Sunday, May 22, 2011

PENOREH GETAH MATI DI TETAK

Penoreh getah ditemui mati dipercayai dibunuh di bilik rumahnya
IPOH - Seorang penoreh getah, yang juga adik ipar kepada Ketua MIC Bahagian Sungai Siput, ditemui mati dengan kesan tetakan di beberapa bahagian badan di rumahnya di Taman Muhibbah, Sungai Siput, kira-kira 40km dari sini, hari ini.

Mangsa G. Gajahmugam, 34, ditemui berlumuran darah dalam keadaan terbaring dalam bilik tidur utama oleh isterinya yang pulang dari rumah mentuanya pada pukul 9 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Supt Azman Salim berkata, siasatan awal mendapati mangsa mati akibat tetakan di beberapa bahagian tangan, kaki dan leher dan tiada barangan berharga hilang dari rumah berkenaan.

Katanya mangsa tinggal bersendirian di rumahnya sejak malam tadi kerana isterinya, R. Kasturi, 32, bersama empat orang anaknya pergi ke rumah mentuanya di kawasan berdekatan.

Azman berkata, isteri mangsa mendapati pintu pagar dan pintu rumahnya terbuka apabila pulang untuk mengajak suaminya bersarapan di luar dan apabila masuk ke bilik mendapati suaminya terbaring dengan keadaan berlumuran darah.

Isteri mangsa terus menghubungi polis mengenai kejadian tersebut.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk bedah siasat.

Azman berkata, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Siput di talian 05-598-2222 bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua MIC Bahagian Sungai Siput, R.Ganeson, ketika dihubungi enggan mengulas mengenai kejadian yang menimpa suami adiknya itu. -SH

Got a friend who uses Facebook and Twitter? Invite them and earn RM 1 for every friend who joins and shares a campaign. ada ramai kawan guna facebook dan twitter? jemput mereka dan untung RM1 untuk setiap kawan yang menyertai dan berkongsi kempen ini.Tak guna modal 1sen pun.klik sini untuk menyertai.
Jana pendapatan sambilan dengan churpchurp-tanpa modal.Setiap satu klik di bayar 20sen

No comments:

Post a Comment

Harap anda dapat tinggalkan sedikit komen untuk bertukar pendapat.Penggunaan bahasa lucah dan kasar tidak dibenarkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...