Wednesday, April 13, 2011

Bapa Francesca Peter meninggal dalam Islam

Go to fullsize imageDUNGUN: Mohamad Gaberial Peter Abdullah, 78, bapa kepada penyanyi popular tanah air, Francesca Peter, ditemui mati dalam sebuah bilik di rumahnya, di Taman Sri Dungun, di sini, kelmarin.

Allahyarham memeluk Islam pada 2007 tinggal bersendirian ditemui rakan anak lelakinya, Rajasigaram Ramalingan, sebaik membuat pemeriksaan di rumah itu, jam 10.30 malam. Sebelum kejadian, anak lelakinya, John Josept Peter, yang tinggal tidak jauh dari rumah mangsa dan berada di Kuala Lumpur dipercayai atas urusan perniagaan, curiga dan minta rakan menjenguk bapanya selepas beberapa panggilan telefon tidak berjawab. Rajasigaram pergi ke rumah Mohamad Gaberial yang pernah menjadi pemberita sambilan kumpulan akhbar ini pada 1980-an, dan mendapati Allahyarham tertiarap berhampiran katilnya.

Beliau yang terkejut dengan kejadian itu, kemudian pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun untuk membuat laporan, jam 11.10 malam.

Sebaik menerima laporan itu, lima anggota diketuai Sarjan Mejar, Abdul Halim Zakaria bergegas ke rumah mangsa membuat pemeriksaan.

Allahyarham ditemui tertiarap di tepi katil di dalam bilik di rumah itu dengan sebelah tangannya cuba mencapai alat penyedut pesakit asma yang berada di atas meja. Turut ditemui di sisi mangsa yang berpakaian kemeja dan berseluar pendek, kad pengenalan, buku akaun bank serta wang tunai RM450.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dungun, Deputi Superintendan Ismail Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya, mayat Mohamad Gaberial kemudian dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk pemeriksaan.

“Polis sudah memaklumkan kepada anak lelakinya berhubung kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah,” katanya.

Ahli keluarga Allahyarham termasuk Francesca dan adiknya Bibiana, dilihat berada di Jabatan Forensik Hospital Dungun. Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sura Tengah, jam 3 petang semalam.

Got a friend who uses Facebook and Twitter? Invite them and earn RM 1 for every friend who joins and shares a campaign. ada ramai kawan guna facebook dan twitter? jemput mereka dan untung RM1 untuk setiap kawan yang menyertai dan berkongsi kempen ini.Tak guna modal 1sen pun.klik sini untuk menyertai. Jana pendapatan sambilan dengan churpchurp-tanpa modal.Setiap satu klik di bayar 20sen

FILEM YANG MEMBUATKAN JATUH BIJI MATA ANDA!

Microsoft akan memilih 2 orang setiap minggu untuk mengembara mengelilingi dunia!

No comments:

Post a Comment

Harap anda dapat tinggalkan sedikit komen untuk bertukar pendapat.Penggunaan bahasa lucah dan kasar tidak dibenarkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...