Showing posts with label Binatang. Show all posts
Showing posts with label Binatang. Show all posts

Monday, June 6, 2011

TIKUS GERGASI PEMAKAN BAYI !!

Cape Town - Afrika Selatan diserang tikus. Bukan tikus biasa, tikus-tikus ini sebesar seekor kucing. Dengan ukuran sebesar itu, tikus-tikus itu mencari mangsa yang cukup besar. Bayi.

Tikus itu boleh membesar hingga hampir satu meter, dari muncong hingga ekor. Sementara gigi depannya sepanjang 2,5 cm.

Minggu ini sahaja sudah berlaku dua tragedi yang mengerikan. Tikus-tikus raksasa memakan dua orang bayi dalam dua peristiwa berbeza. Lunathi Dwadwa, 3 tahun terbunuh dalam tidurnya di kawasan perumahan di luar Cape Town. Sementara seorang bayi lain menjadi mangsa tikus di Soweto, tak jauh dari Johannesburg pada hari yang sama.

Lunathi ditemukan terbunuh dalam keadaan mengerikan oleh orangtuanya, pada 29/5/2011. Tidak ada tangisan ataupun jeritan sebelumnya.

"Saya tidak dapat melupakan betapa mengerikan keadaan anak saya. Matanya terkeluar. Wajahnya rosak dari alis hingga pipi," kata Bukiswa Dwadwa (27 tahun), ibu bayi itu.

"Tidak ada yang boleh melakukannya kecuali tikus," ujar Mncedisi Mokoena, ayah Lunathi.

Beberapa jam kemudian, polis menemukan kes yang serupa. Seorang bayi perempuan diserang segerombolan tikus besar ketikan ibunya yang masih remaja pergi dengan teman-temannya.

"Kami mendapat panggilan dari lokasi kejadian, tentang terbunuhnya bayi tersebut akibat serangan tikus," kata polis bernama Bongai Mhlongo.

"Kami menahan ibunya dengan tuduhan kelalaian yang mengakibatkan kematian," tambahnya.

Bulan lalu, Nomathemba Joyi (77) juga tewas setelah tikus-tikus raksasa memakan sisi kanan wajahnya.

Di kawasan perumahan Afrika Selatan, tikus raksasa biasa ditemukan di tempat-tempat sampah.

Tikus-tikus itu diyakini termasuk jenis African Giant Pouched Rats, salah satu jenis tikus terbesar dunia. Mereka lebih aktif di malam hari, pemakan segala, dan boleh membiakkan 50 anak dalam setahun. Beberapa suku di Afrika mengembangbiakkan tikus jenis itu untuk dimakan. -kompas.com
 
Got a friend who uses Facebook and Twitter? Invite them and earn RM 1 for every friend who joins and shares a campaign. ada ramai kawan guna facebook dan twitter? jemput mereka dan untung RM1 untuk setiap kawan yang menyertai dan berkongsi kempen ini.Tak guna modal 1sen pun.klik sini untuk menyertai.
Jana pendapatan sambilan dengan churpchurp-tanpa modal.Setiap satu klik di bayar 20sen

Wednesday, May 18, 2011

VIDEO : HIDUPAN LAUT YANG PALING PELIK DI DUNIA

Mijie : Rasanya ramai yang belum pernah tengok hidupan laut yang paling pelik di dunia ini.Sesetengah dari hidupan ini kelihatan amat pelik dan menakutkan.Kepada yang selalu kencing malam di nasihat tidak tengok...hehehe..

Got a friend who uses Facebook and Twitter? Invite them and earn RM 1 for every friend who joins and shares a campaign. ada ramai kawan guna facebook dan twitter? jemput mereka dan untung RM1 untuk setiap kawan yang menyertai dan berkongsi kempen ini.Tak guna modal 1sen pun.klik sini untuk menyertai.
Jana pendapatan sambilan dengan churpchurp-tanpa modal.Setiap satu klik di bayar 20sen

VIDEO : BINATANG PALING PELIK DI DUNIA

Ini adalah Giant Salamander China (Andrias davidianus). Salamander mampu membesar sehingga 6 kaki panjang dan boleh hidup selama lebih dari 50 tahun. Ada juga salamander gergasi Jepun yang kelihatan hampir sama tetapi hanya mencapai 5 kaki panjang. Salamander boleh didapati di sungai di atas gunung. Kedua-dua spesies tersebut sangat jrang di temui, di cina mereka dianggap makanan lazat dan digunakan ubat tradisional.

mijie : orang cina ni memang makan semua yang berkaki empat - tolak kerusi dengan meja aje...

Got a friend who uses Facebook and Twitter? Invite them and earn RM 1 for every friend who joins and shares a campaign. ada ramai kawan guna facebook dan twitter? jemput mereka dan untung RM1 untuk setiap kawan yang menyertai dan berkongsi kempen ini.Tak guna modal 1sen pun.klik sini untuk menyertai.
Jana pendapatan sambilan dengan churpchurp-tanpa modal.Setiap satu klik di bayar 20sen

Tuesday, May 10, 2011

HAIWAN KACUKAN PELIK

Umbukulizard
CICAK UMBUKU

Makhluk ini adalah satu-satunya dalam senarai yang tidak direka untuk alasan praktis, tetapi hanya untuk membuktikan bahawa hal itu boleh dilakukan. Genetik Engineers di Zimbabwe (dahulu Rhodesia) berjaya membuka  untaian DNA cicak Umbuku, cicak sangat kecil dan jarang di Afrika.Di yakini bahawa cicak adalah keturunan dari Pterodactyl, yang kehilangan kemampuannya untuk terbang beberapa juta tahun yang lalu. Sehingga kini  hanya 6 Umbuku terbang ini telah dihasilkan dan disimpan berasingan bagi mengelak risiko akibat pembiakan silang.

Dolion
DOLION
Ini mungkin adalah contoh paling luar biasa teori seberapa jauh ilmu mampu pergi dengan DNA yang moden dan teknik pembiakan silang; dolion adalah persilangan antara singa dan seekor anjing. Untuk menghasilkan haiwan  luar biasa ini(hanya 3 dolions ada di makmal - foto di atas adalah Rex, yang pertama yang pernah dihasilkan), masing-masing untaian DNA dari setiap makhluk harus digabungkan dan dimasukkan kembali ke dalam telur host. Hal ini mirip dengan liger (singa / harimau blasteran) dengan pengecualian yang liger mampu dihasilkan tanpa dimanipulasi dahulu daripada DNA salah satu jenis haiwan.

Fernspider
 LABAH LABAH PAKIS

Labah-labah pakis ialah satu satunya haiwan yang dikacuk dengan tumbuhan. Pada saat penulisan ini adalah satu-satunya haiwan yang telah berjaya dikacukkan dengan tanaman. labah-labah adalah persilangan antara labah-labah Wolf umum Itali (Lycosa tarantula) dan ponga pakis (Cyathea dealbata). Tujuan  kacukan aneh ini adalah untuk mempelajari tahap kelangsungan hidup labah-labah dengan penyamaran tersendiri berbanding  yang tidak dikacuk dalam siri kajian tentang Seleksi Alam di Massey University di New Zealand.  

Lemurat
 LEMURAT

Banyak wanita Cina yang kaya sedang mencari alternatif dan haiwan kesayangan eksotis untuk mempamerkan kekayaan mereka. Hal ini telah menyebabkan sejumlah syarikat China membuat kajian perubatan dan saintifik untuk bersaing untuk sumber pendapatan baru dengan menghasilkan haiwan kacukan silang. Yang paling berjaya (secara kewangan) setakat ini telah mencipta Cat lemur. Binatang ini (seperti namanya) ialah persilangan antara lemur dan kucing.Dengan mengekalkan ciri bulu lembut kucing dan warna, tetapi mempunyai ekor bergaris dan mata kuning yang biasanya dijumpai pada sebuah lemur. Binatang ini lebih ganas dari kucing biasa namun umumnya tidak lebih berbahaya daripada anjing Chihuahua. Nama saintifik untuk kacukan baru ini ialah Prolos Fira.

mijie : Pengubahsuaian genetik tanaman dan haiwan telah menimbulkan banyak perdebatan dalam beberapa tahun terakhir ini. Walaupun potensi bahaya dari beberapa pengubahsuaian, saintis terus menguji dan menghasilkan beberapa organisma yang baru dan mengejutkanMacam macam idea manusia mengubah suai ciptaan tuhan yang sudah sempurna.Tidak mustahil akan muncul pula penyakit penyakit baru akibat dari pengubahsuaian fitrah binatang ini. 

Got a friend who uses Facebook and Twitter? Invite them and earn RM 1 for every friend who joins and shares a campaign. ada ramai kawan guna facebook dan twitter? jemput mereka dan untung RM1 untuk setiap kawan yang menyertai dan berkongsi kempen ini.Tak guna modal 1sen pun.klik sini untuk menyertai.
Jana pendapatan sambilan dengan churpchurp-tanpa modal.Setiap satu klik di bayar 20sen

Monday, May 9, 2011

RAHSIA MAKAN ANAI ANAI HIDUP!

LUMAYAN... Rahim menggali busut untuk mencari ratu anai-anai.
LUMAYAN... Rahim menggali busut untuk mencari ratu anai-anai. 
 
LEDANG: “Isteri berterima kasih kepada saya selepas kami bersama,” kata Abdul Rahim Abu Bakar, 45, menceritakan khasiat memakan hidup-hidup ratu anai-anai yang didakwanya boleh merapatkan hubungan suami isteri.
Dia yang menjalankan perniagaan mengawal serangga perosak mendakwa khasiat ratu anai-anai umpama Viagra yang membolehkan pasangan bertahan lama di ranjang.
Menurutnya, dia mengetahui kehebatan memakan ratu anai-anai daripada seorang tabib Cina di bandar ini kira-kira tujuh tahun lalu sebelum mengamalkannya hingga kini.

“Seelok-eloknya ia dimakan kira-kira 15 minit sebelum bersama dan selewat-lewatnya tiga hari selepas ratu anai-anai dikeluarkan daripada busut untuk mengekalkan khasiatnya.

“Kehebatannya umpama kita berlari maraton tanpa henti. Malah tabib Cina percaya khasiat ratu anai-anai lebih hebat berbanding cicak tokek,” katanya ketika ditemui Metro Ahad di rumahnya di Serom 1, di sini, baru-baru ini.
Dia berkata, ratu anai-anai hanya boleh hidup sekitar tiga hari selepas diambil daripada sarangnya.

Bagi lelaki, dakwa Abdul Rahim, memakan ratu anai-anai dapat membantu memulihkan penyakit mati pucuk dan merawat masalah tenaga batin.

Wanita yang memakannya pula dikatakan dapat menambahkan kesuburan seperti fungsi ratu anai-anai itu sendiri yang menghasilkan ribuan telur.

Selain itu, ratu anai-anai dipercayai sangat berkhasiat dalam membantu memulihkan beberapa jenis penyakit, termasuk penyakit buah pinggang, lenguh badan, cepat letih, menerangkan penglihatan dan kencing manis bagi peringkat awal.

Abdul Rahim berkata, disebabkan khasiat dan kesukaran mendapatkannya, seekor ratu anai-anai dijual antara RM1,500 hingga RM2,500 kepada orang tengah dan boleh mencecah RM5,000 di kedai.

“Harga ratu anai-anai bergantung kepada saiz dan warnanya. Yang kecil biasanya berwarna hitam pucat manakala ratu anai-anai besar berwarna kekuningan seperti ulat sagu. Lagi besar, khasiatnya lagi bagus.

“Saya pernah memperoleh RM7,000 hasil penjualan tiga ekor ratu anai-anai. Bagaimanapun, ia bukan selalu kerana memang sukar mendapatkan ratu anai-anai,” kata bapa kepada lima anak berusia enam hingga 15 tahun itu.

Menyedari harganya lumayan, Abdul Rahim menjadikan kerja mencari ratu anai-anai sebagai pendapatan sampingan selain perniagaan mengawal serangga perosak.

“Sepanjang menjalankan pekerjaan mengawal haiwan perosak seperti anai-anai, saya jarang menggunakan racun, sebaliknya memakan ratu serangga berkenaan atau menjualnya kepada pihak berminat.

“Walaupun pelik, ia berkesan, malah ratu anai-anai turut mendapat permintaan tinggi kerana khasiatnya diakui di negara Asia seperti China, Jepun dan Singapura,” katanya yang mencari busut di sekitar kampung, terutama di dusun, ladang kelapa sawit dan getah untuk mengesan ratu anai-anai.

Dia mengambil masa kira-kira 10 sehingga 20 minit untuk menemui ‘rumah’ ratu anai-anai dan kadangkala lubang pertama digalinya membawa kepada penemuan tempat terbabit.

Katanya, cara memakan ratu anai-anai sangat mudah kerana pemakan hanya perlu menanggalkan kepala makhluk perosak terbabit lalu menelannya dengan segera.

“Sebaik menemui ratu anai-anai, kita perlu tanggalkan kepalanya sebelum meminum sedikit air untuk memudahkan ia ditelan,” katanya sambil menunjukkan cara terbabit kepada wartawan Metro Ahad.

Rahim turut memberi petua iaitu ratu anai-anai perlu dimakan segera untuk mengekalkan kesegaran serta khasiatnya kerana ia hanya mampu bertahan tiga hari selepas dikeluar dari sarangnya.

Bahkan, dia mendakwa selepas memakan ratu anai-anai, ia memberi kesan yang sungguh baik serta lebih bertenaga walaupun membuat kerja berat setiap hari.

Sementara itu, usaha menemui seorang lagi pemburu ratu anai-anai yang hanya dikenali sebagai Pak Aki, 70, di Segamat menemui kegagalan kerana dia meninggal dunia baru-baru ini. -METRO

Got a friend who uses Facebook and Twitter? Invite them and earn RM 1 for every friend who joins and shares a campaign. ada ramai kawan guna facebook dan twitter? jemput mereka dan untung RM1 untuk setiap kawan yang menyertai dan berkongsi kempen ini.Tak guna modal 1sen pun.klik sini untuk menyertai.
Jana pendapatan sambilan dengan churpchurp-tanpa modal.Setiap satu klik di bayar 20sen

FILEM YANG MEMBUATKAN JATUH BIJI MATA ANDA!

Microsoft akan memilih 2 orang setiap minggu untuk mengembara mengelilingi dunia!

GAMBAR IKAN IKAN BESAR HABUAN PENGAIL

01040607080910

VIDEO : Obor obor gergasi (Tiburonia granrojo)

Lebih daripada 3,000 m di bawah laut Pasifik, penyelidik dari Monterey Bay Aquarium Research Institute (MBARI) kamera digunakan pada kenderaan jarak jauh yang dikendalikan untuk menangkap kehidupan yang tersembunyi di kedalaman tersebut. Keluar dari kegelapan muncul obor-obor merah- besar satu meter lebar. merah besar, seperti yang telah dikenalpasti, tidak memiliki tentakel,  tidak seperti kebanyakan obor obor. Sebaliknya, dengan menggunakan senjata berdaging untuk menangkap makanan. Para saintis masih belum tahu apa sumber makanannya. Mereka mengatakan itu adalah contoh yang bagus tentang bagaimana sedikit yang kita tahu dari laut dalam.

Got a friend who uses Facebook and Twitter? Invite them and earn RM 1 for every friend who joins and shares a campaign. ada ramai kawan guna facebook dan twitter? jemput mereka dan untung RM1 untuk setiap kawan yang menyertai dan berkongsi kempen ini.Tak guna modal 1sen pun.klik sini untuk menyertai.
Jana pendapatan sambilan dengan churpchurp-tanpa modal.Setiap satu klik di bayar 20sen

FILEM YANG MEMBUATKAN JATUH BIJI MATA ANDA!

Microsoft akan memilih 2 orang setiap minggu untuk mengembara mengelilingi dunia!

Tuesday, April 19, 2011

VIDEO : ANACONDA BRAZIL GERGASI

Got a friend who uses Facebook and Twitter? Invite them and earn RM 1 for every friend who joins and shares a campaign. ada ramai kawan guna facebook dan twitter? jemput mereka dan untung RM1 untuk setiap kawan yang menyertai dan berkongsi kempen ini.Tak guna modal 1sen pun.klik sini untuk menyertai.
 Jana pendapatan sambilan dengan churpchurp-tanpa modal.Setiap satu klik di bayar 20sen

FILEM YANG MEMBUATKAN JATUH BIJI MATA ANDA!

Microsoft akan memilih 2 orang setiap minggu untuk mengembara mengelilingi dunia!

VIDEO AMATUR ULAR SAWA MAKAN BESAR!

ANAK ANAK BINATANG

Thursday, April 7, 2011

LAGI BAHANA ANJING PELIHARAAN - SIAPAKAH YANG LEBIH ANJING?

Kota Tinggi: Telinga seorang murid Tahun Tiga hampir putus dan terpaksa dikenakan 30 jahitan selepas diserang empat ekor anjing dalam satu kejadian dekat rumahnya di Kampung Panti di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa, Muhammad Rafiq Abdul Rashid (atas) hanya mampu menutup muka dan meraung kesakitan sambil menjerit meminta bantuan.
Kejadian berlaku ketika Muhammad Rafiq dan adik kembarnya, Muhammad Rafie berjalan kaki tidak jauh dari rumah mereka.

Ketika melewati rumah seorang peniaga ikan, secara tiba-tiba empat ekor anjing yang dipelihara di situ terlepas daripada kediaman itu sebelum bertindak mengejar pasangan adik beradik terbabit.

Menyedari bahayanya, pasangan kembar itu cuba lari menyelamatkan diri, namun nasib malang menimpa Rafiq apabila dia jatuh tersembam di atas jalan raya sebelum pantas dikerumuni empat anjing terbabit.

"Sejurus terjatuh, saya hanya mampu menekup muka saya dengan kedua-dua belah tangan sambil meraung kesakitan apabila anjing terbabit mula menggigit tubuh badan termasuk telinga.

"Nasib baik adik saya (Rafie) sempat mendapatkan bantuan penduduk kampung yang berjaya menghalau anjing itu daripada terus mengerumuni saya sebelum menghantar saya ke hospital dalam keadaan berlumuran darah," kata Rafiq yang terpaksa dirawat di Hospital Kota Tinggi selama tiga hari.

Rafiq ditemui di rumahnya, semalam, ketika diziarahi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Raja, Datuk Dr Adham Baba; Naib Ketua UMNO bahagian Tenggara (UBT), Suhaimi Khalid dan Ketua Wanita UMNO bahagian itu, Datin Salasiah Idris.

Bapa mangsa yang juga bekas tentera, Abdul Rashid Ibrahim, 55, berkata ketika kejadian beliau berada di Melaka kerana menghadiri satu kursus dan bergegas pulang sejurus dimaklumkan kejadian itu.

"Akibat serangan anjing itu, anak saya terpaksa menerima kira-kira 30 jahitan di seluruh tubuh, termasuk bagi menyambung telinga kanan yang terkoyak.

“Pemilik anjing itu ada mengunjungi anak saya di hospital dan semasa anak saya membuat laporan polis, dia berjanji akan membiayai segala kos perubatan sehingga sembuh," katanya. -BH

mijie : Binatang ialah makhluk tuhan yang tidak mempunyai fikiran dan pernah berdosa walau apa yang dilakukannya.Isu anjing peliharaan membaham dan mengganggu kehidupan masyarakat sering kali kita dengar berulang dan terus berulang.Dalam kes yang berlaku di Pulau Pinang yang melibatkan kematian baru baru ini,pemilik anjing hanya dikenakan hukuman denda yang minima.Memelihara binatang yang berpotensi membahayakan amat memerlukan penjagaan rapi.Bayangkan apa yang akan terjadi jika masyarakat memelihara harimau,anjing,beruk dan sebagainya tanpa penjagaan dari tuannya.Mengapa isu melibatkan keselamatan orang ramai seperti ini berulang dengan kekerapan yang tinggi? Pelaksanaan undang undang yang agak longgar sudah semestinya salah satu dari puncanya.TETAPI punca yang utama berlakunya kejadian serangan dan gangguan anjing ialah kerana KEBODOHAN DAN SIKAP MEMENTINGKAN DIRI yang ada pada pemilik anjing tersebut! Anda fikirkan lah siapa yang LEBIH ANJING dari anjing itu sendiri dalam kejadian ini.JANGAN TUNGGU KEJADIAN SAMA MENIMPA KELUARGA SENDIRI BARU NAK GUNA OTAK!!

Got a friend who uses Facebook and Twitter? Invite them and earn RM 1 for every friend who joins and shares a campaign. ada ramai kawan guna facebook dan twitter? jemput mereka dan untung RM1 untuk setiap kawan yang menyertai dan berkongsi kempen ini.Tak guna modal 1sen pun.klik sini untuk menyertai. Jana pendapatan sambilan dengan churpchurp-tanpa modal.Setiap satu klik di bayar 20sen.

IKAN PEMAKAN BUAYA

KEJADIAN ANEH IKAN KELUAR DARI MAYAT

Microsoft akan memilih 2 orang setiap minggu untuk mengembara mengelilingi dunia!

Saturday, April 2, 2011

Gempar!! Raksasa Melintas Jambatan Sdyney

SYDNEY - Sejumlah penduduk di sini berada dalam ketakutan selepas seekor raksasa dirakamkan di dalam kawasan perairan dekat sebuah jambatan di sini, lapor sebuah akhbar semalam. Menurut seorang pegawai polis, Harvey Edison, talian telefon di kebanyakan balai polis tempatan sesak dengan panggilan orang ramai yang memberitahu kewujudan makhluk ganjil itu kelmarin.

Menurutnya, laporan awal mengenai raksasa itu datang daripada orang ramai yang menaiki kapal pesiaran, feri dan bot di Pelabuhan Sydney. Edison berkata, semua rakaman video dan gambar yang menyiarkan kelibat raksasa itu kini dikaji oleh sekumpulan pakar bagi menentukan sama ada ia benar atau palsu.

Menurut satu kenyataan rasmi, sekumpulan pasukan yang melibatkan ahli biologi terkenal dan penyelam akan tiba di Sydney untuk menyiasat raksasa itu. Polis di negeri New South Wales turut membatalkan semua perkhidmatan feri dan pelayaran kapal pesiaran buat sementara waktu.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak belayar atau menaiki bot mewah di pelabuhan ini. Raksasa itu mempunyai leher yang panjang seperti kelibat raksasa di Loch Ness di Scotland./Agensi

Sunday, March 27, 2011

Canndiru sangat berbahaya melebihi piranha.

Ikan apakah lebih ganas dari piranha? inilah ikan yang lebih ganas dari piranha, Namanya adalah Candiru - Canndiru sangat berbahaya melebihi piranha.
Mengapa? ikan yang banyak terdapat di Sungai Amazon ini makanannya adalah darah mangsanya.
Bau kencing manusia akan menjadi tarikannya, dan dia dapat masuk ke dalam kemaluan lelaki dan wanita.
Satu-satunya cara mengeluarkannya adalah melalui pembedahan. Jadi jangan kencing di Sungai Amazon jika berenang atau menyelam di sana jika tidak ingin dibedah,.kumpulberita

Thursday, March 24, 2011

Fakta 9 binatang kecil berbahaya kepada manusia

9. Kutu

Kutu menghisap darah dan menghuni badan binatang lain (termasuk manusia). Kutu sukar untuk dihapus dan penghapusan harus dilakukan dengan hati-hati kerana kutu akan meninggalkan bahagian kepala yang kemudian dapat menyebabkan infeksi serius.
Menurut Wikipedia, kutu keras (hard ticks) dapat menyebarkan penyakit kepada manusia seperti penyakit Lyme, demam Rocky Mountain , tularemia, equine ensefalitis, demam kutu Colorado, African Tick Bite Fever, dan beberapa bentuk ehrlichiosis.

8
. Tarantula Hawk

Tarantula Hawk diberi nama sesuai fakta bahawa binatang ini membunuh tarantula sebagai makanan larva mereka. Sengatan binantang ini dinilai sebagai salah satu sengatan yang paling menyakitkan di dunia (walaupun tidak sesakit seperti semut api ).
Salah seorang pengkaji menggambarkan “[...] sengatan sebagai penyebab langsung, rasa sakit yang menyiksa dan menghilangkan kemampuan seseorang untuk melakukan apa pun, kecuali, mungkin, menjerit. Keadaan mental tidak berfungsi dalam situasi ini.” Tarantula Hawk adalah ‘serangga rasmi’ negara New Mexico.

7. Lalat Tsetse

Lalat ini merupakan lalat penyegat besar dari Afrika yang menghisap darah binatang vertebrata. Lalat ini diketahui menyebabkan penyakit tidur pada manusia dan Nagana kepada binatang ternak.
Penyakit tidur adalah penyakit parasit pada manusia dan binatang yang disebabkan oleh Trypanosoma, suatu protozoa yang ditularkan oleh lalat Tsetse.
Gejala penyakit tidur dimulai dengan demam dan sakit kepala lalu merebak di bahagian belakang leher. Setelah itu, mangsa mungkin mengalami tidur siang hari dan insomnia.
Ini boleh mengakibatkan kematian akhirnya.

6. Africanized Bees

Lebah ini juga disebut lebah pembunuh, dan merupakan spesis dari 26 ratu lebah Tanzania yang dibesarkan dengan spesies lain setelah mereka tanpa sengaja dibebaskan dari sarang di Brazil.
Apa yang membuat lebah boleh membunuh adalah sifat dasar pertahanan lebah ini dan kecenderungan untuk berkerumun menyerang mangsa bersama.
Selain itu, lebah ini cenderung mengikut mangsa malah sehingga jauh dari sarang. Lebah ini sangat ageresif ketika menyerang memastikan potensi ancaman kematian yang sangat menyakitkan bagi mangsa.

5. Deathstalker

Merupakan sebuah spesies kala jengking yang sangat berbahaya kerana racunnya. Racun itu sebenarnya adalah campuran neurotoxins kuat.
Meskipun, racun tidak akan membunuh orang dewasa yang sihat, boleh memberi kesan besar kepada kanak-kanak dan orang tua.
Ironinya, komponen racun (peptida chlorotoxin) mempunyai potensi untuk menyembuhkan tumor otak manusia sedangkan racun lain dapat membantu melawan diabetes.

4. Black Widow

Merupakan salah satu spesies labah-labah yang paling terkenal, terutama kerana racunnya yang boleh menyebab kesan teruk kepada manusia. Racunnya dikatakan lebih kuat daripada ular derik.
Jantan dan betina mempunyai tanda berbentuk jam pasir di bawah perut mereka. Labah-labah betina relatif lebih besar daripada jantan dan bertentangan dengan kepercayaan popular masyarakat, jarang labah-labah betina memakan labah-labah jantan setelah bersama.
3. Army Ants

Semut ini banyak ditemui di Afrika dan Asia dan mampu membina sarang begitu cepat. Risiko terbesar semut ini untuk manusia adalah ketika semut ini berkerumun melalui rumah.
Ketika persediaan makanan rendah, kawanan semut ini akan berkerumun dalam jumlah hingga 50 juta semut. Ada laporan bahawa biasanya manusia dibunuh dengan membuatnya sesak nafas (semut akan sering masuk ke dalam paru-paru).

2. Bullet Ant

Satu gigitan dari serangga ini tidak akan membunuh anda, tetapi anda tidak akan pernah melupakannya. Semut ini dinamakan demikian kerana gigitannya terasa seperti ditembak dan dapat menimbulkan gigitan yang paling menyakitkan dari setiap makhluk yang dikenali manusia.
Semut ini berada di kedudukan nombor satu di Schmidt Sting Pain Index di mana semut ini digambarkan sebagai penyebab “gelombang yang panas, berdenyut, mengalahkan semua rasa sakit yang terus berlanjutan sehingga 24 jam”.

1. Nyamuk Anopheles

Nyamuk ini dianggap antara binatang yang paling berbahaya di bumi kerana menyebabkan lebih dari 300 juta pengidap malaria setiap tahun, yang menyebabkan antara 1 hingga 3 juta kematian.
Nyamuk ini dapat juga membawa demam berdarah, kaki gajah, dan demam kuning. Biasanya aktif sewaktu malam hari, jadi salah satu cara untuk melindungi diri sendiri adalah dengan menggunakan ubat serangga dan mengenakan baju lengan panjang. beritaunik
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...