Showing posts with label Artis. Show all posts
Showing posts with label Artis. Show all posts

Thursday, December 22, 2011

Chef Wan Enggan Bersemuka Dengan Adlin





Chef Wan

PETALING JAYA: Tukang masak selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan enggan bersemuka dengan Adlin Aman Ramli ekoran rasa kurang senang pelakon itu terhadapnya selepas dikritik hebat sepanjang program Maharaja Lawak Mega (MLM) berlangsung.

Chef Wan berkata, tidak ada keperluan untuk menjernihkan keadaan selepas Adlin yang tersingkir daripada MLM pada minggu lepas, melancarkan 'perang status' di laman sosial Facebook.

"Saya tak akan merendahkan martabat diri saya sepertinya (Adlin) iaitu orang yang tidak matang. Lagipun, siapa dia untuk saya pergi berjumpa?," soalnya yang dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.

'Perang Facebook' yang dilancarkan Adlin pada Ahad lalu bermula apabila dia bengang dengan komen negatif dalam entri Facebook Chef Wan selain sering menerima kritikan pedas sewaktu melakukan persembahan di MLM.

Dalam entri tersebut, Chef Wan menyifatkan Adlin sebagai kurang sopan kerana pernah mempersendakan arwah bapanya sendiri iaitu pelakon A.R Tompel dalam persembahan yang dibawakan.

Adlin pula menolak dakwaan tersebut dan menganggap Chef Wan tidak faham dengan lawak yang dipersembahkan.

Bagaimanapun kata Chef Wan, sepatutnya Adlin yang mempunyai pengalaman sebagai juri program Akademi Fantasia (AF) tidak perlu melatah tentang komen yang diberikannya memandangkan dia juga seorang juri yang 'bermulut pedas'.

"Dia kritik orang boleh, tetapi tidak boleh pula terima kritikan orang. Karakternya sudah cukup menunjukkan dirinya yang sebenar.

"Sebagai seorang selebriti yang mempunyai pengikut yang ramai, dia perlu menunjukkan persembahan lawak yang positif dan secara amnya tidak membabitkan isu-isu keluarga, agama atau persendakan orang.

"Perlukah kita yang mempunyai adat dan budaya sopan yang tinggi mengikuti pelawak-pelawak Barat yang juga mampu membogelkan diri mereka untuk dijadikan bahan lawak? Pada pendapat saya, mana yang baik, kita ambil, yang buruk pula kita abaikan," tegas bapa kepada dua orang anak ini.

Terima anugerah

Sementara itu, Chef Wan telah menerima Anugerah Khas Menteri Pelancongan pada Malam Gala Anugerah Pelancongan Malaysia yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre, Selasa.

Katanya, ia merupakan penghormatan yang amat bermakna setelah 25 tahun memberi komitmen sepenuhnya dalam memperkenalkan masakan Malaysia kepada dunia.

"Terasa segala usaha, komitmen dan pengorbanan yang diberi dalam kerjaya ini berbaloi. Pengiktirafan yang diberikan memberikan semangat lebih untuk memperkenalkan masakan Malaysia kepada dunia," kata Chef Wan yang akan sibuk pada tahun depan mengendalikan beberapa program masakan di beberapa saluran televisyen.

Selain Chef Wan, pereka kasut terkenal Datuk Jimmy Choo turut menerima anugerah khas tersebut.

sumber

Tuesday, November 29, 2011

Skandal Terbaru Khairul Fahmi Che Mat


KUALA LUMPUR – Setelah pulang terjulang sebagai wira negara membantu skuad Harimau Muda membaham Garuda di bumi sendiri, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apex terus menjadi buruan gadis, tidak terkecuali yang seorang artis baru, Shida Harmi.
Dalam perkembangan terbaru penjaga gawang gol Harimau Muda ini, blog hiburan terkenal tanahair, Rotikaya.com menyiarkan beberapa keping gambar yang menunjukkan keintiman antara Apex dan Shida Harmi yang dikirim oleh seseorang yang dipercayai rakan rapat artis itu atau Shida Harmi sendiri.
“Kami amat pasti penghantar e-mail yang kami (dan beberapa rakan media lain) terima ini merupakan kenalan rapat atau mungkin Shida Harmi sendiri,” kata pemilik laman web tersebut.
Menghangatkan lagi kontroversi, Rotikaya.com juga menyiarkan dua paparan ‘screenshot’ Blackberry Messenger (BBM) yang dirujuk kepada perbualan antara Apex dan Shida Harmi di mana terkandung unsur pertengkaran dan ugutan.


Dalam perbualan di BBM tersebut, Shida seolah-olah cuba mengugut Apex untuk mendedahkan kepada umum kononnya mereka pernah tidur bersama.
“Klu I nk sebar kan dri dlu lah cik fahmiiiii.. Pk la skik.. Sb kan u dh wat palat gini, kutuk2 I sume, Cite psl u? Cite psl pe? Bukan I cite btul ke? Yg u cakap I dok meroyan tergile2 kan u nape? U nak i tunjuk bukti yg pena tdo dgn u? I got all d prove..dun u eva play wit me,” kata Shida, merujuk kepada BBM tersebut.
Blog hiburan itu juga percayai bahawa gambar dan perbualan BBM antara Apex – Shida Harmi itu berlaku pada sekitar Ogos 2011, ketika kisah tentang pertunangan Apex dan bekas tunangnya, Elia, sedang sebok diperkatakan ramai.
Khairul Fahmi putus tunang dengan Elia dan kemudiannya digosipkan menjalin hubungan mesra dengan seorang artis, Dahlia Teck, selain dikaitkan dengan watak sampingan, Shida Harmi.
Apex juga telah dilanda kontroversi apabila pihak tertentu telah mengirimkan beberapa keping gambar beliau dan beberapa gadis-gadis seksi ketika menyambut hari lahir Dahlia Teck di sebuah restoran eksklusif di Bukit Bintang di sini sejurus sebelum berlepas ke Jakarta bagi menghadapi kejohanan Sukan Sea di Jakarta.
Berikut adalah beberapa keping gambar Apex dan Shida Harmi yang tersiar di laman blog Rotikaya.com hari ini.



Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN

Friday, August 19, 2011

Benjy di denda RM5000 miliki syabu

Gambar kiri, Benjy ketika ditahan pada Mac 2010 manakala kanan ialah gambar Benjy semalam.
KUALA LUMPUR – Pelakon Benjy, anak dramatis Azean Irdawaty boleh menarik nafas lega apabila hanya didenda RM5,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas disabitkan bersalah atas satu tuduhan memiliki syabu seberat 0.24 gram di kediamannya pada Mac tahun lalu.
Majistret Hafizza Sauni memutuskan demikian terhadap Benjy, 33, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.
Artis lelaki tersebut disabit bersalah atas tuduhan memiliki 0.24 gram dadah jenis syabu di rumah bernombor A-6-5 Menara Duta 2, Jalan 1/38B Off Jalan Segambut di sini pada pukul 4 petang, 11 Mac tahun lalu.
Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim yang ditemani adik perempuannya, Elza Irdalynna membayar denda tersebut.
Pelakon yang semakin berisi itu sempat berkata sesuatu kepada wartawan selepas membayar denda: “Saya lega, telah bebas dan semua berakhir, terima kasih kepada rakan-rakan atas sokongan, saya kembali.”
Pada 8 Julai lalu, Benjy dilepas dan dibebas daripada satu tuduhan memiliki 0.14 gram dadah syabu di No. C-13-6, Vista Mutiara, Jalan Vista Mutiara, Persimpangan Jalan Ambong Kiri, Kepong Baru di sini pukul 3 petang hari yang sama.

Got a friend who uses Facebook and Twitter? Invite them and earn RM 1 for every friend who joins and shares a campaign. ada ramai kawan guna facebook dan twitter? jemput mereka dan untung RM1 untuk setiap kawan yang menyertai dan berkongsi kempen ini.Tak guna modal 1sen pun.klik sini untuk menyertai.
Jana pendapatan sambilan dengan churpchurp-tanpa modal.Setiap satu klik di bayar 20sen

Wednesday, June 1, 2011

SALIH YAACOB MANFAAT KUOTA 4 BINI

Bertuahnya abang Salih Yaacob atau nama glamour beliau di Sinar FM SY kerana sudah cukup quota yang jarang-jarang diperolehi oleh kaum Adam diluar sana. Semalam genaplah empat orang isteri abang SY kita ni, nama isteri ke empat beliau Samihah Sheikh Ali, 25 tahun sah menjadi isteri beliau di Masjid Jamek Kampung Melayu Kulai Jaya tepat 3.50 petang semalam.

Wang hantaran RM25,000 berserta mas kahwin RM23 diberikah kepada pihak perempuan, dan dengan dua kali lafaz walaupun sudah berpengalaman. Maklumlah bini muda :), apa pun semoga perkahwinan yang dibina kekal sehingga akhir hayat.



Lagi Gambar di bawah :





--sumber- zoomartis
 
 
Got a friend who uses Facebook and Twitter? Invite them and earn RM 1 for every friend who joins and shares a campaign. ada ramai kawan guna facebook dan twitter? jemput mereka dan untung RM1 untuk setiap kawan yang menyertai dan berkongsi kempen ini.Tak guna modal 1sen pun.klik sini untuk menyertai.
Jana pendapatan sambilan dengan churpchurp-tanpa modal.Setiap satu klik di bayar 20sen

Monday, May 30, 2011

Agnes Monica didakwa meninggal dunia

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhGV5cn_hds7R-Ukc51qhnLCWuFjqHr0FiSwT-v9DllXv5JpS2Xen42G3qHmFUfX3xzFZYSJLi8N7xdUZDO4PZtucqPX9YFguMdZjcqKz5_LHNpGwduTe5dmbMs117RqAmsxspKLTE9al4/s1600/agnes-monica.jpgJAKARTA - Sebuah laman blog, zaky-newsinsident.blogspot mendakwa, penyanyi popular Indonesia, Agnes Monica meninggal dunia Sabtu lalu selepas diberi ubat berlebihan oleh doktor, lapor sebuah akhbar semalam.
Berita kematian Agnes yang berusia 24 tahun itu mencetuskan kegemparan kepada peminatnya terutama di laman jaringan sosial Twitter semalam.
Penulis blog tersebut menyiarkan kenyataan bahawa penyanyi yang terkenal dengan lagu Tanpa Kekasihku itu dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selepas diberi ubat berlebihan.
Dia dikatakan meninggal dunia pukul 11 pagi.
Perkara itu dipercayai dirahsiakan oleh pihak pengurusan, hospital dan keluarga Agnes.
Bagaimanapun, penyanyi jelita itu menerusi kenyataan di Twitter semalam menjelaskan, dia semakin pulih dan dibenar pulang dari hospital Siloam, Kebun Jeruk, Jakarta Barat di sini.
Agnes dilapor hanya ketawa selepas mengetahui gosip dia telah meninggal dunia.
"Hihihi itu benar kerana saya 'Meninggal'kan rumah sakit... hahahha." akui Agnes.
Penyanyi itu menjalani rawatan di hospital tersebut sejak Selasa lepas akibat mengalami kecederaan di bahagian punggung. - Agensi

Got a friend who uses Facebook and Twitter? Invite them and earn RM 1 for every friend who joins and shares a campaign. ada ramai kawan guna facebook dan twitter? jemput mereka dan untung RM1 untuk setiap kawan yang menyertai dan berkongsi kempen ini.Tak guna modal 1sen pun.klik sini untuk menyertai.
Jana pendapatan sambilan dengan churpchurp-tanpa modal.Setiap satu klik di bayar 20sen

Sunday, May 29, 2011

Tak kisah Yusry berstatus duda - Lisa Surihani

Gosip yang mengatakan Yusry KRU bercinta dengan seorang pelakon manis, Lisa Surihani selama ini terjawab, apabila Yusry KRU sendiri dengan penuh semangat memberikan komen mengenai hubungan mereka. Hubungan mereka ni katanya bukan kawan namun lebih kepada itu makaanya terlebih rapat. Jawapan yang diterima ini membolehkan hati-hati tergugat jejaka diluar sana boleh tergugat.


Ya, saya pernah berjumpa keluarga dia dan dia juga dah jumpa keluarga saya. Kami bukan nak main-main kerana hubungan kami memang serius. Jadi bagi saya cara yang paling baik ialah berjumpa dengan keluarga masing-masing. Tidak dinafikan, keluarga sangat selesa dengan kami. Namun terlalu awal untuk cakap yang kami menuju ke arah perkahwinan. Jika jadi, Alhamdulillah. -portal Gua
Ulasan Lisa pula dia kata tak manis kalau bercerita mengenai cinta antara Yusry dengannya. Yang lebih mengejutkan, Lisa tak kisah kalau Yusry  berstatus duda.   sumber - www.izyan.com

Got a friend who uses Facebook and Twitter? Invite them and earn RM 1 for every friend who joins and shares a campaign. ada ramai kawan guna facebook dan twitter? jemput mereka dan untung RM1 untuk setiap kawan yang menyertai dan berkongsi kempen ini.Tak guna modal 1sen pun.klik sini untuk menyertai.
Jana pendapatan sambilan dengan churpchurp-tanpa modal.Setiap satu klik di bayar 20sen

Saturday, May 21, 2011

"MACHO MAN" Randy Savage meninggal kemalangan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgWU8aFsHko79qbSI2fE2EouXel0yQKdU02Gd40XF1sP47uwy3XZAU13uHAsTbX14fjoteYoXyPV8WPJW3bp07gOej0OA5OEuvd5HjSO4zyJH2LNX6FlKJGwzkMAD59df8pKKVSzrU5sST8/s400/RandySavage045.jpg

Ahli gusti legenda "MACHO MAN" Randy Savage berusia 58 tahun telah meninggal dunia dalam satu kemalangan kereta di Tampa, Florida, menurut laporan TMZ.

Menurut laporan kemalangan, Savage sedang memandu sebuah Jeep Wrangler apabila dia tiba-tiba mengalami sakit jantung ketika sedang memandu pada jam 9.25 AM, hari Jumaat.

Menurut Florida Highway Patrol, Savage hilang kawalan pada kenderaannya dan berlanggar dengan sebatang pokok. Savage dan isterinya didapati memakai tali pinggang keledar sepanjang masa.ALKOHOL juga bukan faktor di dalam kemalangan itu.

Isteri Savage, Lynn Payne yang turut berada di dalam kenderaan itu terselamat dan mengalami kecederaan kecil.

Awal bulan ini Savage baru sahaja meraikan ulangtahun pertama perkahwinannya bersama isteri barunya Lynn Payne.

Macho Man bersama isterinya Lynn Payne yang dikahwininya tahun lalu

Keadaan kenderaan Macho Man selepas kemalangan.

"WWE merasa sedih untuk menerima berita kehilangan seorang Superstars terbesar dalam eranya, Randy Poffo yang juga dikenali sebagai Randy “Macho Man” Savage," kata Vince McMahon dalam satu kenyataan. "Poffo berada di bawah kontrak WWE dari 1985 hingga 1993 dan pernah memenangi kedua-dua WWE CHAMPIONSHIP dan INTERCONTINENTAL CHAMPIONSHIP."

Got a friend who uses Facebook and Twitter? Invite them and earn RM 1 for every friend who joins and shares a campaign. ada ramai kawan guna facebook dan twitter? jemput mereka dan untung RM1 untuk setiap kawan yang menyertai dan berkongsi kempen ini.Tak guna modal 1sen pun.klik sini untuk menyertai.
Jana pendapatan sambilan dengan churpchurp-tanpa modal.Setiap satu klik di bayar 20sen

Tuesday, May 17, 2011

Jasmin Hamid melecur teruk

PETALING JAYA: Kaki kanan dan kiri pelakon Jasmin Hamid melecur teruk gara-gara terkena air panas ketika berada di set penggambaran drama Buaian Kasih di Kuang, Sungai Buloh, Sabtu lalu.
Menurut Jasmin, kedua-dua kakinya itu melecur di bahagian peha (kanan) dan betis (kiri) dimana kejadian tersebut berlaku ketika dia sedang duduk berehat di tepi meja yang mempunyai sebaldi air panas bersama beberapa pelakon lain.
"Sebenarnya kami memang duduk di situ untuk berehat dan makan. Tiba-tiba air panah tersebut diletakkan di atas meja yang berdekatan dengan kami.
"Sudahlah meja tak stabil, tiba-tiba tong air panas tersebut terjatuh lalu air panas terkena pada kami dan sayalah yang paling teruk sekali terkena.

Mujurlah budak kecil tiada ketika itu," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.
Tambah Jasmin, lecuran pada kedua-dua belah kakinya itu membuatkan dia terpaksa berulang alik ke klinik untuk membersihkan luka tersebut.
Malah katanya, dia turut mengalami kesukaran untuk tidur kerana rasa tidak selesa dan sakit pada paha dan betis yang melecur itu.
"Bayangkan, doktor terpaksa menyiat kulit di bahagian lecuran itu keran takut jika ia menggelembung.
"Saya percaya kerana lecuran ini juga, ia akan meninggalkan kesan parut. Itu pun saya tak tahu bila kaki saya boleh pulih sepenuhnya.
Kesan lecuran di bahagian betis kaki kiri Jasmin.
"Saya risau, kerana masalah ini, penggambaran yang melibatkan babak saya itu
tertangguh dan pada masa yang sama tawaran-tawaran lakonan lain juga akan terganggu," ujarnya.
Dalam pada itu, Jasmin agak kecewa dengan kejadian tersebut kerana menganggap pihak produksi tersebut iaitu Summit Treasure Production leka dengan tugasan serta keselamatan ketika di set penggambaran.
"Mereka sepatutnya perlu berhati-hati. Sepanjang 20 tahun saya bekerja sebagai pelakon, inilah kali pertama insiden seperti ini berlaku terhadap saya dan harap kejadian ini menjadi pengajaran buat mereka serta produksi-produksi di luar sana," tegasnya.
Bagaimanapun, jasmin belum memikirkan untuk melakukan sebarang tindakan terhadap produksi tersebut.
--mstar.com.my
Got a friend who uses Facebook and Twitter? Invite them and earn RM 1 for every friend who joins and shares a campaign. ada ramai kawan guna facebook dan twitter? jemput mereka dan untung RM1 untuk setiap kawan yang menyertai dan berkongsi kempen ini.Tak guna modal 1sen pun.klik sini untuk menyertai.
Jana pendapatan sambilan dengan churpchurp-tanpa modal.Setiap satu klik di bayar 20sen

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT YASSIN SENARIO DAN FARRAH

yassin senario dah kahwin
Bertuahnya Yassin kerana menjadi suami kepada Farrah ( nama isteri Yassin ) menurut kawan kita di Facebook yang berkongsi dengan teman-temannya.
Semoga perkahwinan yang dibina ini akan kekal sehingga akhir hayat.
Di bawah ialah gambar wanita yang dikatakan isteri Yassin, Farrah.
yassin senario dah kahwin
Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat untuk pasangan pengantin ini.

Got a friend who uses Facebook and Twitter? Invite them and earn RM 1 for every friend who joins and shares a campaign. ada ramai kawan guna facebook dan twitter? jemput mereka dan untung RM1 untuk setiap kawan yang menyertai dan berkongsi kempen ini.Tak guna modal 1sen pun.klik sini untuk menyertai.
Jana pendapatan sambilan dengan churpchurp-tanpa modal.Setiap satu klik di bayar 20sen

Zakiah Anas umpama `sampan yang hanyut dalam lautan luas’ - suami

View Image
PETALING JAYA: Personaliti TV3, Zakiah Anas menegaskan bahawa dia tidak akan kembali ke pangkuan suaminya, Mohamad Yusof @ Mohamed Yusof Taib sekalipun lelaki tersebut berubah sikap.

Zakiah juga mengakui bahawa dirinya tidak mempunyai perasaan kasih dan sayang kepada Mohamad Yusof selain tiada persefahaman dalam perkahwinan yang dibina sejak 18 tahun lalu.

Sehubungan itu, wakil hakam (penimbangtara) Zakiah, Muhammed Shouib Awalludin membuat kesimpulan menasihatkan Mohamad Yusof untuk menceraikan isterinya dengan lafaz talak satu.

Perkara itu dinyatakan oleh Muhammed Shouib, yang merupakan seorang bekas kadi dalam laporan hakam tersebut yang dibentangkan di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Isnin.

Dalam majlis hakam, Mohamad Yusof diwakili oleh seorang imam masjid, Mohd. Azizi Mohd. Yaakob.

Sekiranya Zakiah nekad untuk tidak kembali ke pangkuan suami, Mohamad Yusof pula nekad untuk tidak mahu melafazkan cerai.

Mohamad Yusof berhasrat untuk menyelamatkan ikatan perkahwinan tersebut kerana dia masih sayang kepada Zakiah dan tidak mahu krisis rumah tangga mereka memberi kesan terhadap dua anak lelaki mereka.

Menurut Mohd. Azizi, selain itu Mohamad Yusof ingin menyelamatkan Zakiah yang kian hanyut dengan memberi perumpamaan seperti `sampan yang hanyut dalam lautan luas’ kerana meninggalkan rumah tanpa izinnya.

Ekoran itu, Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad memutuskan agar wakil hakam itu untuk sekali lagi mencuba mencari jalan penyelesaian dalam kemelut rumah tangga pasangan tersebut.

Bagaimanapun tiada tarikh yang ditetapkan untuk perintah tersebut dilaksanakan.

Pada prosiding itu, Zakiah diwakili peguam syarie Abdullah Anuar Sahri manakala Mohamad Yusof tidak diwakili peguam syarie.

Keretakan rumah tangga pasangan tersebut bermula sejak tahun 2009 apabila Zakiah, 45, memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik di MahkamahRendah Syariah Shah Alam.

Dia kemudiannya meminda permohonan itu sebanyak dua kali, iaitu kepada fasakh dan taklik sebelum menarik semula permohonan pada 1 September 2009.

Serentak dengan penarikan itu, Mohamad Yusod, 49, menarik semula permohonan kembali taat dan nusyuz yang difailkannya.

Pada Januari 2010, Zakiah sekali lagi memfailkan permohonan untuk berceraisecara baik yang berlanjutan sehingga kini.

Zakiah dan Mohamad Yusof dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aiman Muzammil, 17, dan Amir Muzhaffar, 15 tahun. 
 
Got a friend who uses Facebook and Twitter? Invite them and earn RM 1 for every friend who joins and shares a campaign. ada ramai kawan guna facebook dan twitter? jemput mereka dan untung RM1 untuk setiap kawan yang menyertai dan berkongsi kempen ini.Tak guna modal 1sen pun.klik sini untuk menyertai.
Jana pendapatan sambilan dengan churpchurp-tanpa modal.Setiap satu klik di bayar 20sen

Monday, May 16, 2011

Maharaja Lawak : Amir tersingkir akhirnya


Amir gagal memberikan persembahan lawak yang berkualiti.
KUALA LUMPUR: Peserta Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 23 tidak menyangka bahawa dirinya disingkir, selepas diumumkan tersingkir oleh juri tetap Ahmad Idham pada minggu ketujuh program tersebut, Jumaat.
Amir yang sering dianggap gagal mempersembahkan lawak yang berkualiti bagaimanapun, menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka.
"Walaupun persembahan saya dianggap tidak lawak, saya percaya orang masih terhibur dengan persembahan saya.
"Lagipun saya rasa, penonton suka dengan persembahan saya. Apa-apa pun, saya akur dengan keputusan ini," katanya yang ditemui selesai pertandingan tersebut di Studio Finas, Ulu Kelang.
Selepas penyingkiran tersebut, pengacaranya, AC Mizal, membuat pengumuman bahawa semua peserta Maharaja Lawak yang tersingkir sebelum ini berpeluang untuk kembali ke program itu semula menerusi Undian Masuk di laman Facebook rasmi Maharaja Lawak iaitu www.facebook.com/MaharajaLawak .
Barisan peserta yang berjaya meneruskan pertandingan Maharaja Lawak pada minggu hadapan.
Kata Amir, undian masuk tersebut sudah pun dijangka akan berlaku dan berharap mendapat peluang kedua untuk membuat persembahannya jika dirinya diundi.
Format Undian Masuk itu sekaligus memberi peluang kepada kumpulan Wai, R2, XN3, Alex, Jihan termasuklah Amir beraksi pada minggu hadapan.
Pada malam pertandingan tersebut, kumpulan Jambu telah mendapat markah tertinggi sebanyak 60 peratus (%), kumpulan Jozan (58%), kumpulan Sepah (54%), Nabil (52%), kumpulan Balas (42%) dan Man mendapat markah 40%.
Persembahan pada malam itu bertemakan silent comedy dan antara peserta yang mendapat pujian daripada pihak juri ialah kumpulan Balas, Jambu, Jozan dan Sepah.
Bagaimanapun, persembahan Nabil yang dinanti-nantikan itu gagal memikat hati penonton.
Program Maharaja lawak disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Warna pada setiap Jumaat.

 mijie : Aku agak astro sengaja menyimpan amir selama ni hanya untuk menaikkan rating undi.

Saya dan Rozita belum tahap bercinta : Shahir

“Saya dan Rozita memang berkawan rapat tapi belum sampai tahap bercinta lagi,” kata Shahir tatkala di aju mengenai hubungan sebenar antara dia dan aktres Rozita Che Wan.

Menurut Shahir, 22, dia senang untuk berkawan dengan Rozita kerana sikapnya yang baik serta disenangi semua pihak.

Malah penyanyi Luar Biasa ini tidak mahu jalinan persahabatan yang baik antara dia dan Rozita digembar-gemburkan.

“Bila saya kawan dengan perempuan orang kata saya bercinta, bila kawan dengan lelaki orang kata saya ini suka kaum sejenis pula.

“Sejujurnya saya masih belum bersedia untuk bercakap soal cinta, apatah lagi merancang untuk berkahwin, saya masih muda,” tegasnya.

Menyentuh tentang pengakuan Rozita yang mengatakan bahawa dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengannya, Shahir berkata mungkin pengakuan itu telah disalah ertikan.

“Mungkin dia maksudkan dia selesa berkawan dengan saya dan tidak salah pun dia mengaku baik dengan saya. Cuma ia sepatutnya tidak digembar-gemburkan.

“Saya harap isu ini tidak lagi dipanjangkan. Saya bimbang nanti, dari terjalinnya ukhuwah yang baik bertukar kepada putusnya silaturahim,” pintanya.

View Image

Tak suka keluarga diganggu

Sementara itu Shahir meminta agar tiada lagi mana-mana pihak yang menghubungi ibu dan bapanya untuk mendapatkan apa-apa kenyataan.

Menurut Shahir, dia kasihan melihat keluarganya yang turut diseret setiap kali cerita mengenainya terpampang di akhbar.

“Ada kalanya mereka mendesak supaya ibu saya memberikan kenyataan meskipun ibu saya enggan. Kemudian bila terpampangnya kenyataan dari ibu saya, ada pula pihak yang mengatakan saya menggunakan keluarga sebagai benteng.

“Saya kesal sebenarnya bila perkara itu terjadi. Bila ia melibatkan saya, cari saja saya dan saya akan cuba memberi kerjasama.

“Lagipun keluarga saya tidak pernah masuk campur dengan urusan kerja saya. Mereka cuma memberi sokongan kepada saya saja,” katanya.

Got a friend who uses Facebook and Twitter? Invite them and earn RM 1 for every friend who joins and shares a campaign. ada ramai kawan guna facebook dan twitter? jemput mereka dan untung RM1 untuk setiap kawan yang menyertai dan berkongsi kempen ini.Tak guna modal 1sen pun.klik sini untuk menyertai.
Jana pendapatan sambilan dengan churpchurp-tanpa modal.Setiap satu klik di bayar 20sen

FILEM YANG MEMBUATKAN JATUH BIJI MATA ANDA!


Microsoft akan memilih 2 orang setiap minggu untuk mengembara mengelilingi dunia!

KOMITMEN GILA GILA PELAKON HOLLYWOOD UNTUK SEBUAH FILEM

Pelakon hollywood sanggup melakukan apa saja dan memberikan komitmen sepenuhnya demi menjayakan sesuatu watak yang diberikan.Bukan macam pelakon kita - terkenal dengan gosip,bukannya mutu lakonan atau bakat! Seseorang pelakon yang baik itu perlu membuang karekter asal dirinya untuk menghidupkan watak dalam sesuatu filem.Contoh kalau Rosyam nor atau awie melakonkan sesuatu watak tetapi masih nampak kerosyaman atau keawian nya.Lakonan bukan sekadar menukar karekter pelakon dengan make up atau costume sahaja,tetapi dengan riak muka,cara berjalan dan semua gerak geri yang berlainan dengan pelakon tersebut.Itulah baru dipanggil lakonan! Bukannya stereotype - letak aje filem apapun,macam tu aja lakonannya.Nampak sangat itu memang karekter asal dia - bukannya lakonan! Cuba tengok komitmen yang pelakon hollywood berikan untuk menjayakan sesuatu filem sampai boxoffice.

Charlie Sheen terpaksa membina otot untuk filem kelakar gila Hot Shots! Part Deux



Russell Crowe menggemukkan diri sebanyak 63paun untuk karekter filem Body of Lies



George Clooney menambah berat badan 30paun dalam filem Syriana



Linda Hamilton menambah otot untuk filem boxoffice Terminator 2



 Stallone menambah berat sebanyak 40 paun untuk filem Copland



Tom Hanks membuang berat 50paun untuk filemnya Cast Away (paling aku minat!).



Demi Moore membina otot untuk G.I.Jane dengan melakukan pumping satu tangan



Matt Damon mengurangkan berat sebanyak 40paun untuk filem Courage Under Fire




Ed Norton menambah otot untuk filem America History X



Charlize Theron bertukar menjadi hodoh dan gemuk dalam Monster



Eric Bana menggemukkan dirinya untuk watak dalam Chopper



Christian Bale mengurangkan berat badan sebanyak 30paun untuk filem the Machinist

Salih Yaacob: 4 Rumah Untuk 4 Isteri

BAHAGIA... Salih bersama ketiga-tiga isteri dan sebahagian anaknya.
BAHAGIA... Salih bersama ketiga-tiga isteri dan sebahagian anaknya. 
KUALA LUMPUR: Sebuah rumah untuk setiap isteri. Itu pemberian eksklusif penyanyi, pelawak, pelakon, pengacara dan penyampai Sinar FM, Salih Yaacob, 50, kepada semua isterinya termasuk bakal isteri keempat, Emi, 24.
Beliau yang dijangka melengkapkan kuota poligami dengan penuntut ijazah sarjana di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) itu selepas Aidilfitri ini berkata, rumah berkenaan sebagai hantaran kepada Emi dan hadiah kepada tiga isterinya yang terdahulu.
Menurutnya, pemberian itu bakal menjadi hadiah terhadap segala pengorbanan semua isterinya selama ini.

“Ketiga-tiga isteri saya menerima pelbagai ujian dan dugaan akibat berpoligami. Walaupun sering dipandang negatif, ia tidak mematahkan semangat mereka. Kerana itu, saya ingin menghargai kekuatan mereka yang menyokong saya selama ini.


“Bukan mudah untuk berpoligami. Setiap hari, ada saja dugaan dan ujian yang perlu dihadapi ketiga-tiga isteri saya. Malah, masyarakat kita rata-ratanya sering memandang isu poligami ini sebagai sesuatu yang negatif.

“Pada masa sama, mereka (isteri) yang menjadi orang kuat di belakang saya sentiasa diuji dengan pelbagai dugaan. Namun, sifat rendah diri dan tabah yang diterapkan dalam diri masing-masing menjadikan mereka kuat, dan itu adalah kekuatan bagi saya,” katanya dalam temubual bersama wartawan Metro Ahad di sini.

Menurut Salih, dia bercadang membeli rumah baru berkenaan dalam satu kawasan di sekitar Lembah Klang bagi menempatkan setiap isteri dan anaknya.

Buat masa ini, ketiga-tiga isterinya menetap di Kampung Pandan.

“Rumah mereka (ketiga-tiga isteri) masing-masing di sini. Bagaimanapun, tidak ada lagi rumah kosong untuk menempatkan bakal isteri keempat.

“Jadi saya perlu mencari satu kawasan perumahan baru yang lebih luas dan selesa untuk mereka. Saya lebih suka mereka tinggal berdekatan. Dengan cara ini, saya ada banyak masa untuk menjaga dan bersama mereka,” katanya.

Sambil berbual, Salih membawa wartawan melihat ketiga-tiga apartmen milik isterinya yang terletak berhampiran di antara satu sama lain.

Apartmen didiami isteri pertama dan kedua dibeli hasil titik peluhnya berkecimpung dalam dunia seni kira-kira tiga dekad lalu, manakala kediaman isteri ketiga disewa.

Tinjauan Metro Ahad mendapati rumah isteri pertama dan kedua diubah suai dengan corak hampir sama seperti hiasan dalaman dan perabot. Begitupun, kediaman isteri ketiga tidak sempat ditinjau kerana kesuntukan masa berikutan Salih ada urusan lain.

Menurut Salih, dia memastikan layanan kepada setiap isteri dan keluarganya sama adil dan saksama supaya mereka mampu hidup aman dan selesa hasil pendapatannya.

“Alhamdulillah, tidak ada satu pun yang kurang. Jika seorang mendapat kereta, yang lain juga dapat. Ini yang cuba saya terapkan terhadap keempat-empat isteri nanti. Syukur kepada Allah, kami hidup selesa hasil rezeki pemberian-Nya.

“Apa yang saya miliki kini menjadi kejayaan bagi setiap isteri dan anak. Jika mahu diikutkan, kejayaan saya adalah kejayaan untuk mereka.

“Saya percaya, ini semua rezeki anak dan isteri. Rezeki saya hanya untuk membeli sekotak rokok. Mungkin jika tidak berpoligami, rezeki saya tidak seperti ini,” katanya berseloroh.

Pelawak popular itu kembali mencuri tumpuan masyarakat seluruh negara selepas akhbar ini secara eksklusif menyiarkan gambar bakal isteri keempat Salih yang berwajah ala Arab pada ruangan muka depan Khamis lalu.

Bagaimanapun, Salih ketika ditanya tarikh sebenar perkahwinannya bersama gadis kelahiran Johor itu masih berahsia dan menjelaskan, semuanya terserah pada takdir dan kuasa Allah.

“Saya serahkan semuanya kepada Allah kerana saya cuma mampu merancang. Insya-Allah, jika tiada halangan, saya akan melangsungkan perkahwinan selewat-lewatnya hujung tahun ini,” katanya. METRO

Got a friend who uses Facebook and Twitter? Invite them and earn RM 1 for every friend who joins and shares a campaign. ada ramai kawan guna facebook dan twitter? jemput mereka dan untung RM1 untuk setiap kawan yang menyertai dan berkongsi kempen ini.Tak guna modal 1sen pun.klik sini untuk menyertai.
Jana pendapatan sambilan dengan churpchurp-tanpa modal.Setiap satu klik di bayar 20sen

Saturday, May 14, 2011

Benjy ditahan bersama wanita

View ImageKUALA LUMPUR: Seorang wanita dipercayai pembantu peribadi kepada pelakon Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim diberkas bersama pelakon itu di tempat letak kereta di Kondominium Menara Duta 2 di sini pada Mac lepas, kata seorang anggota polis di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Lans Koperal Mohd Shafiq Sabarin, 27, berkata Afifi Hamid, 25, diberkas bersama-sama Benjy selepas beliau dan tiga lagi anggota polis mengambil masa 15 minit mengekori kereta pelakon itu.

Mohd Shafiq berkata mereka mengekori kereta Kia Sportage dipandu Afifi bermula dari hadapan kaunter pengawal keselamatan sehingga ke tempat letak kereta tingkat satu kondominium berkenaan.
"Saya melihat Benjy keluar dari kereta itu sebelum kami diarah oleh pegawai penyiasat, ASP Mohd Ashril Md Johar, untuk menahan mereka dan kemudian melakukan pemeriksaan ke atas badan Benjy dan menemui segugus kunci di dalam poket kanan seluar panjang yang dipakainya," katanya ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya, Noor Mawarni Abdul Halim.

Benjy, 33, menghadapi dua tuduhan memiliki 0.24 gram syabu di rumah bernombor A-6-5 Menara Duta 2, Jalan 1/38B Off Jalan Segambut, pada 4 petang 11 Mac lepas, dan memiliki 0.14 gram syabu di alamat C-13-6, Vista Mutiara, Jalan Vista Mutiara, Off Jalan Ambong Kiri, Kepong Baru di sini, pada 3 petang hari yang sama. - metro

Got a friend who uses Facebook and Twitter? Invite them and earn RM 1 for every friend who joins and shares a campaign. ada ramai kawan guna facebook dan twitter? jemput mereka dan untung RM1 untuk setiap kawan yang menyertai dan berkongsi kempen ini.Tak guna modal 1sen pun.klik sini untuk menyertai.
Jana pendapatan sambilan dengan churpchurp-tanpa modal.Setiap satu klik di bayar 20sen

Saida angau dengan lelaki lain - suami


Saida (tengah) berbincang bersama Ahmad Nazib sambil diperhatikan oleh kakak iparnya, Rozie Abd Razak di luar mahkamah. Foto THE STAR/ AHMAD IZZRAFIQ ALIAS
KUALA LUMPUR: Suami kepada penyanyi, Saida mendakwa isterinya sedang ‘angau’ dengan seorang lelaki sehingga menyebabkan rumah tangga mereka yang dibina sejak 15 tahun lalu terabai.
Mohd Ghazali Yahya Zikri seterusnya mendakwa, dia pernah berjumpa Saida dengan lelaki tersebut yang bernama Hafiz Che Mat berada di dalam sebuah kereta di Balakong, dekat sini.
“Saya telah tanya pada lelaki itu jika dia tahu Saida adalah isteri saya? Waktu itu, Saida menjawab lelaki itu mahu memulangkan telefon bimbit miliknya.
“Saya rampas telefon bimbit tersebut dan jumpa khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengandungi perkataan seperti sayang, rindu dan sebagainya,” katanya di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Rabu.
Lelaki tersebut kemudiannya memberitahu bahawa dia mempunyai bukti iaitu bil telefon menunjukkan Saida yang juga kakak kepada penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza menghabiskan masa berjam-jam untuk berbual dengan lelaki itu.
Mohd Ghazali.(Suami Saida)
Mohd Ghazali seterusnya mendakwa, dia menganggap anasir luar itulah yang menyebabkan Saida mahu bercerai dan keluar daripada rumah kelamin mereka yang terletak di Alam Damai, Cheras, kira-kira sebulan lalu.
Pada prosiding itu, Saida atau nama sebenarnya, Siti Norsaida Tarudin mengakui mengenai kejadian dalam kereta yang didakwa suaminya itu, tetapi menambah hubungan dia dengan lelaki berkenaan sekadar rakan sekerja.
Pada masa itu, Hakim Syarie Mohd Suhaily Rosdi berkata: “Industri kerja seperti kamu memang akan berjumpa ramai orang. Tetapi tidak perlulah saya bercakap banyak kerana semua orang tahu tentang hukum hakam”.
Mohd Ghazali kemudiannya berdiri dan menambah, dia boleh memahami sekiranya Saida perlu berjumpa ramai orang, tetapi tidak perlu sampai ke tahap untuk memanggil sayang dan mendesak untuk bercerai.
“Bila saya siasat dia tidak mahu mengaku. Tapi bila saya sudah jumpa gambar-gambar dan SMS ada sayang, itu bukan rakan biasa.
“Saya sangat sedih, kecewa dengan isteri saya. Dahulu, dia seorang yang sangat lemah-lembut dan sekarang lupa tanggung jawab.
“Saya harap hakim boleh beri nasihat. Apa salah saya sehingga dia buat begini? Saya kasihankan anak-anak. Mereka sampai tidak pergi ke sekolah. Dulu dia tidak begini,” tambahnya.
Selain itu, Mohd Ghazali juga memberitahu, dia tidak melihat masalah besar dalam perkahwinan mereka yang boleh membawa kepada perceraian, sebaliknya hanya masalah-masalah kecil.
Saida pula memberitahu, dia telah meminta cerai sejak tahun 2008 kerana tidak boleh menerima suaminya ekoran tiada persefahaman.
Selepas mendengar keterangan-keterangan yang dinyatakan oleh Mohd Ghazali dan Saida, Mohd Suhaily memutuskan untuk memberi peluang terakhir kepada pasangan tersebut untuk mencari penyelesaian dalam masalah yang dihadapi.
Beliau juga menasihatkan mereka untuk mengerjakan umrah seperti yang dicadangkan oleh Mohd Ghazali yang berhasrat mahu membawa isterinya itu ke Tanah Suci.
Saida yang pernah menyertai rancangan realiti, Akademi Fantasia bersetuju dengan cadangan itu namun memberitahu akan membawa ahli keluarganya bersama.
Pada prosiding sama, Mohd Suhaily memutuskan bahawa wakil hakam pasangan tersebut telah gagal untuk mencapai matlamat bagi menyelesaikan masalah perkahwinan mereka dan memutuskan agar diadakan semula perbincangan.
Sekiranya masih gagal, Mohd Suhaily menetapkan agar pasangan itu dibawa bertemu dengan wakil hakam yang akan dilantik oleh mahkamah.
Kes akan disebut semula pada 15 Jun depan.
Berdasarkan rekod, Mohd Ghazali melantik bapa saudaranya, Shihabudin Alang Mat Piah sebagai wakil hakamnya manakala Saida diwakili oleh seorang rakan, Norhisham Rahmat.
Prosiding di mahkamah bermula selepas Saida memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik atas alasan mereka sudah tidak mempunyai persefahaman dan telah mengalami masalah yang tidak dapat didamaikan.
Saida, 35, dan Mohd Ghazali, 41, mendirikan rumah tangga di kampung halaman penyanyi itu, di Kuala Lipis, Pahang pada 14 Disember 1996 dengan berwalikan bapa kandung.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata, Siti Nurunnyssa, 14, Anas, 12, Khalid, 8, dan Siti Nurul Mashitah, 5 tahun.
Mohd Ghazali diwakili oleh peguam syarie Amli Embong sementara peguam Ahmad Nazib Johari mewakili Saida.
sumber http://www.gosipsensasi.co.cc
Got a friend who uses Facebook and Twitter? Invite them and earn RM 1 for every friend who joins and shares a campaign. ada ramai kawan guna facebook dan twitter? jemput mereka dan untung RM1 untuk setiap kawan yang menyertai dan berkongsi kempen ini.Tak guna modal 1sen pun.klik sini untuk menyertai.
Jana pendapatan sambilan dengan churpchurp-tanpa modal.Setiap satu klik di bayar 20sen

Tuesday, May 10, 2011

Penjelasan Nurul Ain Nordin mengenai gambar seksinya


nurul ain seksiBaru-baru ni kecoh mengenai seorang pelakon baru, Nurul Ain Nordin yang bergambar dalam keadaan berkemban yang agak menghairahkan untuk filem Suatu Malam Kubur Berasap, tersebar diinternet… Menurut Nurul Ain, gambar tu tak sepatutnya tersebar kerana dalam persetujuan gambar tersebut perlu diedit dahulu sebelum ianya digunakan bagi tujuan promosi.. Nurul Ain juga meminta maaf jika gambar tersebut menyinggung perasaan mana-mana pihak.. Jom kita baca penjelasan Nurul Ain melalui blognya..
“Ain mintak maaf kalau gambar tersebut menyinggung perasaan sesiapa. ain tau ain bersalah…. tapi percayalah fotoshoot tersebut dilakukan secara tertutup oleh semua pelakon dan beberapa krew yang terlibat untuk fotoshoot poster filem tersebut, tetapi itu bukanlah final product dia. gambar tersebut hanya sparuh sahaja,seperti yang dipersetujui… dan di edit oleh mereka di bahagian graphic untuk tambahkan di hujungnya, bawah sket dari pinggang dan kebawah dengan akar, kurap, kudis, panau untuk memberikan kesan hantu yang muncul tetapi lain gambar yang tersebar.”
“Gambar seperti yang dipersetujui untuk final product filem SUATU MALAM KUBUR BERASAP ini sudahpun mendapat persetujuan dari pihak-pihak tertentu untuk pelepasan.. di laman web rasmi SUATU MALAM KUBUR BERASAP ada gambar ain. itulah final product sebenarnya…. apa pun ain cakap, kalau dalam hati korang dah rasa ain jahat, ain buruk, ain itu, ain ini…. ain xleh buat papelah ye… maafkan ain. -mygossip.com
Got a friend who uses Facebook and Twitter? Invite them and earn RM 1 for every friend who joins and shares a campaign. ada ramai kawan guna facebook dan twitter? jemput mereka dan untung RM1 untuk setiap kawan yang menyertai dan berkongsi kempen ini.Tak guna modal 1sen pun.klik sini untuk menyertai.
Jana pendapatan sambilan dengan churpchurp-tanpa modal.Setiap satu klik di bayar 20sen

Sunday, May 8, 2011

Pelakon era 70-an di tuduh cabul remaja


Saya petik:

[Mstar] SELAYANG: Seorang pelakon era 70-an dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, atas tuduhan mencabul seorang remaja berusia 13 tahun di sebuah rumah perlindungan yang diasaskannya.

Mokhtaruddin Mohd Said, 56, yang merupakan pengasas Pusat Pemulihan Akhlak Remaja Bermasalah di Batu 11, Gombak, dekat sini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.

Dia yang pernah berlakon dalam beberapa filem seperti Langit Tidak Selalunya Cerah (1981) dan Cikgu Sayang (1983) didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 2.30 petang, 1 Mei lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut dengan cara mencium pipi dan memeluk pinggang mangsa yang difahamkan menginap di situ tanpa kerelaannya.

Mangsa membuat laporan polis pada keesokan harinya.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Majistret Muhammad Najid Ismail membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dan kes akan disebut semula pada 17 Jun depan.

Anak tertuduh, Datuk Mohd Bismi Adira yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Sri Raudah Enterprise membayar jaminan tersebut.

Got a friend who uses Facebook and Twitter? Invite them and earn RM 1 for every friend who joins and shares a campaign. ada ramai kawan guna facebook dan twitter? jemput mereka dan untung RM1 untuk setiap kawan yang menyertai dan berkongsi kempen ini.Tak guna modal 1sen pun.klik sini untuk menyertai.

Wednesday, May 4, 2011

Nurul Syuhada (Majalah 3) Kawin Julai Depan



[MStar] AMPANG: Pengacara Majalah Tiga, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin, 27, mengesahkan akan mendirikan rumah tangga dengan seorang pegawai bank pada Julai depan.

Nurul menjelaskan, lelaki yang dimaksudkan ialah Raja Amir Raja Azwa,29, yang dikenalinya sejak dua tahun lalu.

“Insya-Allah, kami merancang untuk berkahwin pada Julai depan. Kami akan maklumkan kepada pihak media apabila tiba waktunya,” kata Nurul ringkas.

Nurul membuat pengakuan tersebut ketika ditemui pemberita semasa menghadiri majlis doa selamat dan pelancaran buku Sanggul karya jurusolek Zulfazli Suhadi di restoran Intai-Intai, Jalan Hulu Klang di sini, Ahad.

Antara selebriti yang hadir ialah penyampai radio Hot FM, Fara Fauzana.

Pada majlis itu Nurul dan Raja Amir tidak dapat mengelak gambar mereka dirakamkan jurugambar tetapi memberi kerjasama untuk menjelaskan mengenai hubungan yang terjalin.

Bagaimanapun Nurul tidak dapat menceritakan secara terperinci mengenai kisah cinta mereka atas sebab-sebab tertentu selain prosedur yang harus di patuhi sebagai personaliti TV3, sebelum membuat sesuatu kenyataan.

Bagaimanapun menurut Nurul dia bahagia dengan hubungannya itu dan berharap ia berjalan dengan baik.

Katanya, rombongan merisik telah dilakukan pada Januari lalu dan kedua-dua belah pihak telah menetapkan untuk melangsungkan majlis bertunang dan akad nikah serentak pada Julai depan.

“Saya tidak boleh nak komen banyak. Cukuplah sedikit maklumat itu,” pinta Nurul.

Pengacara itu sebelum ini pernah dikaitkan dengan angkasawan kedua negara, Mejar Dr Faiz Khalid tetapi hubungan mereka tidak bertahan lama.
 
Jana pendapatan sambilan dengan churpchurp-tanpa modal.Setiap satu klik di bayar 20sen.

Wednesday, April 27, 2011

Kami tidak minum arak - Que Haidar/Linda Jasmin



Kami tidak minum arak - Que Haidar/Linda Jasmin










KUALA LUMPUR: “Kami tak minum arak itu!” tegas pelakon terkenal, Que Haidar, 32, mengulas penyebaran gambarnya bersama isteri, Linda Jasmine dan beberapa individu berseronok di samping ada gelas dan botol arak di atas meja.
Menurut Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, mereka hanya menghadiri majlis hari lahir seorang kawan Linda yang bukan beragama Islam.
“Sebelum itu kami makan malam bersama keluarga mentua. Dalam perjalanan pulang, Linda menerima panggilan daripada seorang rakan yang mahu kami hadir ke majlis hari lahirnya.
“Selepas dihubungi berkali-kali, kami singgah sebentar ke tempat itu bagi meraikannya. Namun, terus terang kami tidak langsung menyentuh arak, manakala arak di atas meja itu (merujuk kepada gambar di Internet) adalah milik orang lain.
“Malah, rakan Linda turut mendapatkan nasi lemak selepas saya memberitahu nak makan makanan itu selain meminum air mineral,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad.
Que yang nyata tidak menyenangi penyebaran gambar itu meminta orang ramai tidak mudah membuat tanggapan negatif.
“Serba salah dibuatnya. Rasa marah, geram, sakit hati, malah kelakar pun ada. Namun sebenarnya ia boleh menjejaskan kami, termasuk keluarga, apabila mendengar khabar angin negatif ini,” katanya.
Sementara itu, kenyataan Que turut disokong Linda, 38.
“Tak adil menilai kami dengan hanya melihat gambar berkenaan tanpa mengetahui perkara sebenar.
“Saya tak minum arak dan tidak merokok langsung. Rokok (di tangan Linda dalam satu gambar) itu orang lain punya, mungkin Que, dan saya hanya memegangnya,” katanya.
Menurut Linda, tindakan menyebarkan gambar itu satu perkara tidak baik dan akan menjejaskan maruah mereka sekeluarga.
“Walaupun kami menjelaskan keadaan sebenar, akan ada (masyarakat) yang terus memandang buruk kepada kami hanya disebabkan tindakan (penyebaran gambar) itu,” katanya   - HM

Got a friend who uses Facebook and Twitter? Invite them and earn RM 1 for every friend who joins and shares a campaign. ada ramai kawan guna facebook dan twitter? jemput mereka dan untung RM1 untuk setiap kawan yang menyertai dan berkongsi kempen ini.Tak guna modal 1sen pun.klik sini untuk menyertai.
Jana pendapatan sambilan dengan churpchurp-tanpa modal.Setiap satu klik di bayar 20sen

FILEM YANG MEMBUATKAN JATUH BIJI MATA ANDA!


Microsoft akan memilih 2 orang setiap minggu untuk mengembara mengelilingi dunia!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...