Google+ Followers

Monday, May 16, 2011

Maharaja Lawak : Amir tersingkir akhirnya


Amir gagal memberikan persembahan lawak yang berkualiti.
KUALA LUMPUR: Peserta Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 23 tidak menyangka bahawa dirinya disingkir, selepas diumumkan tersingkir oleh juri tetap Ahmad Idham pada minggu ketujuh program tersebut, Jumaat.
Amir yang sering dianggap gagal mempersembahkan lawak yang berkualiti bagaimanapun, menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka.
"Walaupun persembahan saya dianggap tidak lawak, saya percaya orang masih terhibur dengan persembahan saya.
"Lagipun saya rasa, penonton suka dengan persembahan saya. Apa-apa pun, saya akur dengan keputusan ini," katanya yang ditemui selesai pertandingan tersebut di Studio Finas, Ulu Kelang.
Selepas penyingkiran tersebut, pengacaranya, AC Mizal, membuat pengumuman bahawa semua peserta Maharaja Lawak yang tersingkir sebelum ini berpeluang untuk kembali ke program itu semula menerusi Undian Masuk di laman Facebook rasmi Maharaja Lawak iaitu www.facebook.com/MaharajaLawak .
Barisan peserta yang berjaya meneruskan pertandingan Maharaja Lawak pada minggu hadapan.
Kata Amir, undian masuk tersebut sudah pun dijangka akan berlaku dan berharap mendapat peluang kedua untuk membuat persembahannya jika dirinya diundi.
Format Undian Masuk itu sekaligus memberi peluang kepada kumpulan Wai, R2, XN3, Alex, Jihan termasuklah Amir beraksi pada minggu hadapan.
Pada malam pertandingan tersebut, kumpulan Jambu telah mendapat markah tertinggi sebanyak 60 peratus (%), kumpulan Jozan (58%), kumpulan Sepah (54%), Nabil (52%), kumpulan Balas (42%) dan Man mendapat markah 40%.
Persembahan pada malam itu bertemakan silent comedy dan antara peserta yang mendapat pujian daripada pihak juri ialah kumpulan Balas, Jambu, Jozan dan Sepah.
Bagaimanapun, persembahan Nabil yang dinanti-nantikan itu gagal memikat hati penonton.
Program Maharaja lawak disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Warna pada setiap Jumaat.

 mijie : Aku agak astro sengaja menyimpan amir selama ni hanya untuk menaikkan rating undi.

No comments:

Post a Comment

Harap anda dapat tinggalkan sedikit komen untuk bertukar pendapat.Penggunaan bahasa lucah dan kasar tidak dibenarkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget