Thursday, March 17, 2011

Tiara Jacquelina tidak terjejas dengan gosip suami dan Maya Karin


f_02gustri

PETALING JAYA – Gosip liar mengenai hubungan Datuk Seri Dr. Mohd. Effendi Norwawi dengan aktres Maya Karin tidak sedikit pun menjejaskan kehidupan Datin Seri Tiara Jacquelina Eu Abdullah.

Sebaliknya, aktres dan penerbit terkenal ini menyifatkan dia wanita yang paling bertuah kerana mempunyai seorang suami sebaik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

“Apa yang boleh saya katakan, saya wanita paling bertuah di dunia ini kerana memiliki seorang suami sebaik beliau.

“Malah, tiada seorang isteri yang dapat memiliki cinta seperti mana yang dicurahkan oleh suami saya,” katanya pada sidang akhbar pelancaran teater muzikal terbaru terbitannya, The Secret Life of Nora di sini malam ini.

Tiara mengulas mengenai gosip antara Maya bersama Mohd. Effendi yang heboh diperkatakan.

Sebelum ini Maya, 30, menafikan dan menganggap gosip itu sebagai sesuatu yang tidak berasas dan langsung tidak masuk akal kerana dalam zaman serba moden ini, sesiapa sahaja boleh menyampaikan apa jua berita tanpa usul periksa terlebih dahulu.

Dalam pada itu, Tiara turut menegaskan, sebagai seorang yang sudah lama dalam industri ini beliau sudah lali menghadapi cerita-cerita seperti itu.

“Saya sudah lali dengan gosip seperti ini, ini sudah menjadi lumrah dalam kehidupan artis,” katanya.
dipetik dari - mynewshub

Got a friend who uses Facebook and Twitter? Invite them and earn RM 1 for every friend who joins and shares a campaign. ada ramai kawan guna facebook dan twitter? jemput mereka dan untung RM1 untuk setiap kawan yang menyertai dan berkongsi kempen ini.Tak guna modal 1sen pun.klik sini untuk menyertai.

Jana pendapatan sambilan dengan churpchurp-tanpa modal.Setiap satu klik di bayar 20sen.

No comments:

Post a Comment

Harap anda dapat tinggalkan sedikit komen untuk bertukar pendapat.Penggunaan bahasa lucah dan kasar tidak dibenarkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...