Tanah runtuh: Mangsa nampak kawan-kawan sudah tertimbus
KAJANG: "Saya nampak kawan-kawan yang berada bawah khemah sudah tertimbus, cuma nampak tangan dan kepala mereka. Masa yang sama, ketika saya menoleh ke belakang ternampak tanah runtuh," kata seorang penghuni rumah anak yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Mohd Faizal Isni, 17.Menurut Faizal, ketika ketika kejadian dia pergi ke tandas dan tiba-tiba kejadian berkenaan berlaku dalam seklip mata.
Sementara itu, Ketua Warden Rumah Anak Yatim, Mohamad Hambali Ismail,34, berkata, ketika kejadian berlaku, seramai 23 penghuni sedang membuat persiapan untuk menyambut ketibaan rombongan FINAS yang dijadualkan makan tengah dan beramah mesra dengan penghuni rumah terbabit.
ketika kejadian jam 2.15 petang itu, anak yatim terbabit berlatih kompang dan nasyid sementara menunggu ketibaan tetamu.
"Pada waktu itulah saya terdengar bunyi dentuman kuat, tiba-tiba tanah kejar saya dan tidak dapat berbuat apa-apa sebaliknya terpaksa lari menyelamatkan diri," katanya.
Rumah anak yatim itu mempunyai 34 penghuni lelaki. Setakat ini, dua penghuni maut dan enam pula cedera parah.
update :
KAJANG - Mayat seorang lagi mangsa berjaya dibawa keluar dalam tragedi tanah runtuh di rumah Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia di Batu 14, Hulu Langat, Kajang, dekat sini hari ini.
Mayat ketiga dibawa keluar pukul 6.10 petang. -SH
Got a friend who uses Facebook and Twitter? Invite them and earn RM 1 for every friend who joins and shares a campaign. ada ramai kawan guna facebook dan twitter? jemput mereka dan untung RM1 untuk setiap kawan yang menyertai dan berkongsi kempen ini.Tak guna modal 1sen pun.klik sini untuk menyertai.
Jana pendapatan sambilan dengan churpchurp-tanpa modal.Setiap satu klik di bayar 20sen
sudah lima kematian dilaporkan sejak jam 10 tadi
ReplyDelete