Thursday, March 24, 2011

TAHNIAH DATUK M.NASIR

M-NASIR
KUALA LUMPUR – Mohamad Nasir bin Mohamad atau M. Nasir yang cukup popular dengan gelaran sifu dikurniakan pingat Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran Datuk oleh Istana Pahang.

Menurut blog hiburan
http://www.gua.com.my, Nasir yang pernah dianugerahkan Ahli Mangku Negara (AMN) oleh Yang DiPertuan Agong pada tahun 1996 mendapat pingat tersebut pada majlis penganugerahan berlangsung di Pekan, Pahang hari ini.

Sebelum ini, Nasir merupakan antara anak seni yang meraih pelbagai anugerah termasuk pada Anugerah Industri Muzik, Anugerah Juara Lagu dan Festival Filem Malaysia.

Nasir merupakan pencipta ratusan lagu antaranya Mentera Semerah Padi, Fantasia Bulan Madu, Ghazal Untuk Rabiah, Nurnilam Sari dan banyak lagi. Turut terpilih sebagai Ketua Juri di Anugerah Juara Lagu 25 yang berlangsung awal tahun ini, katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, laman blog
http://www.ohbulan.com berkata, masih belum ada pengumuman rasmi daripada M.Nasir sendiri, namun ada ura-ura di twitter tadi yang menyebut bahawa Nasir kini sudah bergelar Datuk.

Nasir yang dilahirkan pada 4 Julai 1957 di Singapura merupakan pengasas Kumpulan Kembara pada tahun 80-an dan kini adalah pemilik Luncai Emas Sdn Bhd dan pernah menjadi Pengetua Akademi Fantasia 3.

Selaku menjadi komposer, Nasir juga adalah insan yang bertanggungjawab terhadap kegemilangan artis-artis terulung tanah air seperti Alleycats, Search, Wings, Ella, Ziana Zain, Hattan, Spider, Mawi, Misha Omar dan Dato’ Siti Nurhaliza.

DIPETIK DARI mynewshub


No comments:

Post a Comment

Harap anda dapat tinggalkan sedikit komen untuk bertukar pendapat.Penggunaan bahasa lucah dan kasar tidak dibenarkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...