Google+ Followers

Wednesday, May 18, 2011

Video : 'Gam daging' bakal cetus konflik kesihatan!

""Meat glue" atau dalam bahasa Melayu diterjemahkan sebagai gam daging menjadi rahsia bagi sesetengah industri pembekalan daging. Ianya digunakan untuk mencantumkan cebisan daging-daging kecil menjadi sebuku daging yang besar dengan pelbagai tujuan.

Apa yang menjadi masalah kepada gam daging ini adalah kesan kepada kesihatan manusia. Ada mikrologis berpendapat bakteria-bakteria yang berada di antara dua permukaan daging yang dicantumkan amat sukar dimusnahkan sewaktu proses memasak daging tersebut. Apa yang lebih membimbangkan adalah sumber bahan yang digunakan untuk membuat gam daging tersebut.

Gam daging diperbuat daripada enzim yang dihasilkan oleh mikroorganisma atau plasma darah babi atau anak kambing yang diproses dalam bentuk serbuk agar lebih mudah digunakan. Jelas di sini timbul soal kesucian daging yang dicantumkan menggunakan gam tersebut.

Bayangkan keuntungan yang diperolehi bagi sesetengah industri yang mengamalkan kaedah ini dengan mencantumkan cebisan-cebisan daging menjadi daging batang pinang yang menjadi kegemaran sesetengah pembeli.

Adalah diharapkan ada pihak tampil ke kehadapan membawa isu ini agar menjadi perhatian pihak kerajaan memandang ianya membawa kesan kesucian dan kebersihan  yang serius- tranungkite





Got a friend who uses Facebook and Twitter? Invite them and earn RM 1 for every friend who joins and shares a campaign. ada ramai kawan guna facebook dan twitter? jemput mereka dan untung RM1 untuk setiap kawan yang menyertai dan berkongsi kempen ini.Tak guna modal 1sen pun.klik sini untuk menyertai.
Jana pendapatan sambilan dengan churpchurp-tanpa modal.Setiap satu klik di bayar 20sen

No comments:

Post a Comment

Harap anda dapat tinggalkan sedikit komen untuk bertukar pendapat.Penggunaan bahasa lucah dan kasar tidak dibenarkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget