Google+ Followers

Friday, March 25, 2011

Kelantan Terbaik SPM Sejak 7 Tahun

KOTA BHARU – Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negeri ini yang diumumkan semalam, mencatatkan peningkatan Gred Purata Negeri (GPN) iaitu 5.15 mengatasi Gred Purata Nasional iaitu 5.19 dan pencapaian yang terbaik untuk tempoh tujuh tahun.
Pengarah Pelajaran Negeri, Hussain Awang berkata, dari segi peratusan calon yang layak mendapat sijil (merujuk kepada Bahasa Melayu), Kelantan juga berjaya mengatasi peringkat nasional iaitu 93.73 peratus berbanding peringkat nasional sebanyak 91.2 peratus, mengatasi sebanyak 2.53 peratus.
“Seramai 278 calon daripada jumlah keseluruhan yang mengambil SPM tahun lalu iaitu 35,594 calon mendapat keputusan cemerlang.
“Jumlah tersebut mewakili 0.98 peratus keseluruhan calon sekolah kerajaan pada tahun 2010 berbanding tahun lalu seramai 307 calon memperoleh kecemerlangan iaitu (7+ dan 300 orang cemerlang sekurang-kurangnya A-) yang mewakili 1.03 peratus pada tahun tersebut,” katanya pada sidang media pada majlis pengumuman SPM di Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan, semalam.
Beliau berkata, enam pelajar memperoleh cemerlang tertinggi iaitu semua A+ manakala 272 orang cemerlang dengan sekurang-kurangnya semua A- bagi semua mata pelajaran yang diambil,”
“Jumlah tersebut mewakili 0.98 peratus keseluruhan calon sekolah kerajaan pada tahun 2010 berbanding tahun lalu seramai 307 calon memperoleh kecemerlangan iaitu (7+ dan 300 orang cemerlang sekurang-kurangnya A-) yang mewakili 1.03 peratus pada tahun tersebut.
“Pada tahun ini juga terdapat 59 sekolah mengatasi peratus calon yang layak mendapat sijil peringkat negeri dengan 22 sekolah mencapai peratus kelulusan 100 peratus berbanding tahun lalu sebanyak 18 sekolah,” katanya.
Hussin berkata, sekolah terbaik Sekolah Menengah (SM)Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Bharu, Sekolah Menengah.
Beliau berkata, enam pelajar daripada Sekolah Kawalan Jabatan Pelajaran Negeri, Sekolah Kawalan Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah harian biasa muncul pelajar terbaik Kelantan apabila berjaya mencatat keputusan cemerlang tertinggi iaitu memperoleh semua A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil,” katanya.
Menurutnya, keenam-enam pelajar itu adalah Faiz Ziad Zainuddin (10A+) dan Liew Hong Kheng (10A+) kedua-duanya dari Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu; Song Chai Lin (10A+) dari Sekolah Menengah Kebangsaan (C) Chung Hwa, Kota Bharu; Mohd Izzat Syameer Mohd Zaid(11A+) dari Sekolah Menengah Agama Lati, Pasir Mas; Imran Ariffin (10A+) dai Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang bemban, Pasir Mas dan Salina A/P Sangguan (10A+) dari SMK Sultan Ibrahim (1), Pasir Mas
“Terdapat seorang pelajar Orang Asli yang memperolehi pencapaian membanggakan apabila memperoleh pencapaian 7A iaitu Reymond Bah Ayoh dari SMK Tengku Indra Petra, Gua Musang.
“Manakala seorang pelajar rabun (keperluan khas), Muhammad Abdul Hadi Othman dari SMKA Falahiah, Pasir Pekan, Tumpat diumumkan sebagai pelajar terbaik calon istimewa dengan memperoleh keputusan 5A,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my

No comments:

Post a Comment

Harap anda dapat tinggalkan sedikit komen untuk bertukar pendapat.Penggunaan bahasa lucah dan kasar tidak dibenarkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget