Hasil dari siasatan lanjut saya, teman saya memaklumkan dia telah mendaftar diri sebagai peserta MLM gelang AC Mizal kira-kira setahun yang lalu. Isu yang timbul ialah beliau masih belum mendapat sebarang pulangan sepertimana yang telah digembar gemburkan semasa ceramah produk. Mengikut AC, peserta hanya perlu mendaftar dan membeli gelang sahaja, manakala pihak syarikat AC akan menjalankan tugas2 promosi dan mencari kaki-kaki untuk diletakkan di bawah si pembeli tadi. Sistem komputer pula akan meletakkan pelanggan-pelanggan baru secara automatik di bawah kawan saya tadi mengikut sistem piramid. Pulangan akan mula diperolehi apabila piramid lengkap terbentuk.Apabila saya bertanya kepada teman, sudah berapa ramai AC letakkan orang di bawahnya, beliau menjawab sudah ada kira-kira 1000 lebih peserta. WOW! Mengikut perkiraan, teman saya itu sepatutnya sudah menjadi kaya dan mampu membeli ferrari seperti AC, tetapi jawapan yang diberi beliau, AC hanya mengisi nama2 peserta baru secara automatik secara menegak di sebelah kiri sahaja. Maksudnya, walau sejuta orang pun di daftarkan di bawah beliau, tetapi sampai kiamat pun piramid takkan terbentuk! SO SEKARANG NI GELANG KEMANA, DUIT KEMANA, AC DIMANA.. -izyan.com




No comments:
Post a Comment
Harap anda dapat tinggalkan sedikit komen untuk bertukar pendapat.Penggunaan bahasa lucah dan kasar tidak dibenarkan.