QURAN DIGITAL DENGAN BACAAN SEPATAH DEMI SEPATAH.MODEL TERBARU DALAM PASARAN. DENGAN 5 BUAH BUKU TERMASUK PANDUAN HAJI,KAMUS ANTARABANGSA BERSUARA DLL FUNGSI ISTIMEWA MELAMBATKAN BACAAN UNTUK PEMBELAJARAN YANG LEBIH MUDAH 10 PILIHAN QARI TERJEMAHAN QURAN DALAM BAHASA MELAYU DI DATANGKAN DENGAN BEG EKSKLUSIF DENGAN TANGKAI MUDAH BAWA. Terdapat 10 qari yang terkenal di dalam set ini: 1. Al Sheikh Maher Bin Hamad Al-Mueaqly 2. Al Sheikh Ali Abdul Rahman Al Huzaifi 3. Al Sheikh Mishary bin Rashid Alafasy 4. Al Sheikh Mohamed Siddiq El-Minshawi 5. Al Sheikh Mohammed Al-Alim Al-Dokhail 6. Al Sheikh Mohammed Ayoub 7. Al Sheikh Sa’ad Al-Ghamdi 8. Al Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais 9. Al Sheikh Ahmad Ali Mohammad ‘al Soulayman Al Ajmay 10. Qari Ibrahim Ahmed Mir Mohammadi (reading word by word)
Set ini datang bersama :- 1. AlQuran (Rasm Uthmani) 2. Pilihan untuk menyimpan Qari/Pembaca lain, Audio, Dua, Adhan, Nasheed (File format: MP3)di dalam pen melalui USB cable 3. 4 GB Flash Memory 4. Quran ini juga mempunyai tafsir 5. Mempunyai butang fungsi pada setiap muka surat Quran. 6. Terjemahan dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa melayu,english,cina dll. 7. Pengesahan kelulusan oleh kerajaan malaysia.
Boleh digunakan: o Meningkatkan Mutu Bacaan Al Quran. o Mudah Dibawa. o Untuk Menghafal Al Quran. o Sebagai Hantaran Perkahwinan. o Sumbangan Kepada Masjid / Madrasah. o Sedekah Dan Hadiah Untuk Ibu Bapa
JUALAN SECARA TERUS DAN POS. PENGHANTARAN SEKITAR KOTA BHARU.Bagi pembelian dan penghantaran melalui POS EXPRESS,tambahan rm20 dikenakan.Penghantaran akan di proses hari sama jika bayaran di buat sebelum pukul 12 tghari. Tracking ID akan di sms selepas proses pengeposan BERMINAT SILA CALL MIJIEMOBILE 0193453331.
RM150 Complete azan for all prayers Fajr alarm re-adjusted automatically Daily Alaram ( weekends optional) Azan Times (1500 cities around the world) Qiblah direction relative to North. Hijri and Gregorian calendar Temprature Full-screen EL-light . Crescendo alarm Daylight saving time option Snooze option
SESUAI UNTUK HADIAH KEPADA IBUBAPA DAN UNTUK
HANTARAN PERKAHWINAN. Paparan semua waktu solat untuk seluruh negara
termasuk KOTA BHARU dan 1500 bandar seluruh dunia. Bunyi azan setiap waktu solat yang boleh di
selaras volume. Boleh menggunakan 2 * bateri AA atau elektrik.
Barang baru dan terbaru di pasaran..COD hanya sekitar Kota Bharu dan PCB.Bagi pembelian dan
penghantaran melalui POS EXPRESS,tambahan rm10
dikenakan.Penghantaran akan di proses hari sama jika bayaran di buat sebelum pukul 12 tghari. Tracking ID akan di sms selepas proses pengeposan. Urusan pembelian hubungi MIJIE 0193453331.
Price : RM 180 Ciri-ciri read pen Quran M900 Bersama shortcut funtion untuk pelarasan paling
mudah. 1. Sound lebih jelas dan kuat 2. Bacaan 3 Qari terbaik 3. 4gb memori dalaman 4. disertakan bersama lagu mp3 nasyid dan doa
harian 5. Mudah digunakan 6. Pen Quran menggunakan charger sepenuhnya. Spesifikasi: 1. Bacaan Al-Quran daripada *Sheikh Saad Al-Ghamidy *Sheikh Abdul Baset *Sheikh Abdul Rahman As Sudais 3. Digital Pen Reader dgn built in speaker boleh
digunakan sebagai MP3, 4GB flash memory 4. Terjemahan 5 bahasa termasuk Bahasa
Melayu,china& English 5. Volume Control 6. Bunyi yg JELAS,TERANG dan NYATA 8. Fungsi rakam suara 9. Cetakan tulisan Othmani beserta Cover yang
menarik. 10.Kelulusan oleh KDN.
Boleh digunakan: o Meningkatkan Mutu Bacaan Al Quran. o Mudah Dibawa. o Untuk Menghafal Al Quran. o Sebagai Hantaran Perkahwinan. o Sumbangan Kepada Masjid / Madrasah. o Sedekah Dan Hadiah Untuk Ibu Bapa
1 tahun warranty.
New item.COD hanya
sekitar Kota Bharu dan PCB.Bagi pembelian dan penghantaran melalui POS EXPRESS,tambahan rm10
dikenakan.Penghantaran akan di proses hari sama jika bayaran di buat sebelum pukul 12 tghari. Tracking ID akan di sms selepas proses
pengeposan.Urusan pembelian hubungi MIJIE 0193453331.
Price : RM 230 Quran Bacaan Ayat Demi Ayat (word by word) Terdapat juga doa2 harian dan pengenalan huruf2. Quran Read Pen ini sesuai untuk muslim
menggunakannya mendengar, membaca dan juga
mempelajari al-Quran di mana saja dan pada
bila-bila masa. Quran ini di sertakan built-in
speaker dan headphones.
Terdapat 10 qari yang terkenal di dalam set ini: 1. Al Sheikh Maher Bin Hamad Al-Mueaqly 2. Al Sheikh Ali Abdul Rahman Al Huzaifi 3. Al Sheikh Mishary bin Rashid Alafasy 4. Al Sheikh Mohamed Siddiq El-Minshawi 5. Al Sheikh Mohammed Al-Alim Al-Dokhail 6. Al Sheikh Mohammed Ayoub 7. Al Sheikh Sa’ad Al-Ghamdi 8. Al Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais 9. Al Sheikh Ahmad Ali Mohammad ‘al Soulayman Al
Ajmay 10. Qari Ibrahim Ahmed Mir Mohammadi (reading word
by word)
Set ini datang bersama :- 1. AlQuran (Rasm Uthmani) 2. Pilihan untuk menyimpan Qari/Pembaca lain,
Audio, Dua, Adhan, Nasheed (File format: MP3)di
dalam pen melalui USB cable 3. 4 GB Flash Memory 4. Quran ini juga mempunyai tafsir 5. Mempunyai butang fungsi pada setiap muka surat
Quran. 6. Terjemahan dalam pelbagai bahasa termasuk
bahasa melayu,english,cina dll. 7. Pengesahan kelulusan oleh kerajaan malaysia.
Boleh digunakan: o Meningkatkan Mutu Bacaan Al Quran. o Mudah Dibawa. o Untuk Menghafal Al Quran. o Sebagai Hantaran Perkahwinan. o Sumbangan Kepada Masjid / Madrasah. o Sedekah Dan Hadiah Untuk Ibu Bapa
1 tahun warranty.
New item.COD hanya
sekitar Kota Bharu dan PCB.Bagi pembelian dan penghantaran melalui POS EXPRESS,tambahan rm10
dikenakan.Penghantaran akan di proses hari sama jika bayaran di buat sebelum pukul 12 tghari. Tracking ID akan di sms selepas proses
pengeposan.Urusan pembelian hubungi MIJIE 0193453331.
Complete azan for all prayers
Fajr alarm re-adjusted automatically
Daily Alaram ( weekends optional)
Azan Times (250 cities around the world)
Qiblah direction relative to North.
Hijri and Gregorian calendar
Temprature
HiGio El light
Crescendo alarm
Daylight saving time option
Snooze option
SESUAI UNTUK HADIAH KEPADA IBUBAPA DAN UNTUK HANTARAN PERKAHWINAN.
Paparan semua waktu solat untuk seluruh negara termasuk kota bharu dan bandar
250 bandar seluruh dunia.
Bunyi azan setiap waktu solat yang boleh di selaras volume.
Boleh menggunakan 2 * bateri AA atau elektrik.
Barang baru dan terbaru di pasaran.Barang ada selagi iklan ada.COD hanya
sekitar Kota Bharu dan PCB.Bagi pembelian dan penghantaran
melalui POS EXPRESS,tambahan rm10 dikenakan.Penghantaran akan di proses hari
sama jika bayaran di buat sebelum pukul 12 tghari.
Tracking ID akan di sms selepas proses pengeposan.
Urusan pembelian hubungi MIJIE 0193453331.
Bila Mantan Perdana Menteri Berbicara Berkenaan Hudud.
by Hilal Asyraf on Tuesday, 28 February 2012 at 16:40 ·
Assalamu'alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barokatuh.
Alhamdulillah, pada hari ini saya telah menulis status berkenaan mantan perdana menteri yang kita kasihi, apabila dia berkata berkenaan Hukum Hudud adalah rekaan Ahli Fiqah, dan bukannya datang daripada Al-Quran.
Apa yang suka saya ketengahkan di dalam isu ini adalah kenyataannya - Hudud adalah rekaan Ahli Fiqah. Tiada daripada Al-Quran.
Maka, saya rasa sangat kelakar, untuk seorang mantan perdana menteri yang memerintah sebuah negara 'Islam' untuk jangka masa lebih dua dekad, bahkan masih hidup hingga ke hari ini, untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.
Kita ketepikan dahulu persoalan 'Bagaimana Sepatutnya Hudud Dilaksanakan'. Sebab nampaknya, persoalan 'Apakah Hudud Itu Daripada Allah' pun tidak diketahui rupanya.
Tiada Di Dalam Al-Quran? Tiada Di Dalam Hadith? Rekaan?
Saya hanya seorang pelajar Usuluddin, tahun akhir, di University of Yarmouk, Irbid, Jordan. Saya tidak mendalami syariah(peraturan) Islam sebagaimana pelajar Fiqh. Saya hanya 'budak Usul', atau 'budak akar' di dalam bidang agama ini. Justeru, saya belajar akan Aqidah, Tafsir Al-Quran, dan Hadith.
Sebab itu, saya mahu bahaskan tentang "Apakah benar Hukum Hudud itu rekaan ulama' Fiqah?". Saya tidak layak untuk membahaskan "Bagaimana Melaksanakan Hukum Hudud." Semestinya, saya serahkan yang itu kepada yang lebih arif. KERANA SAYA TIDAK TAHU. Saya ulang, kerana saya tidak tahu. Apa yang saya tidak tahu, saya tak akan pandai-pandai sentuh.
Maka, di sini buktinya bahawa Hukum Hudud itu wujud di dalam Al-Quran dan Hadith, bukannya rekaan Ulama'.
Ini hukum mencuri:
"Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." Surah Al-Maidah ayat 38. Ini dalil hukum hudud untuk mencuri. Jelas, ini adalah Al-Quran.
Diriwayatkan pula di dalam Sohih Bukhari Hadith no 1516 Jilid 3:
Dari Aisyah r.a., Orang Quraisy merasa tidak senang akan hukuman yang dijatuhkan kepada seorang perempuan suku Makhzum mencuri. Mereka berkata: "Siapakah yang boleh menyampaikan kepada Rasulullah s.a.w. supaya perempuan itu dibebaskan saja?" Kata mereka: "Siapakah yang berani selain Usamah bin Zaid, kesayangan Rasulullah s.a.w.!" Usamah lalu menyampaikannya kepada beliau. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Mengapa engkau memberikan pertolongan untuk membebaskan seseorang dari had (hukum) Allah?" Kemudian beliau berdiri lalu berpidato, sebagai berikut: "Orang-orang yang sebelum kamu dibinasakan, kerana kalau orang yang terhormat (mulia) mencuri, mereka biarkan saja. Tetapi kalau yang mencuri itu orang lemah, mereka jatuhi hukuman. Demi Tuhan! Kalau sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, saya potong juga tangannya!"
Kemudian hukum zina pula:
"Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman." Surah An-Nur ayat 2.
Hukum Rejam untuk penzina yang telah berkahwin:
"Dari Jabir bin Abdullah Al-Ansar RA, bahawa seorang lelaki dari Aslam datang kepada Rasulullah SAW dan menyatakan bahawa dia telah berzina. Pengakuan ini diucapkannya empat kali. Lalu Rasulullah SAW menyuruh supaya orang itu direjam. Sesungguhnya dia telah berkahwin." Hadith Riwayat Bukhari di dalam Sohihnya, no 1817, Jilid 4, Bab Zina.
Jelas, sekali lagi, hukum ini daripada Al-Quran dan Hadith.
Kemudian hukum murtad pula:
"Sesiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia." Hadith Riwayat Bukhari di dalam Sohihnya, Hadith no 6922. Jelas, ini adalah hadith yang sohih.
Kemudian hukum Qazaf(menuduh orang lain berzina):"Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik" Surah An-Nur ayat 4.
Sekali lagi, jelas, ini adalah daripada Al-Quran. Daripada Hadith yang Sohih.
Justeru, amatlah dangkal untuk seseorang itu sebenarnya menyatakan Hukum Hudud Adalah Rekaan Ahli Fiqah dan bukannya daripada Al-Quran.
Hukum Hudud Tidak Adil. Merugikan Orang Islam.
Dinyatakan juga oleh Mantan Perdana Menteri tersebut bahawa, Hukum Hudud ini tidak adil. Dia berulang kali menyebut bahawa Islam menekankan keadilan. Kononnya Al-Quran sendiri menyatakan akan keadilan. Hukum dengan adil. Seakan-akan, melaksanakan hudud bukan satu keadilan, bahkan merugikan orang Islam.
Katanya, kalau orang Islam kena potong tangan, dan orang bukan Islam tak kena potong tangan, bukankah itu tidak adil dan merugikan?
Sebenarnya, dari segi perlaksanaan Hukum Hudud, perlaksanaannya adalah sangat ketat. Bukan semua kecurian dihukum dengan hukuman potong tangan. Perkara ini, pelajar yang mendalami Fiqah lebih arif.
Dan sebenarnya, amatlah saya terkilan dengan kenyataan Mantan Perdana Menteri kita itu. Kerana, seakan-akan, bangsa Melayu, orang islam ini kaki mencuri pula. Bukankah kita adalah bangsa yang disematkan adab dan sopan, dan mencuri bukanlah perkara kebiasaan di dalam adat kita sendiri(atau sebenarnya iya?). Maka mengapa perlu takut sebenarnya akan hukum ini? Ramai orang Islam akan ketiadaan tangan? Pada saya itu alasan yang sangat dangkal.
Dr Asri Zainal Abidin adalah antara ulama' yang saya suka penjelasannya akan perlaksanaan hudud. Boleh rujuk kepada video-video beliau. Saya second apa-apa sahaja fatwa beliau berkenaan hudud.
Setakat ilmu saya, perlaksanaan hududlah yang paling adil sekali dalam peraturan dunia. Semestinya kerana Allah SWT yang memberikan hukum ini kepada kita adalah Yang Maha Adil. Kerana itu hukumNya juga adalah adil. Bahkan, pada hemat saya, dengan melaksanakan hukum ini, Ummat Islam akan menjadi Ummat yang paling layak dicontohi kerana disiplin dan ketelusan mereka. Yang menjadikan kita takut dengan Hudud ini adalah daripada penerangan yang salah, dan dimomokkan pula dengan perlaksanaannya yang dikatakan barbarik, ganas, tidak berperasaan.Tidak. Hakikatnya tidak.
Apa-apa hal pun, untuk lebih detail berkenaan BAGAIMANA HUKUM HUDUD ITU PERLU DILAKSANAKAN, saya serahkan kepada rakan-rakan saya dalam bidang syariah untuk menjelaskannya. Jelas, Dr Asri Zainal Abidin banyak membahaskannya.
Penutup: Saya Tidak Perlu Menjadi Pembangkang atau Perdana Menteri Untuk Memberikan Teguran Ini.
Saya tidak perlu menjadi Pembangkang untuk menegur Mantan Perdana Menteri ini sambil menjelaskan pula perkara ini di khalayak ramai. Pada saya, ulama'-ulama' Kerajaan perlu bertegas memberikan penjelasan akan hal ini.
Saya juga tidak perlu menjadi Perdana Menteri, untuk membetulkan statement - Hukum Hudud adalah rekaan Ahli Fiqah dan bukan daripada Al-Quran.
Kalau semua orang perlu menjadi Perdana Menteri baru boleh tegur Perdana Menteri atau Mantan Perdana Menteri, maka dalam sejarah Malaysia ini tinggal 3 orang sahaja yang layak memberikan teguran.
Dan, memandangkan saya adalah pelajar Usuluddin yang mendalami Aqidah, suka saya menekankan satu perkara penting di sini:"Menolak apa-apa sahaja daripada Al-Quran, hukumnya adalah kafir." Sebenarnyalah.
"Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir. " Surah Al-Maidah ayat 44.
"Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." Surah Al-Maidah ayat 45.
"Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik." Surah Al-Maidah ayat 49.
Saya dididik oleh guru Aqidah saya, Dr Ala' Hilat, untuk tidak menghukum orang lain kafir. Saya tidak sesekali menyatakan Mantan Perdana Menteri kita itu kafir. Tetapi saya mahu tegaskan bahawa, menolak apa-apa daripada Al-Quran, adalah kafir.Guru saya kata, jika kita nampak orang sujud kepada pokok, katakanlah mungkin dia tidak tahu. Kemudian perjelaskanlah.
Maka saya menganggap, Mantan Perdana Menteri saya, sepanjang 22 tahun dia memerintah dan sehingga kini dia hidup, tiada siapa menjelaskan hal ini kepadanya. Dia TIDAK TAHU.
Maka saya jelaskan di sini secara ringkas.
Saya juga ingin menegaskan bahawa, sekiranya kita bukan AHLI di dalam bidang agama, maka janganlah bicara sembarangan. Bertanyalah jika benar tidak mengetahui. Mintalah penjelasan. Apatah lagi sekiranya kita seorang public figure yang mempunyai ramai pengikut fanatik yang mengikut kita dengan membuta tuli, dan sanggup mempertahankan kita walau apa yang kita sebut itu salah.
Sampai di sini sahaja nota do'if saya.
Mantan Perdana Menteri saya berbicara akan hal ini di khalayak ramai.Maka di sini nota ini saya persembahkan di khalayak ramai.
Sesiapa mahu sokong pendapat Mantan Perdana Menteri kita itu, boleh fikir 10 kali lepas baca nota ini.
Saya mahu kata di sini bahawa, sesiapa yang mampu sampaikan nota ini kepada Mantan Perdana Menteri saya itu, dia patut sampaikan.Saya tak tahu cara mana saya boleh sampaikan biar betul-betul sampai kepada dia.Sekian.
Berikut adalah senarai pembabitan Pemimpin UMNO dari dulu hingga sekarang yang didakwa mempunyai kepentingan dalam syarikat judi di negara ini -
1. Dalam Magnum Corporation Sdn Bhd:
Bekas EXCO Pemuda UMNO, Datuk Mohamed Al-Amin Al-Haj.
Jumlah saham - 1,900,000
Bekas Menteri Pelajaran dan bekas Pengarah Magnum Corporation Sdn Bhd, Tan Sri Khir Johari
Jumlah saham - 40,843 (Magnum CO Sdn Bhd) & 6,666 (Magnum 4D)
Bekas Peguam Negara dan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman.
Jumlah saham - 1,666,666
Anak perempuan Tan Sri Abu Talib, Nor Anita Abu Talib.
Jumlah saham - 680,334
2. Dalam Genting Berhad
Bekas Spekaer Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd serta datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tan Sri Noah Omar.
Jumlah saham - 602,318,000 (Resort World Berhad)
Yayasan Noah (kini diwarisi oleh Najib dan Hishammuddin)
Jumlah saham - 3,334,600
Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Othman dan bekas Pegawai Bank, Dato’ Paduka Nik Hashim Yusof menjadi Pengarah Genting Berhad.
Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resort World.
3. Dalam Sports Toto
Sports Toto yang diasaskan pada tahun 1969 dimiliki Tan Sri Vincent Tan, kroni Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia.
Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.
Jumlah saham - 3,500,000 (melalui syarikat nominee iaitu Simsec Nominees)
Dua orang bekas pegawai kanan polis, Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamad Salleh Gomu, adalah Pengarah.
Dipetik daripada buku 'Malaysia, Darul Kasino' oleh Datuk Husam Musa, EXCO Kerajaan Negeri Kelantan
KUALA LUMPUR 20 MEI : Tiga pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Majistret Kluang, Johor atas dua tuduhan menjual kopi mengandungi DNA babi di kafe Kluang Rail Coffee tanpa meletakkan pernyataan kewujudannya pada label pembungkusan kopi itu.
Ketiga-tiga pengarah Rail Passion Sdn Bhd iaitu Lim Jit Chiang, 37, dan abangnya, Lim Jit Tong, 42, serta sepupu mereka, Lim Jit Chen, 58, mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan.
Syarikat pengilang Cheng Hiong Coffee Powder Trading pula menghadapi tuduhan menyedia dan membungkus kopi campuran dalam bungkusan yang belum dibuka dan tidak berlabel untuk jualan kepada Rail Passion.
Laporan Utusan Malaysia hari ini menyebut Jit Chiang, Jit Tong dan Jit Chen didakwa menjual serbuk kopi dalam bungkusan yang mengandungi DNA babi antara pukul 3 petang hingga 4 petang di premis tersebut di Jalan Tasik, Kluang 25 Mac lalu.
Mereka didakwa menjual serbuk kopi dalam bungkusan belum dibuka kepada pegawai Jabatan Kesihatan, Amezatul Aida Mohd. Daim bagi tujuan analisis dan keputusan ujian Jabatan Kimia, Petaling Jaya menunjukkan terdapat DNA babi dalam kopi itu.
Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa menjual 20 peket kopi uncang dalam bungkusan belum dibuka yang mengandungi DNA babi kepada Amezatul Aida bagi tujuan serupa pada masa, tarikh dan tempat yang sama.
Keputusan analisis di Jabatan Kimia turut mendapati wujud DNA babi dalam kopi uncang tersebut.
Bagi kedua-dua pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Peraturan 11(1)(c) Peraturan-Peraturan Makanan 1985 kerana menjual makanan tanpa suatu pernyataan tentang adanya DNA babi pada label bungkusan makanan berkenaan.
Setiap pertuduhan tersebut memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun jika sabit kesalahan.
Sementara itu, syarikat pengilang Cheng Hiong Coffee Powder Trading didakwa atas pertuduhan menyedia dan membungkuskan kopi campuran dalam bungkusan yang belum dibuka dan tidak berlabel itu untuk jualan kepada Rail Passion.
Laporan media itu menambah syarikat tersebut didakwa melakukan kesalahan itu di Kilang Cheng Hiong Coffee Powder Trading di Jalan Mersing, Kluang antara pukul 10.40 pagi hingga 2 petang, 25 Mac lalu.
Dua rakan kongsi syarikat pengilang tersebut, Wong Siew Boey, 52, dan Ong Cheng Ming, 44, mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang sama dikenakan ke atas ketiga-tiga pengarah Rail Passion.
Majistret Norhabsarina Ayob menetapkan 5 Julai ini untuk sebutan semula ketiga-tiga kes berkenaan.
mijie : Dah berpuluh tahun malaun ni jual ni jual kopi perisa babi.Dan dah berpuluh ribu umat islam minum di kedai malaun ni.Sekarang baru bocor rahsia apa yang terkandung dalam kopi keluaran malaun ni.Kau nak jual kopi perisa babi ke,tenuk ke,gajah ke kau punya pasal la - tapi tulislah dengan betul apa kandungan yang kau masukkan.Sepatutnya umat islam yang tertipu dengan hidangan malaun ni turut sama menyaman syarikat malaun ni biar serik.Tak pernah pula aku dengar berlaku penganiayaan agama macam ni di negara lain,warganegara yang dilahirkan di sini dan besar disini dengan masyarakat berbilang agama sanggup menipu penganut agama lain demi mencari keuntungan.Tolonglah kerajaan bagi satu hukuman yang benar benar menyerikkan bagi malaun yang tidak tahu menghormati agama orang lain ini - agar perkara sama tidak lagi terus beulang dan ulang lagi!!
""Meat glue" atau dalam bahasa Melayu diterjemahkan sebagai gam daging menjadi rahsia bagi sesetengah industri pembekalan daging. Ianya digunakan untuk mencantumkan cebisan daging-daging kecil menjadi sebuku daging yang besar dengan pelbagai tujuan.
Apa yang menjadi masalah kepada gam daging ini adalah kesan kepada kesihatan manusia. Ada mikrologis berpendapat bakteria-bakteria yang berada di antara dua permukaan daging yang dicantumkan amat sukar dimusnahkan sewaktu proses memasak daging tersebut. Apa yang lebih membimbangkan adalah sumber bahan yang digunakan untuk membuat gam daging tersebut.
Gam daging diperbuat daripada enzim yang dihasilkan oleh mikroorganisma atau plasma darah babi atau anak kambing yang diproses dalam bentuk serbuk agar lebih mudah digunakan. Jelas di sini timbul soal kesucian daging yang dicantumkan menggunakan gam tersebut.
Bayangkan keuntungan yang diperolehi bagi sesetengah industri yang mengamalkan kaedah ini dengan mencantumkan cebisan-cebisan daging menjadi daging batang pinang yang menjadi kegemaran sesetengah pembeli.
Adalah diharapkan ada pihak tampil ke kehadapan membawa isu ini agar menjadi perhatian pihak kerajaan memandang ianya membawa kesan kesucian dan kebersihan yang serius- tranungkite
KUALA LUMPUR – Seorang bekas anggota polis maut selepas terjatuh dari tingkat 16 sebuah hotel di ibu negara ketika cuba mengelak daripada dicekup sepasukan anggota Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) yang melakukan operasi cegah maksiat di hotel berkenaan awal pagi ini.
Ketika cuba melarikan diri melalui tingkap biliknya yang terletak di tingkat 16 hotel itu di mana dia menginap dengan pasangannya, mangsa yang berumur 49 tahun itu terjatuh di beranda tingkat lima bangunan dalam insiden kira-kira 2 pagi itu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman yang dihubungi hari ini mengklasifikasikan kematian itu sebagai mati mengejut.
Beliau berkata, mangsa mati serta-merta di tempat kejadian dipercayai akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
Zulkarnain berkata, pihak Jawi telah mengambil keterangan daripada pasangan mangsa yang dipercayai janda berumur lingkungan 40-an untuk membantu siasatan dan beliau enggan mendedahkan identiti pasangan terbabit. - Bernama
BOULDER, Amerika Syarikat (AS) - Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam.
Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.
Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.
Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.
Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.
Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalaman ke atas air sedalam beberapa meter itu.
Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.
Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.
Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di Internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE. - Agensi
NI DIA NAMA 2 SYARIKAT YANG DITARIK SIJIL HALAL - SEBARKAN!
PUTRAJAYA: Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia minggu lalu menolak permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) sebuah syarikat pembekal bahan membuat kek, roti dan pastri selepas mendapati ia mengandungi DNA babi dalam dua ramuan yang digunakan oleh syarikat itu.
Dua ramuan terbabit ialah ‘Whole Egg Powder’ dan ‘Whole Milk Powder.’
Difahamkan, syarikat yang beribu pejabat di Eropah itu turut membekalkan roti, kek dan pastri untuk pasar raya besar dan restoran di negara ini. Berikutan itu, Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) meminta semua pemegang dan pemohon baru SHPM yang menggunakan produk keluaran syarikat terbabit mengambil langkah untuk mengelakkan sijil mereka ditarik balik.
“Semua pemegang atau pemohon baru yang menggunakan produk syarikat terbabit diminta menukar produk itu kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf.
“Mereka juga diminta mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan di laman web, semalam.
Selain itu, pemegang dan pemohon baru juga diminta menjalankan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan semak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri - bharian.
MIJIE : ANDA DINASIHATKAN TIDAK MEMBELI KEK DAN ROTI DI PASARAYA DAN KEDAI KEK MILIK BUKAN ISLAM.
Kementerian Kesihatan sedang menjalankan siasatan berhubung laporan sebuah televisyen tempatan berkaitan isu babi yang telah mati yang digunakan untuk menghasilkan makanan yang terproses.
Pengarah Kanan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan, Noraini Mohd Othman, berkata pihaknya memandang serius perkara itu dan sekiranya laporan itu berasas, pihak yang terlibat boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 13A Akta Makanan 1983.
“Seksyen 13A memperuntukkan larangan penyediaan atau penjualan makanan yang mengandungi binatang atau sayuran yang berpenyakit, kotor, reput atau bangar, apa-apa bahagian binatang yang tidak sesuai untuk dijadikan makanan dan hasil binatang yang sudah mati selain kerana disembelih atau sebagai binatang buruan.
“Mana-mana orang yang melanggar seksyen tersebut adalah melakukan kesalahan dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau penjara tidak melebihi lapan tahun atau kedua-duanya,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.
Noraini berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dengan perkara itu supaya menyalurkan maklumat itu menerusi laman web bahagian itu di http://fsq.moh.gov.my atau emel fsq-division@moh.gov.my.
“Kami tidak akan berkompromi berkaitan isu keselamatan makanan dan berharap orang ramai tidak khuatir dengan makanan yang ada di pasaran kerana Kementerian Kesihatan sentiasa memantau tahap keselamatan makanan yang dijual,” katanya.
Isu itu tercetus apabila NTV7 dalam Edisi Siasat Mandarin baru-baru ini mendakwa penternak babi di Tanjung Sepat, Selangor, menjual bangkai haiwan berkenaan untuk menghasilkan makanan seperti sosej, daging salai, dim sum dan pau.
Isu telur tiruan dari negara China pernah hangat baru baru ini. Diam tak diam, negara China yang sememangnya terkenal dengan kepakaran menghasilkan barang tiruan sekali lagi telah menghasilkan satu inovatif baru iaitu menghasilkan daging lembu daripada daging babi.
Media tempatan melaporkan, ekstrak perasa daging lembu di jual di Shanghai dan digunakan di restoran untuk membuat daging lembu palsu. Memasak daging babi mentah dengan bahan aditif selama 90 minit mampu memberikan rasa daging babi kepada daging lembu.
Sebotol ekstrak daging lembu seberat 500 gram dijual dengan harga 20 yuan (RM 9.13) cukup untuk mengubah rasa 25kg daging babi. Harga daging babi adalah setengah daripada harga dari daging lembu, dan ini berpotensi memberi penjimatan lebih dari 1,000 yuan (RM 456.55) jika 25 kg daging digunakan.
Menurut Fang Youzong daripada Jawatankuasa Penasihat Shanghai Food Drug Administration, Bahan penambah rasa ini banyak digunakan untuk memberikan rasa daging lembu didalam mee segera, katanya kepada Times Global. Dan China hanya melarang penggunaan bahan penambah rasa ini kedalam beberapa produk makanan yang meliputi makanan bayi dan susu, kata Fang lagi.
Dan baru-baru ini, sebuah jabatan industri dan perdagangan di Heifei telah mengatakan bahan penambah rasa ”ekstrak daging lembu” yang banyak di edar di pasaran, membolehkan daging ayam diproses menjadi “daging lembu”. Seorang penduduk bandar mendedahkan bahawa “ekstrak daging lembu” telah menjadi ”resepi rahsia” di beberapa restoran-restoran kecil.
Doktor juga telah mengesahkan penggunaan jangka panjang dari bahan penambah rasa ini, boleh menyebabkan keracunan jangka masa panjang, kecacatan, dan juga kanser.
Berikut merupakan proses menghasilkan daging lembu tiruan selama 90 minit:
1: Ekstrak Daging Lembu bermutu tinggi yang membolehkan daging babi menjadi daging lembu.
2: Agen glazing, untuk menghilangkan rasa daging babi. Pek kecil ini cukup untuk 50 kg daging babi.
3: Proses memerap daging babi dilakukan selepas ditambah ekstrak daging lembu
4: Perbezaan daging babi yang telah diekstrak dengan yang asli.
5: Perbandingan antara daging babi asli dan daging lembu palsu selepas dimasak selama 2 jam memasak. Daging babi telah di ekstrak mirip dengan daging lembu.
Tak mustahil ‘kepakaran’ ini akan sampai ke Malaysia. Seeperti telur tiruan yang kita sendiri tak sangka dengan kehadirannya. Soal makanan kita kena lah ambil berat sebab ianya akan sebati dalam badan kita dan menjadi darah daging. - MyChinaViews.com
JERANTUT - Penggunaan bahan meragukan dalam pembuatan kek, menyebabkan sijil halal sebuah kedai kek di sini, ditarik balik, semalam.
Pegawai Bahagian Penyelidikan dan Penguatkuasaan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Jerantut, Dahalan Mohamed berkata, penarikan semula sijil halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu dilakukan setelah pemeriksaan mendapati premis itu melanggar arahan penyediaan makanan Islam.
Menurutnya, pemeriksaan di bahagian dapur premis dilakukan pada 25 April lalu setelah pemilik premis berhasrat untuk memperbaharui sijil halal.
Katanya, bagaimanapun ketika pemeriksaan dilakukan terdapat sebotol ‘wine vineger’ diletakkan bersekali dengan pelbagai bahan pembinaan kek lain.
“Penggunaan bahan tersebut antara yang meragukan, justeru Mesyuarat Panel Pengesahan Tanda Halal Negeri Pahang Kali Ke 4/2011 lalu memutuskan untuk menarik semula sijil halal dikeluarkan.
"Premis menyalahi garis panduan bagi Premis Makanan dan Restoran Hotel, di bawah Perkara 2.6 Keperluan Premis Makanan. Ia menyatakan arak dan ramuan berunsur arak tidak dibenarkan sama sekali berada di kawasan dapur dan premis restoran halal," katanya dalam Operasi Penarikan Sijil Pengesahan Tanda Halal Negeri Pahang, di premis terlibat semalam.
Dahalan berkata, ‘wine vineger’ yang dijumpai diletakkan pengusaha premis bersekali dengan pelbagai bahan pembuatan kek lainnya difahamkan bertujuan untuk menjadikan produk lebih sedap dan tahan lama, namun pengusaha gagal mematuhi arahan dan sensitiviti pengguna Islam di daerah ini.
Sementara itu, Pembantu Hal Ehwal Islam PAID, Zakaria Khalid berkata, penarikan sijil pengesahan tanda halal itu juga turut menetapkan pemilik premis juga dilarang mengguna dan mempamerkan logo halal, dan jika tetap digunakan tindakan undang-undang akan dikenakan.
Menurutnya, penarikan dilakukan PAID itu antara kes pertama di Jerantut bertujuan untuk menyedarkan pemilik premis perniagaan makanan, agar lebih peka kepada penyediaan makanan bagi menjaga sensitiviti pengguna Islam.
“Ia juga untuk menyedarkan orang ramai terhadap isu halal haram yang wajib diketahui dalam penyediaan makanan seharian, yang turut berkaitan dengan Hub Halal Nasional. "Bagaimana pun, pemilik premis boleh membuat permohonan baru untuk mendapatkan sijil pengesahan tanda halal Negeri Pahang yang baru jika terus berminat," katanya.
Zakaria berkata, dengan operasi dilakukan dapat meningkatkan kesedaran orang ramai dan pengusaha premis makanan terhadap pentingnya penyediaan makanan mengikut garis panduan ditetapkan.
Beliau berkata, orang ramai perlu lebih peka dan menyedari pentingnya untuk menjauhi makanan meragukan dan haram, kerana boleh beri masalah kesihatan selain timbulkan perkara negatif lain. - SH
MIJIE : Aku pelik la kenapa media tidak menyiarkan nama kedai dajal yang menipu umat islam macam ni.Tauke kedai yang sudah berpuluh tahun tinggal bersama orang islam di negara ini masih jahil tentang pemakanan umat islam.Langsung tak menghormati umat islam- tau nak untung saja.Kerajaan sepatutnya menyiarkan nama tauke dajal macam ni supaya umat islam boleh memulaukan terus peniaga yang sanggup mempersendakan agama orang lain demi keuntungan.
ALOR GAJAH - Hanya kerana mahu menunaikan solat, seorang pemandu lori sebuah syarikat simen konkrit di Rumbia, dekat sini mendakwa diberhentikan kerja oleh majikannya, kelmarin.
Semuanya kerana dia tiba lewat ke tempat ditujui selepas mengambil sedikit masa singgah di sebuah masjid untuk menunaikan solat Zohor.
Rosli Awang, 49, yang tinggal di Kampung Cerana Putih, Taboh Naning, di sini berkata, kejadian itu ternyata mengecewakannya.
Dia yang juga merupakan seorang pesara tentera tidak menyangka menerima hukuman sedemikian selepas mula berkerja di syarikat terbabit kira-kira tiga minggu lalu.
Menurutnya, dalam kejadian kira-kira 1.40 petang itu, dia memandu lori keluar dari tempat kerjanya di Jalan Lendu, Rumbia untuk menghantar simen konkrit ke Taman Paya Rumput Permai.
“Kerana sudah masuk waktu solat, saya singgah di Masjid Jamek Kampung Paya Rumput sekejap untuk solat Zohor. Ketika itu saya nampak seorang rakan saya memandu lori di belakang sudah memintas lori saya dan menuju ke tempat diarahkan.
“Selesai solat, saya terus sambung kerja menghantar simen konkrit ke tempat diarahkan. Semasa saya menurunkan simen konkrit dari lori, rakan saya itu sudah bersiap sedia hendak bergerak menuju ke tempat kerja semula,” katanya.
Menurutnya, majikannya kemudian menghubunginya bertanya mengapa lewat, sedangkan sudah bergerak awal dari rakannya itu.
“Semasa saya beri penjelasan, dengan marah dia terus putuskan talian telefon. Sampai semula di tempat kerja, majikan memanggil saya ke dalam bilik pejabat,” katanya.
Rosli berkata, dia terkejut apabila majikannya mengarahkan dia membasuh lori berkenaan dan meletakkan ke parkir, sedangkan tugasan masih belum selesai.
“Majikan saya kata, dia tidak suka pekerja ingkar dan menganggap pergi solat sebagai membuang masa. Kemudian dia mengarahkan saya balik rumah dan tidak perlu datang kerja lagi,” katanya.
Berikutan tindakan itu, Rosli membuat laporan di Balai Polis Simpang Ampat, di sini.
RASHIDAH ILYANA dan Zaim Shahrul menunjukkan kain ela yang dibeli oleh arwah ibu mereka untuk dibuat baju raya yang tidak hangus di Taman Sri Guchil, Kuala Krai semalam.
KUALA KRAI: Rumah dan peralatan di dalamnya hangus tetapi apa yang mengejutkan ialah dua naskhah kitab suci al-Quran dan kain ela yang dibeli untuk dibuat baju raya tidak disentuh api.
Itulah penemuan yang dijadikan iktibar oleh seorang anggota tentera, Zamri Hamat, 38, selepas kejadian menyayat hati membabitkan isterinya, Rafidah Ismail, 36, rentung di rumah mereka di Taman Sri Guchil di sini kelmarin.
Dalam kejadian itu, Rafidah sempat mengeluarkan tiga anaknya, Rashidah Ilyana Zamri, 7, Zaim Shahrul Zamri, 6, dan Zaim Iqbal Zamri, 2, dengan memecahkan cermin serta membengkokkan besi tingkap.
Zamri yang bergegas pulang dari Perak memberitahu, kedua-dua naskhah kitab suci tersebut disimpan dalam kotak dan kain itu pula dilipat bersebelahan dengan kotak berkenaan di dalam sebuah almari.
"Saya hairan kerana almari tersebut dan barang-barang lain di dalamnya semua hangus tetapi dua naskhah al-Quran itu dan kain ela arwah isteri saya tidak terbakar,'' cerita Zamri ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.
Dia membeli kedua- dua naskhah al-Quran itu semasa bertugas di Lebanon pada tahun 2009.
Lima helai kain ela itu dibeli oleh Rafidah di Kota Bharu dua minggu lalu dan disimpan dalam almari tersebut tanpa dibungkus.
Mengenang kembali kejadian itu, Zamri memberitahu, arwah mungkin sukar meloloskan diri melalui tingkap itu disebabkan dia bertubuh besar dengan berat badan kira-kira 85 kilogram.
-kosmo-
Apabila tajuk ini dihuraikan maka ramai dikalangan kita sukar untuk membaca disebabkan ketakutkan penghuraian ini akhirnya MATI.
Firman Allah SWT; Bermaksud; "Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu mati maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan"
(Surah Al-Baqarah : Ayat 28)
Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud .Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.
Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.
Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.
Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :
Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.
Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
PENUTUP
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.
Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh Mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain.
Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak 5 Kali
1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dgn selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yg gelap, maka terangilah aku dgn selalu sembahyang malam.
3. Aku rumah penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yg menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan "Laa illallah, Muhammadur Rasulullah" supaya kamu dapat jawapan kepadanya.