Friday, April 15, 2011

Kes Teoh : Guard jawab soalan pakai skrip...

Saksi Nafi Dapat Tunjuk Ajar Pegawai SPRM Untuk Beri Keterangan

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Seorang saksi pada Khamis menafikan yang beliau diberi tunjuk ajar oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan pada prosiding Suruhanjaya Siasatan kematian Teoh Beng Hock.

Mohd Khairuddin Denan, 56, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di bangunan SPRM, Selangor menolak saranan peguam Cheow Wee dari Majlis Peguam selepas beliau dilihat sesekali merujuk kepada nota bertaip yang berada di hadapannya ketika memberi keterangan.

Cheow kemudian mengambil nota itu daripada Mohd Khairuddin dan membacakan isi kandungan yang tertera pada nota berkenaan di hadapan panel suruhanjaya itu.

Antara isi kandungan nota itu ialah "saya lihat dia baik, dia tidak mencurigai anggapan saya dia adalah saksi walaupun dia keseorangan ketika itu," "mana En Khairuddin tahu dia tidak mencurigai?", "saya tidak dengar bunyi apa-apa ketika pelawat lalu di bahagian pentadbiran".

Ketika disoal Choew siapa yang menyediakan nota tersebut, Mohd Khairuddin berkata: "Saya sendiri yang menyediakan nota berkenaan".

Namun, jawapan yang diberikan oleh Mohd Khairuddin menimbulkan rasa kesangsian terhadap suruhanjaya kerana di awal prosiding saksi itu memaklumkan beliau tidak mahir menggunakan komputer.

Cheow: "Kamu kata kamu tidak pandai sangat menggunakan komputer, tetapi siapa yang menaip nota ini kerana susunan ayat dan ejaan yang digunakan agak bagus?

Mohd Khairuddin: "Saya yang taip nota itu dengan menggunakan komputer di pejabat saya dan saya boleh taip sikit-sikit sebab sebelum ini saya pernah membuat jadual untuk duty kerja saya".

Mohd Khairuddin turut menjelaskan bahawa tulisan tangan yang tertera perkataan "Yang Arif menyoal saya di luar bidang tugas saya. Saya pengawal keselamatan" di belakang kertas nota bertaip itu ditulis sendiri tanpa diajar oleh sesiapa.

Beliau turut menafikan dakwaan pengerusi suruhanjaya, Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen terdapat pegawai SPRM yang meminta Mohd Khairuddin menulis nota berkenaan.

Di awal prosiding, Mohd Khairuddin memberitahu suruhanjaya bahawa beliau ternampak kelibat seorang lelaki Cina yang melalui jalan di bahagian pentadbiran di pejabat SPRM ketika beliau (Mohd Khairuddin) berada di lobi pejabat berkenaan.

"Saya tidak nampak jelas muka lelaki itu kerana saya hanya lihat sepintas lalu, namun saya pasti lelaki berkenaan berbangsa Cina," kata Mohd Khairuddin yang bertugas di pejabat itu mulai 12 tengah malam hingga 8 pagi pada 16 Julai 2009.

Mohd Khairuddin turut menafikan beliau hanya mereka-reka cerita dan memberi keterangan yang tidak benar apabila memberitahu suruhanjaya beliau nampak kelibat seorang lelaki Cina pada hari berkenaan.

Ketika disoal Cheow mengapa perkara itu tidak dinyatakan dalam rakaman percakapan yang diambil polis beberapa hari selepas kematian Teoh, beliau menjelaskan bahawa pihak polis tidak bertanyakan mengenai hal itu kepadanya.

Selain itu, Mohd Khairuddin turut memaklumkan kepada suruhanjaya bahawa beliau tidak mendengar sebarang jeritan, bunyi orang bergaduh dan juga tidak mendengar orang bercakap ketika beliau bertugas di pejabat SPRM pada hari kejadian.

Teoh, 30, setiausaha politik exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Selain Foong, suruhanjaya itu turut dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk T.S. Nathan, Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh dan Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom.

Prosiding disambung Isnin ini. -- BERNAMA


Got a friend who uses Facebook and Twitter? Invite them and earn RM 1 for every friend who joins and shares a campaign. ada ramai kawan guna facebook dan twitter? jemput mereka dan untung RM1 untuk setiap kawan yang menyertai dan berkongsi kempen ini.Tak guna modal 1sen pun.klik sini untuk menyertai.
 Jana pendapatan sambilan dengan churpchurp-tanpa modal.Setiap satu klik di bayar 20sen

FILEM YANG MEMBUATKAN JATUH BIJI MATA ANDA!

Microsoft akan memilih 2 orang setiap minggu untuk mengembara mengelilingi dunia!

No comments:

Post a Comment

Harap anda dapat tinggalkan sedikit komen untuk bertukar pendapat.Penggunaan bahasa lucah dan kasar tidak dibenarkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...