Thursday, March 3, 2011

MAYBANK2U DAN RISIKO PENIPUAN

Go to fullsize imageKuala Lumpur – Pelanggan perbankan Internet dinasihatkan supaya berhati-hati kerana penipuan melibatkan perkhidmatan tersebut terutama Maybank2u meningkat lima kali ganda pada tahun lalu.

Penolong Pengarah Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Asisten Komisioner Kamarudin Md. Din berkata, sepanjang tahun lalu, polis telah menerima sebanyak 353 kes penipuan dengan kerugian sebanyak RM1.2 juta membabitkan perbankan Internet.

Menurut beliau, jumlah tersebut meningkat mendadak berbanding tahun 2009 iaitu polis hanya menerima sebanyak 75 kes membabitkan kerugian sebanyak RM215,131.

“Penjenayah perbankan Internet akan menggunakan teknik phishing iaitu dengan mewujudkan satu laman web palsu sesebuah bank dan menghantar e-mel kononnya mengenai keselamatan akaun (Security Alert).

E-mel itu meminta pengguna mengemaskini akaun mereka kononnya untuk mengelakkan sebarang penipuan pihak tidak bertanggungjawab,” kata beliau di sini semalam.

Kamarudin memberitahu, ketika membuat proses kemaskini itu, pengguna akan diminta supaya memasukkan beberapa data peribadi seperti nama, kata laluan dan nombor TAC (nombor empat digit pengesahan transaksi). -kosmo

Got a friend who uses Facebook and Twitter? Invite them and earn RM 1 for every friend who joins and shares a campaign. ada ramai kawan guna facebook dan twitter? jemput mereka dan untung RM1 untuk setiap kawan yang menyertai dan berkongsi kempen ini.Tak guna modal 1sen pun.klik sini untuk menyertai.

No comments:

Post a Comment

Harap anda dapat tinggalkan sedikit komen untuk bertukar pendapat.Penggunaan bahasa lucah dan kasar tidak dibenarkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...