuk menyertai.
 Jana pendapatan sambilan dengan churpchurp-tanpa modal.Setiap satu klik di bayar 20sen

FILEM YANG MEMBUATKAN JATUH BIJI MATA ANDA!

Microsoft akan memilih 2 orang setiap minggu untuk mengembara mengelilingi dunia!

Saturday, April 2, 2011

'BERISTERIKAN' LELAKI GARA GARA FACEBOOK

Hati-hati jika berkenalan dengan seseorang melalu jejaring sosial Facebook. Seorang lelaki dengan nama ringkas "MU", warga Kampung Bojong RT 001/002 No.1 Kelurahan Jatiasih, Kecamatan Jatiasih, Kota Bekasi terpaksa menanggung malu lantaran memperisterikan seorang lelaki yang pura-pura menjadi wanita selama enam bulan. Keduanya berkenalan melalui Facebook.
Go to fullsize image
Kes tersebut terbongkar dalam laporan terhadap suspek di Balai Polis Sektor Jatiasih, hari ini. Dalam keterangan yang diberikan mangsa kepada pihak polis, suspek yang nama ringkasnya "RS" mengaku sebagai wanita dengan menggunakan nama samaran Fransiska Anastasy Oktaviany. Suspek yang berasal dari Kecamatan Pasar Rebo, Jakarta Timur tersebut memakai jilbab serta berperilaku seperti wanita ketika bertemu dengan mangsa pada Ogos 2010.

Lantaran perilaku dan pakaian tersebut, mangsa percaya kepada suspek bahawa dia benar-benar wanita. Untuk lebih meyakinkan mangsa, suspek membawa kedua orangtuanya yang pada pemeriksaan polis ternyata dipalsukan ke rumah mangsa. Suspek bahkan sempat menginap selama satu minggu pada September 2010 di rumah mangsa.

Setelah menginap di rumah suspek, mangsa kemudian mengajak suspek untuk menikah. Keduanya kemudian menikah pada 19 September 2010 dengan dihadiri orang tua mangsa bernama Jayalana dan Minah. Keduanya menikah secara rasmi dan mendapatkan surat nikah asli yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Jatiasih.

Selama enam bulan menjalani pernikahan, suspek berperilaku selayaknya seorang isteri. Bahkan, keduanya pun menjalani hubungan suami isteri. Hanya saja, suspek selalu menutupi tubuh fizikalnya kepada mangsa. suspek selalu menepis kemahuan mangsa untuk melihat fizikal yang bersangkutan dengan berpura-pura sedang datang bulan.

Suspek dikatakan telah memalsukan sejumlah dokumen peribadi seperti Kad Pengenalan Diri, Surat kelahiran, dan Kad Keluarga. Sebagai syarat pernikahan, dokumen peribadi tersebut hanya menggunakan bukti fotokopi tanpa ada dokumen asli. “suspek hanya menyeratakan dokumen fotokopi. Dokumen itu dipalsukan dengan cara menampal yang asli dengan nama suspek kemudian difotokopi, “ ujarnya.

Kecurigaan suspek ialah ketika suspek berperilaku kasar dan berjanggut. Sentot menceritakan kepada penduduk sekitar kemudian meminta suspek untuk memeriksakan fizikalnya ke sebuah klinik. “Tapi setelah keluar klinik, suspek juga membawa surat keterangan palsu bahawa dirinya benar berjenis kelamin wanita, “ ujarnya.

Lantaran penduduk masih curiga dengan surat tersebut, penduduk kemudian telah pergi ke klinik berkenaan dan menyanyakan surat yang asal. Dari pihak klinik tersebut, surat keterangan itu dinyatakan tidak pernah dikeluarkan oleh doktor dari pihaknya. “Sampai di rumah, penduduk meminta suspek untuk ditelanjangi. Tapi ketika beliau ingin diperiksa, barulah suspek mengaku beliau seorang laki-laki, “ ujarnya.

Menurut keterangan suspek, kedua "orang tua"nya ternyata hanyalah merupakan orang upahan. Untuk berpura-pura menjadi orangtuanya, masing-masing dibayar Rp 200,000(RM70.00) “Keduanya telah dapat dijerat turut serta melakukan jenayah, “ ujar Sentot.

Setelah mangsa membuat laporan ke Polsek Jatiasih, suspek yang didakwa di bawah pasal 226 dan atau 378 KUHPidana tentang kes memberi keterangan palsu. Suspek yang kemudian ditahan di Polsek Jatiasih untuk pemeriksaan lebih lanjut dan jika sabit kesalahan boleh dihukum tujuh tahun penjara. -republika

Saturday, March 19, 2011

17 FAKTA MENARIK TENTANG FACEBOOK

Sejak dilancarkan untuk umum pada tarikh 26 September 2006, kini Facebook telah menjadi website social networking dengan jumlah pengguna terbanyak di dunia. Facebook memang fenomena. Idea dari pemuda bernama Mark Zuckerbeg ini sekarang memiliki lebih dari 500 juta pengguna Dimana 50 peratus dari angka tersebut setiap harinya menggunakan Facebook.



Ingin tahu beberapa hal menarik tentang Facebook dalam angka?

  1. 1 dari 13 orang di dunia saat ini memiliki sebuah akaun Facebook. Lebih separuh darinya log in setiap hari.
  2. 2% dari seluruh pencarian di Google tahun 2010 lalu mengandungi perkataan Facebook.
  3. 4 Februari 2004 adalah tarikh ketika Mark Zuckerberg melancarkan Facebook ketika dia masih menjadi mahasiswa di Universiti Harvard.
  4. Purata 8 friend request dikirimkan oleh seorang pengguna Facebook tiap bulan.
  5. Mark Zuckerberg memiliki 24% saham di Facebook. Salah satu pemilik saham yang lain adalah Microsoft dengan jumlah 1,3%.
  6. 25% perusahaan dilaporkan menolak pelamar setelah menyelidiki profil Facebook mereka.
  7. 27% user Facebook tidak menampilkan status sebenar mereka.
  8. 42% lelaki dan 63% wanita mengaku memakai Facebook untuk mencari bekas kekasih.
  9. Facebook diterjemahkan dalam 76 bahasa.
  10. Pengguna Facebook tertua berumur 104 tahun. Dia adalah Lilian Lowe yang berasal dari Wales.
  11. Purata pengguna Facebook mempunyai 130 teman.
  12. Facebook mempekerjakan 1700 karyawan di 12 negara.
  13. Sebanyak 66.168 foto ditag di Facebook setiap minit.
  14. 2.176.000 private messege dikirim melalui Facebook setiap 20 minit.
  15. 35 juta orang mengubah status Facebooknya setiap hari.
  16. 38 juta pengguna Facebook mengunjungi halaman 'Texas HoldEm Poker' setiap bulan.
  17. Facebook dianggarkan bernilai 32 milion poundsterling.

Got a friend who uses Facebook and Twitter? Invite them and earn RM 1 for every friend who joins and shares a campaign. ada ramai kawan guna facebook dan twitter? jemput mereka dan untung RM1 untuk setiap kawan yang menyertai dan berkongsi kempen ini.Tak guna modal 1sen pun.klik sini untuk menyertai. Jana pendapatan sambilan dengan churpchurp-tanpa modal.Setiap satu klik di bayar 20sen.

Friday, February 25, 2011

Kedudukan Terkini Carta Facebook Fans Selebriti Malaysia

Berikut adalah kedudukan terkini Carta Facebook Fans Selebriti Malaysia yang masih dipegang oleh Lisa Surihani dengan jumlah peminat seramai 1.2 juta orang. Turut mengikut rapat pada tangga kedua ialah hos tv, Aznil Haji Nawawi (836,976) & tempat ketiga ialah Scha Al-Yahya (831,781).
1. Lisa Surihani : 1,245,525
2. Aznil : 836,976
3. Scha Alyahya : 831,781
4. Zizan Raja Lawak : 760,709
5. Yuna : 699,390
6. Awal Ashaari : 680,622
7. Fahrin Ahmad : 643,496
8. Liyana Jasmay : 617,951
9. Bunkface : 612,001
10. Diana Danielle : 596,927
11. Shaheizy Sam : 579,325
12. Faizal Tahir : 569,455
Fara Fauzana dikatakan terkeluar daripada Carta Facebook Fans Selebriti Malaysia ekoran FB fanpage-nya telah diceroboh & didelete oleh or…READ MORE
Join 1klik dibayar 20sen!

Friday, February 18, 2011

GUNA FACEBOOK TUNTUT KEADILAN - MANGSA TEMBAKAN TUMPAT

TUMPAT, 17 Feb: Satu laman peminat Facebook atas nama 'Keadilan Untuk Allahyarham Sa'aid & Adik Ahmad Nizamudi'n dibuka dipercayai berkaitan kematian seorang lelaki dan anak saudaranya yang ditembak pegawai Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Pengkalan Kubor semalam.

Sehingga berita ini ditulis, laman Facebook yang meletakkan gambar kad pengenalan mangsa sebagai gambar profil itu kini mempunyai 1,329 pengikut.

Bagaimanapun tiada sebarang maklumat terperinci mengenai pengendali dan laman tersebut disertakan.

Melihat kepada entri terawalnya yang dimasukkan pada jam 4.08 pagi tadi, laman itu dipercayai baru dibuat hari ini.

Semalam, Ahmad Nizamuddin Mohamad, 19, cedera parah selepas terkena dua tembakan di rusuk kanan yang dilepaskan pegawai UPP yang didakwa ingin mempertahankan diri.

Nizamuddin ditembak selepas didakwa menyerang empat anggota UPP di perkarangan Hospital Tumpat ekoran salah faham berhubung punca kematian bapa saudaranya, Said Mat Hassan, 56.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi, Sa'aid ditemui empat anggota UPP dalam sebuah kereta Kancil di tepi jalan di Kampung Wakaf Tin di sini pada jam 7.45 pagi dalam keadaan lemah, berwajah pucat serta mulutnya berbuih.

Katanya, anggota UPP itu turut menemui 20 guni beras siam dalam kereta berkenaan.

Menurutnya, melihat keadaan Sa'aid yang tenat, anggota UPP membawanya ke Hospital Tumpat untuk mendapat rawatan. Said disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital itu.

Bagaimanapun, khabar angin yang sampai ke pengetahuan ahli keluarganya termasuk Nizamuddin mengatakan Sa'aid meninggal dunia akibat dibelasah anggota UPP menyebabkan mereka bertindak menyerang penguat kuasa berkenaan pada pukul 9.20 pagi.

Ekoran tembakan itu, Nizamuddin dibawa ke Hospital Tumpat untuk mendapatkan rawatan, bagaimanapun dia terpaksa dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota Baharu kerana keadaannya yang parah.

Sementara itu, dipihak keluarga Allahyarham pula mempunyai versi berbeza berhubung kejadian tersebut.

Menurut mereka, kematian mangsa akibat dipukul dengan teruk oleh empat anggota UPP terbabit.

Penjelasan versi keluarga itu juga turut dimuatkan dalam entri Facebook tersebut.

"Saksi (anak saudara mangsa) yang menyaksikan kejadian pukul hingga mati Allahyarham Sa'aid ditembak sebanyak 2 das tembakan.

"Sebutir peluru mengenai bahagian dada kanan dan sebutir peluru lagi mengenai perut sebelah kiri mangsa. kejadian berlaku sejam selepas Allahyarham Sa'aid di pukul sehingga mati," entri dalam facebook itu dipetik.

Anak sulung Allahyarham, Nik Suriani Sa'aid ketika ditemui Harakahdaily di kediamannya semalam turut melahirkan rasa kecewa dengan apa yang menimpa keluarganya.

Lebih mengecewakan ekoran bapanya dituduh penyeludup beras terbesar di Malaysia itu seperti dilapor beberapa media.

"Saya mahu keadilan diberikan kepada keluarga saya, bersihkan nama baik keluarga saya.

"Buktikan bapa saya penyeludup beras terbesar Malaysia, sedangkan beras yang dibawanya tidak sampai pun RM700 nilainya," katanya.
Husam minta siasat
Kelmarin, kerajaan dan Polis Diraja Malaysia diminta menyiasat lebih terperinci berhubung kes kematian seorang peniaga beras, allahyarham
Said Mat Hassan, 56, termasuk anak saudaranya yang cedera parah terkena tembakan, Ahmad Nizamudi'n, 19.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa, berkata rakyat serta keluarga mangsa ingin
mengetahui punca sebenar kejadian sehingga berlakunya kematian serta tembakan terhadap Riduan.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika melakukan lawatan ke atas keluarga mangsa di Unit Forensik Hospital Daerah, Tumpat di
sini malam tadi.

Terdahulu beliau mengunjungi keluarga allahyarham di Kampung Bendang Pak Yong, dekat sini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga
terbabit di atas apa yang berlaku.

Husam seterusnya berharap kerajaan melakukan siasatan secara adil serta tidak melindungi mana-mana pesalah dalam kejadian itu.

“Kita juga kesal bagaimana ianya boleh berlaku sehingga mengakibatkan kematian dengan kesalahan hanya menyeludup beras.

“Seorang lagi mangsa ditembak dua das hanya kerana tindakan ‘hilang sabar’ akibat trauma berhubung kejadian yang menimpa keluarga
mereka,”ujarnya.

Menurut Husam perkara itu (seludup beras) memang salah disisi undang-undang, namun amat tidak wajar mereka dihukum sedemikian.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi setelah mangsa keluar dari rumah untuk meneruskan kerja hariannya sejak sekian lama
dengan berniaga beras.

Bapa mentua mangsa, Shafie Che Tah, 69, ketika ditemui berkata bagaimanapun menantunya itu akhirnya ditangkap polis Unit Pencegah
Penyeludupan (UPP).

“Dia dipukul hingga pengsan dan dipercayai meninggal dunia selepas itu. Anak saudara allahyarham (Riduan) pula mengamuk apabila melihat
sekumpulan UPP datang ke hospital.

“Saya diberitahu dia ditembak dua das dari pihak UPP dalam pergelutan itu,”ujarnya ketika ditemui.

Riduan kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab ll, Kota Bharu.

mijie : Selepas era Zaman Khan,rakyat dah tak hormat polis lagi.Terlalu banyak insiden yang mencemarkan nama polis.Aku ingat lagi dulu orang panggil polis 'Datuk' - akan datang mungkin panggil 'hoi' jela...

Wednesday, February 16, 2011

ARTIS POPULAR TAK SEKOLAH RUPANYA.

Rasanya anda semua yang beragama Islam sudah sedia maklum yang menyambut atau meraikan Valentine Day atau disebut juga sebagai Hari Kekasih adalah haram kerana ianya jauh menyimpang dari budaya Melayu apatah lagi ajaran agama Islam. Tengok video ni.

Berbalik kepada apa yang kami nak sampaikan kepada anda, Sharifah Sofia melalui laman Twitter’nya cuba mempertikaikan tentang isu pengharaman sambutan Valentines Day. Antara persoalan yang dibangkitkan oleh Sharifah Sofia ialah:
“Jika benar ianya haram, mengapa tahun lepas dan tahun-tahun sebelum ini tidak diharamkan?”
Wahai puan Sharifah Sofia, bukankah dari dulu lagi yang Valentine Day sememangnya haram disambut oleh orang Islam? Kenapa pula anda cakap “mengapa tahun lepas dan tahun-tahun sebelum ini tidak diharamkan”? Tak faham kami.

Ekoran dari persoalan yang dibangkitkan oleh Sharifah Sofea itu, beberapa pengikut Twitternya telah menjawab persoalan tersebut. Anda boleh bacanya kat bawah ni.


                                                                                             -dipetik dari blog     ismet_ulamraja
mijie - Rupanya realiti minah  ni lebih teruk dari lakonannya.Tak hairan kalau non muslim tak faham tentang islam-sedangkan yang di beranakkan sebagai muslim pun masih tak reti-reti tentang hukum hakam.Bukan nya susah nak faham,tapi sikap degil minah ni buat dia namapak bodoh.

Got a friend who uses Facebook and Twitter? Invite them and earn RM 1 for every friend who joins and shares a campaign.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...