Monday, April 4, 2011

Seribu mayat berselerak di sekitar reaktor Tenaga Nuklear Fukushima

Pihak berkuasa di Jepun mengatakan, seribu mayat yang berselerak di sekitar reaktor Tenaga Nuklear Fukushima tidak dapat dikumpulkan oleh pasukan penyelamat kerana mayat tercemar dengan radioaktif, agensi berita Kyodo melaporkan pada Jumaat (1/4/2011).


Mangsa terbunuh akibat bencana gempa bumi dan tsunami dahsyat yang melanda kawasan bahagian timur laut Jepun pada pertengahan Mac tercemar ketika radiasi mulai bocor dari reaktor yang rosak. "Setelah mangsa mati, mayat mereka terkena radiasi sangat tinggi," kata satu sumber oleh pihak polis.


Sejumlah pakar secara berasingan membenarkan keterangan itu dengan mengatakan, mereka telah menyemak tahap radiasi yang tinggi ke atas mayat yang ditemui di Okuma sejauh 5 kilometer dari reaktor.


Polis memberi amaran bahawa pengumpulan mayat dapat menyebarkan pencemaran radiasi keluar dari kawasan selamat yang ditetapkan sejauh 20 km.


Sementara itu, lebih dari 11000 orang terbunuh dan 16500 orang lainnya masih hilang akibat bencana gempa dan tsunami. (kompas)

Jana pendapatan sambilan dengan churpchurp-tanpa modal.Setiap satu klik di bayar 20sen.

No comments:

Post a Comment

Harap anda dapat tinggalkan sedikit komen untuk bertukar pendapat.Penggunaan bahasa lucah dan kasar tidak dibenarkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...