Tuesday, April 12, 2011

Isteri gemar berparti, minum arak, berjudi dan kaki clubbing - Jimmy Shanley

Lagi kisah rumah tangga artis kita yang berantakan. Jika ditanya saat ini, artis mana yang isu rumah tangganya menjadi perhatian media dan ibarat ‘retak menanti belah’ jawapan yang paling cocok penulis kira ialah Jimmy Shanley Norjahan Salleh, atau Jimmy Shanley.
 
Sedih, syahdu dan simpati dengan nasib yang menimpa pengacara Trek Selebriti yang comel lagi handsome ini. Kemelut isu rumah tangganya bersama isteri, Nursuhaila Eliani Suhaimy, 25, bagaikan tiada penghujung. Terbaru (semalam) dalam rancangan gosip panas artis yang paling popular, Melodi, Jimmy berkesempatan meluahkan apa yang terbuku di hatinya mengenai sikap isterinya.
 
Jimmy yang ditemubual oleh seorang wartawan Melodi ketika hadir di mahkamah bagi menfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya, menceritakan serba sedikit mengenai sikap sebenar isterinya yang tidak diketahui oleh individu luar.  Gemar berparti, minum arak, berjudi dan kaki clubbing serta lebih mementingkan kawan-kawan daripada suami sendiri itulah sebenarnya ‘true color’ isteri beliau yang juga anak kepada pengasas produk kecantikan Natasya!

Paling mengejutkan apabila Jimmy sendiri menceritakan bahawa Suhaila sanggup meninggalkan malam pertama mereka semata-mata ingin keluar berjumpa teman-teman. Bahkan, status anak yg dikandung oleh isterinya juga tidak diketahui namun sebagai seorang lelaki dan suami yang bertanggungjawab, Jimmy ingin membela bakal anak yg dilahirkan tanpa mengira status sebenarnya.
 
  Mendengarkan luahan hati jejaka yang luhur hatinya ini, pasti ramai di luar sana yang tertanya-tanya apa sebenarnya yang dah berlaku antara Jimmy, isteri dan juga keluarga mertuanya? Adakah sewaktu Jimmy berkahwin dahulu, Jimmy belum ‘cukup’ kenal siapa bakal isterinya? Atau hipotesis lain yang boleh dibuat adakah Jimmy ‘dipaksa’ mengahwini Suhaila?

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Semoga Jimmy tabah dan kuat mengharungi dugaan ini. Lagipun, masih ramai gadis yang jauh lebih cantik, baik dan beradab di luar sana yang mahu mendampingi Jimmy!
   
- MalaysianDigest


FILEM YANG MEMBUATKAN JATUH BIJI MATA ANDA!

Microsoft akan memilih 2 orang setiap minggu untuk mengembara mengelilingi dunia!



No comments:

Post a Comment

Harap anda dapat tinggalkan sedikit komen untuk bertukar pendapat.Penggunaan bahasa lucah dan kasar tidak dibenarkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...