Sunday, May 8, 2011

Anak bekas model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarno hilang



Anak sulung bekas model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarno, yang dilapor hilang semalam dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Perak.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput Supt Azman Salim berkata kehilangan Muhammad Azfar Muhammad Affandi, 9, disedari pada pukul 12 tengah hari semalam oleh keluarganya lalu melaporkan kepada polis.

Gerakan mencari dengan bantuan pasukan bomba, Jabatan Pertahanan Awam, Rela dan penduduk kampung sehingga tengah malam tadi gagal menemui kanak-kanak itu, katanya dipetik laporan Bernama hari ini.

Menurut Azman, Azfar dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Perak kerana ketika kejadian dia tinggal di inap desa milik keluarga mereka di sini yang terletak berhampiran sungai itu.

Got a friend who uses Facebook and Twitter? Invite them and earn RM 1 for every friend who joins and shares a campaign. ada ramai kawan guna facebook dan twitter? jemput mereka dan untung RM1 untuk setiap kawan yang menyertai dan berkongsi kempen ini.Tak guna modal 1sen pun.klik sini untuk menyertai.

No comments:

Post a Comment

Harap anda dapat tinggalkan sedikit komen untuk bertukar pendapat.Penggunaan bahasa lucah dan kasar tidak dibenarkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...