KUALA LUMPUR — Seorang anggota polis berpangkat konstabel ditemui mati dengan satu kesan tembakan di kepala di kuarters balai polis Salak Selatan di sini, hari ini.
Ku berkata, polis turut menemui sepucuk pistol jenis .38 berhampiran mangsa.
“Siasatan awal, polis tidak menemui unsur jenayah pada badan mangsa. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
“Mangsa yang berasal dari Perak itu masih bujang dan sudah berkhidmat lima tahun dalam pasukan polis tanpa sebarang masalah disiplin,” katanya.
Mangsa dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk dibedah siasat.
-THE MALAYSIAN INSIDER
Jana pendapatan sambilan dengan churpchurp-tanpa modal.Setiap satu klik bayar 20sen.
No comments:
Post a Comment
Harap anda dapat tinggalkan sedikit komen untuk bertukar pendapat.Penggunaan bahasa lucah dan kasar tidak dibenarkan.