Saturday, February 12, 2011

Ciptaan terbaru : Jam dinding guna serangga mengantikan bateri

Pengkaji dari Bristol Robotics Laboratory, England berjaya membuat jam dinding yang tidak menggunakan bateri atau sumber letrik untuk bergerak.
Ia mendapatkan tenaga dari serangga yang ia “makan”.
Seperti dipetik dari Npr, 10 Februari 2011, untuk menangkap lalat, jam tersebut mempunyai perangkap yang berputar. Perangkap tersebut dilapisi madu yang pekat.
“Jam ini beroperasi seperti penangkap lalat biasa. Lalat yang tertarik akan menghampiri madu lalu mendarat di perangkap itu. Ia kemudian akan melekat di sana,” kata Chris Melhuish, pengkaji dari Birstol Robotics.
Perangkap pada jam tersebut berputar secara perlahan-lahan dan di bahagian bawahnya terdapat pisau yang akan memotong setiap serangga yang tersangkut di jarum.
“Setelah dipotong, serangga akan dijatuhkan ke dalam sel bahan bakar di bahagian bawah. Perangkat inilah yang mengubah bahan organik menjadi tenaga,” kata Melhuish.
Menurut Melhuish, idea dari jam tersebut datang dari tanaman yang menjadikan serangga sebagai mangsa untuk dijadikan sumber tenaga.
“Kami ingin membuat alat yang boleh mencari sumber tenaganya sendiri dari kawasan sekeliling” kata Melhuish. “Khususnya di kawasan yang tidak terjangkau sinar matahari,” katanya.


Melhuish menyebutkan, jam karnivora yang dicipta itu memang baru merupakan prototipe. Semasa ujian, lapan ekor lalat yang ia tangkap akan memberi tenaga yang cukup untuk membuat jam itu boleh beroperasi selama 12 jam.


“Ia memang belum mampu menangkap banyak lalat untuk memberi tenaga bagi motor yang ada di bahagian atas ataupun jam digitalnya. Namun ini baru langkah awal,” ucap Melhuish.Bogornet
mijie - banyaklah yang jual madu lepas ni....macam2..

No comments:

Post a Comment

Harap anda dapat tinggalkan sedikit komen untuk bertukar pendapat.Penggunaan bahasa lucah dan kasar tidak dibenarkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...