Showing posts with label Saman Ekor. Show all posts
Showing posts with label Saman Ekor. Show all posts

Thursday, April 28, 2011

KASE: Pulangkan wang kutipan saman ekor

Jawatankuasa kempen Anti Saman Ekor (KASE) mendesak kerajaan meminta maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia, khasnya pemilik kenderaan dan pemegang lesen yang disenarai hitam tanpa bukti sebelum ini. Penasihat Undang-undang KASE, Zulhazmi Shariff berkata, kerajaan juga perlu memulangkan segala bayaran kompaun yang telah dibuat pemilik kenderaan akibat kaedah senarai hitam itu.

Selain itu, katanya, kerajaan digesa mengeluarkan rekod kesalahan yang tidak dibuktikan di Mahkamah daripada sistem Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan serta menghapuskan semua saman ekor yang tidak dibuktikan.

“Sekiranya tindakan ini tidak dilakukan, KASE berpendapat bahawa Kerajaan sememangnya tidak bertanggungjawab dan telah bertindak zalim kepada rakyat,” ujarnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Zulhazmi berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri yang disiarkan dalam akhbar theSun , berhubung keputusan kerajaan menyenarai hitam pemilik kenderaan hanya setelah kesalahan yang dilakukan dibawa dan dibuktikan di Mahkamah.

Menurutnya, desakan demi desakan dibuat KASE sebelum ini sehingga pada 23 Mac apabila Abdul Rahim mengumumkan di Dewan Rakyat bahawa jemaah menteri bersetuju menarikbalik pelaksanaan senarai hitam atas kesalahan yang dikeluarkan Notis Pol 170A atau lebih popular dengan ‘saman ekor’.
 
“Walaubagaimana pun keputusan tersebut dengan jelas, nyata dan terang menunjukkan bahawa Kerajaan telah mendera, menindas, menzalimi dan memaksa rakyat khasnya pemilik kenderaan dan pemegang lesen untuk membayar dan mengakui sesuatu perkara yang belum pasti dan belum diputuskan kesalahan mereka oleh Mahkamah.
“Kenapa setelah berjuta-juta duit rakyat diperas melalui tindakan senarai hitam baru sekarang hendak disebutkan prinsip “innocent until proven guilty”.
“Adakah semasa polisi ini dilaksanakan sebelum ini kerajaan tidak pernah tahu prinsip “innocent until proven guilty”?,” soal beliau.
Malah katanya, PDRM pula dengan bangga mengumumkan sehingga Febuari 2011, sejumlah RM496.7 juta berjaya dikutip hasil pelaksanaan ugut dan paksa oleh kerajaan- dengan menghalang transaksi pembaharuan cukai jalan dan lesen memandu sekiranya kompaun tidak dijelaskan.
“Hasil ugutan itu, para pemilik kenderaan dan pemegang lesen berpusu-pusu membanjiri balai polis, pejabat pos dan JPJ untuk membayar kompaun sedangkan kesalahan mereka belum dibuktikan,” ujarnya.
Beliau dalam masa yang sama menyelar Jabatan Peguam Negara kerana hanya memberikan nasihat kepada Jemaah Menteri pada Mac 2011 bahawa pelaksanaan saman ekor menyalahi undang-undang.
Sedangkan Mahkamah Tinggi Kuching telah membuat keputusan pada 2009 bahawa saman ekor itu salah dan bertentangan dengan perlembagaan persekutuan.
“Negara amat malang mempunyai “penasihat” seperti ini. Sudah berjuta-juta duit rakyat dikaut, sudah berapa ramai rakyat disusahkan baru Jabatan Peguam Negara memberikan nasihat bahawa tindakan Kerajaan tidak betul.

Got a friend who uses Facebook and Twitter? Invite them and earn RM 1 for every friend who joins and shares a campaign. ada ramai kawan guna facebook dan twitter? jemput mereka dan untung RM1 untuk setiap kawan yang menyertai dan berkongsi kempen ini.Tak guna modal 1sen pun.klik sini untuk menyertai.
Jana pendapatan sambilan dengan churpchurp-tanpa modal.Setiap satu klik di bayar 20sen

FILEM YANG MEMBUATKAN JATUH BIJI MATA ANDA!


Microsoft akan memilih 2 orang setiap minggu untuk mengembara mengelilingi dunia!

Friday, February 18, 2011

ADUAN SAMAN EKOR:KES TAK MASUK AKAL


18 FEB 2011
Oleh : Yunus Sauman Sabin
Saya sekadar ingin beritahu bahawa saya mempunyai perasaan untuk malas memiliki kereta tetapi ia adalah keperluan saya dan keluarga. Kenapa? Sebab saman ekor.

Adakah patut, kereta saya WPC9930 telah disaman ekor di Gombak-Selayang pada November 2008 sedangkan kereta tersebut telahpun saya hantar ke Sabah pada September 2008. Bermakna kereta tersebut berada di Sabah dan bukannya di Semenanjung.

Memandangkan pemilik saman yang tidak membayar saman akan disenaraihitamkan selepas 28 Februari ini, maka saya telah membayar saman-saman saya pada 16 Januari 2011 yang lalu. Tetapi saman yang satu ini saya tidak bayar dan saya telah merujuknya di Cawangan Trafik di Kuala Kubu Bharu.

Saya kemukakan bukti bahawa kereta tersebut telahpun dihantar ke Sabah dan kerani tersebut mengarahkan supaya saya merujuk perkara tersebut ke Ibu Pejabat Cawangan Trafik di Selayang.

Saya ke Selayang pada 18 Januari 2011 dan mengemukakan semua bukti dan saya meminta supaya saman tersebut dibatalkan sahaja. Mereka kata tidak boleh. Mereka mesti melihat gambarnya dahulu.

Saya menunggu lebih kurang 10 minit dan kerani di kaunter meminta saya menunggu selama 2 minggu kerana saman tembak tersebut dilakukan oleh Pejabat Bukit Aman. Katanya mereka akan menghubungi saya melalui nombor telefon bimbit saya dan saya juga boleh merujuk keputusan di Cawangan Trafik Kuala Kubu Bharu.

Sehingga kini, sudah sebulan saya menunggu, saya tidak ke Cawangan Trafik Kuala Kubu sebab saya boleh menyemaknya melalui internet. Sehingga kini saman tersebut masih ada dan belum dibatalkan. Apakah sebabnya? Saya boleh mengagak sebabnya tetapi saya tak mau cakap.

Sebentar tadi saya telah menyemaknya buat kesekian kalinya, masih belum dibatalkan dan sudah bertambah satu lagi saman. Kali ini di Kuala Lipis. Mungkin saman ini betul dan mungkin tidak. Saya menjadi ragu kerana kes yang pertama tadi.

Saya mula mengaitkannya dengan dakwaan pihak tertentu bahawa ada APCO (Yahudi) di Bukit Aman. Mungkinkah ini adalah salah satu hasil dari nasihatnya?

Atau sememangnya kerajaan dah tak ada duit, lalu mencari duit haram dari rakyat. Atau, adakah orang lain menggunakan nombor pendaftaran kereta saya. Kalau ya, di mana buktinya.

Namun, melalui bukti dokumen penghantaran kereta ke Kota Kinabalu yang saya berikan, tentulah kereta yang disaman itu sepatutnya bukan saya punya dan mesti dibatalkan. Terlalu banyak kemungkinan. Saya tidak tahu.

Apapun, mereka yang melakukannya mungkin boleh dilihat sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak amanah dalam tugas. Apakah yang perlu saya lakukan?

Sekarang dah menghampiri 28 Februari dan sekiranya saya tak bayar, mungkin saya akan disenaraihitamkan. Lesen memandu tidak boleh diperbaharui. Sedangkan saya perlu memandu. Cukai jalan juga tidak akan diperbaharui sedangkan kereta itu perlu bergerak. Kalau saya bayar, bermakna saya bersekongkol dan bersubahat dengan perbuatan keji ini.

Saya benar-benar kecewa.

Yunus Sauman Sabin,
Kuala Kubu Bharu, Selangor.
 
mijie: Kesian encik yunus kita,saya rasa ramai lagi yang terkena  kes macam ni.Memang lah boleh dibuktikan yang kereta tidak ada di tempat kejadian pada tarikh saman-walau pun kes boleh selesai dan kes boleh dibatalkan,tetapi siapa yang menanggung kos ulang alik,masa dan kerja yang ditinggalkan bagi menguruskan pembatalan saman? adakah kerajaan membayar gantirugi kos tersebut? Kerajaan sepatutnya tidak melaksanakan suatu sistem yang terbukti tidak efisien,sedangkan banyak negara sudah menolakpakai sistem saman ekor ini.Untuk pengetahuan semua- kerajaan bakal melantik satu badan swasta untuk mengurus dan melaksanakan sistem saman ekor ni.Ini bermakna sistem saman sudah dikomersialkan sama seperti pengajian tinggi.NASIB RAKYAT SATU MALAYSIA DI ANAKTIRIKAN DI NEGARA SENDIRI......

Thursday, February 17, 2011

JPJ : The More You Delay, The More You Pay


PUTRAJAYA 17 FEB : Mulai 1 Mac ini, pengguna jalan raya akan berhadapan dengan kadar kompaun baru saman kesalahan lalu lintas berikutan penyusunan semula kesalahan lalu lintas, yang dipersetujui Kabinet semalam.

Kadar kompaun baru itu akan dikenakan kepada empat kategori kesalahan berbanding tiga kategori sebelum ini dengan kompaun minimum sebanyak RM40 dan maksimum RM300 bagi kelas kenderaan jenis motosikal 250cc dan ke bawah; dan kelas semua jenis kenderaan lain.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha (gambar) berkata kadar kompaun baru itu ditetapkan mengikut kelas kenderaan; tahap keseriusan dan jenis kesalahan.

“Ia juga akan menyaksikan nilai kompaun bertambah mengikut tempoh pembayaran kompaun berdasarkan kepada prinsip ‘The More You Delay, The More You Pay’ (Makin Lewat, Makin Banyak Perlu Dibayar)”, katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Tahun Baru Cina di kementeriannya di sini, semalam.

Tempoh pembayaran dibahagi kepada tiga peringkat iaitu pembayaran pada hari pertama hingga hari ke-15, pada hari 16 hingga hari ke-30 dan pada hari ke-31 hingga hari ke-60.

Bagi saman-saman yang tidak diselesaikan selepas hari ke-60, saman-saman itu akan didaftarkan sebagai kes di mahkamah.

Kong berkata kompaun berganda akan dikenakan terhadap pemandu yang melakukan mana-mana kesalahan lalu lintas secara berulang.

“Kompaun berganda itu melibatkan kesalahan dalam kategori pertama, kedua dan ketiga atau kombinasi daripada mana-mana kesalahan daripada kategori tersebut sebanyak tiga kali atau lebih dalam tempoh dua bulan daripada tarikh melakukan kesalahan pertama,” jelasnya.

Kong berkata kadar kompaun bagi kategori pertama dikekalkan maksimum RM300 kerana ia melibatkan kesalahan-kesalahan yang menyumbang kepada kadar kemalangan jalan raya, kesesakan lalu lintas dan kesalahan berkaitan dengan perkhidmatan teksi.

Kadar sama dikenakan kepada kesalahan memandu melebihi daripada had laju, gagal mematuhi peraturan lampu isyarat, memotong di garisan berkembar, mengekori kenderaan dengan rapat, memotong barisan, memandu di lorong kecemasan dan menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

“Kesalahan tersebut adalah serius dan perlu dikenakan kompaun yang lebih tinggi, berbanding dengan kesalahan-kesalahan kecil lain dan ia melibatkan semua jenis kenderaan termasuk motosikal,” kata menteri itu.

Bagi kategori-kategori yang lain, kadar kompaun adalah berdasarkan tempoh pembayaran dan mengikut tahap keseriusan sesuatu kesalahan.

Kong berkata kerajaan memberi pertimbangan kepada penunggang motosikal di bawah 250cc di mana mereka diberi kadar kompaun lebih rendah berbanding dengan lain-lain kenderaan kecuali bagi kesalahan kategori pertama.

Antara lain, Kong berkata Orang Kena Saman (OKS) tidak dikenakan mata demerit di bawah Sistem KEJARA sekiranya mereka menyelesaikan saman tertunggak dalam tiga bulan.

Kong berkata kadar kompaun baru dipersetujui oleh semua pihak berkepentingan termasuklah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan agensi-agensi berkaitan.

“Ia akan diselaraskan oleh semua agensi penguatkuasa termasuk Pihak Berkuasa Tempatan,” katanya.

Mesyuarat yang diadakan bagi penyusunan semula kesalahan-kesalahan lalu lintas turut melibatkan Badan-badan Bukan Kerajaaan (NGO) dan syarikat insurans, katanya. -BERNAMA
 
mijie : Sebenarnya pesalah jalanraya tak takut dengan kadar saman yang dikenakan.Kena saman pun diorang tak bayar- tunggu kempen diskaun bayaran saman tertunggak,dapat juga potongan.Lagipun berapa kerat saja yang kena jel kalau tak bayar saman.Pernah tengok indon,myammar atau bangladesh naik motorsikal di malaysia? aku rasa semua orang pernah tengok.Mat afrika bawak kereta gila gila pun ramai yang pernah tengok kan? diorang tu ada lesen memandu antarabangsa ke? Ada diorang takut dengan undang undang malaysia? kebanyakan pesalah yang tinggal kat malaysia ni samada warganegara atau bukan warganegara tak takut sikit pun dengan undang undang malaysia.Cuba tengok pusat pusat hiburan haram,rumah urut,along,pusat pelacuran ayam ayam china,penjualan DVD haram dan sebagai nya-adakah ianya semakin berkurang atau semakin MAKMUR ? Hari ni tangkap,sita-besok bukak balik.Bukan sahaja melakukan jenayah malah sanggup meludah dan memaki anggota penguatkuasa yang cuba menjalankan tugas! 
     KENAPA jadi macam tu? orang singapura nak ludah atau buang sampah merata pun takut,kenapa rakyat malaysia yang SATU ni tak takut melakukan kesalahan dan jenayah yang lebih berat? Kerana malaysia merupakan sebuah negara pengamal rasuah yang teruk.Semua kesalahan dan jenayah boleh di kawtim.Barang kena sita,ayam kena cekup? jumpa saja orang besar atau menteri-besok mesti settle punya.Dari jalanraya hingga ke perniagaan haram semua nya boleh kawtim kalau kena caranya.Inilah satu SATU nya MALAYSIA.
 
Got a friend who uses Facebook and Twitter? Invite them and earn RM 1 for every friend who joins and shares a campaign.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...