Gempa bumi yang berlaku tidak jauh dari perairan jepun yang berukuran 8.8 pada skala Richter telah menghasilkan ombak tsunami setinggi 7.3 meter di daerah Fukushima, JEPUN. Manakala ombak tsunami setinggi 4 meter dilaporkan melanda beberapa daerah di bahagian timur laut Jepun.
Gempa bumi yang berlaku berhampiran pulau Honshu iaitu pulau utama di Jepun yang menempatkan bandar-bandar utama di sini telah menyebabkan pihak Jepun mengeluarkan amaran tsunami setinggi 10 meter. Gempa bumi ini adalah yang terburuk melanda Jepun dalam masa 140 tahun.
Setakat ini, jumlah yang terkorban adalah mencecah sehingga 385 orang. Sangat sedikit jika dibandingkan dengan apa yang berlaku di Acheh dan Lautan Hindi ysng mengorbankan berpuluh-puluh ribu orang.
Tsunami di Acheh pula adalah berkekuatan lebih besar. Lebih 9.3 pada skala Richter yang menghasilkan ombak setinggi 9 meter. (atas kapasiti bahawa terletak jauh sedikit daripada tempat berlakunya gempa bumi) Tsunami yang berlaku di Lautan Hindi telah menyebabkan kematian lebih 230 000 orang, kematian yang terbesar dalam sejarah.
Berlainan pula di Jepun, dalam kedahsyatan aliran tsunami itu, siapa sangka jumlah kematian tidakpun sampai seribu orang. Apa yang kita lihat cuma bangunan, rumah dan kenderaan yang musnah di bawa gelombang tsunami. Sungguh pelik kan?
Namun perkara ini tidaklah pelik melihat kepada sistem amaran dan pengesanan gempa bumi dan tsunami yang dimiliki oleh Jepun. Mereka memiliki sistem amaran yang paling canggih di dunia. Dan paling cekap dalam mengendalikan sebarang bencana yang mungkin tercetus di negara mereka. (mengambil kira bahawa Jepun terletak di Lingkaran Api Pasifik.)
Kecekapan Agensi Meteorikal Jepun sangatlah menakjubkan. Dari sistem amaran awal, sistem amaran berpusat yang mereka miliki sangat membantu dalam mengurangkan kehilangan nyawa di kalangan para penduduknya.
Walaupun kedudukan Bandar tokyo juga berhampiran kawasan tersebut, namun bandaraya tokyo dilindungi oleh teluk Tokyo yang bersifat bagaikan tembok yang membantu menangkis gelombang tsunami daripda melanda bandar tersebut.
Berita terkini setakat ini, Jepun akan melepaskan bahan radioaktif dari loji tenaga nuklearnya. Semua orang tahu bahayanya sisa radioaktif yang dibebaskan. Penduduk yang berada di sepanjang 3 kilometer dari loji tersebut dinasihatkan untuk berhati-hati.
Got a friend who uses Facebook and Twitter? Invite them and earn RM 1 for every friend who joins and shares a campaign. ada ramai kawan guna facebook dan twitter? jemput mereka dan untung RM1 untuk setiap kawan yang menyertai dan berkongsi kempen ini.Tak guna modal 1sen pun.klik sini untuk menyertai.
No comments:
Post a Comment
Harap anda dapat tinggalkan sedikit komen untuk bertukar pendapat.Penggunaan bahasa lucah dan kasar tidak dibenarkan.