Google+ Followers

Saturday, May 21, 2011

Bom 20 kg meletup di Yala

BANGKOK: Sembilan orang termasuk seorang pegawai polis cedera dalam dua letupan bom di Narathiwat hari ini.
Ketua Polis Sungai Padi, Kol Polis Pirapol Na Pathalung berkata sebuah bom seberat lima kilogram dari sebuah motosikal yang diparkir di bandar Sungai Padi, Yala meletup kira-kira 10.20 pagi tetapi tidak mencederakan sesiapa.

"Lima minit kemudian, bom kedua seberat 20 kilogram yang tersembunyi di dalam sebuah kereta yang diletakkan 40 meter dari situ diletupkan pula sehingga mencederakan semua mangsa," katanya.
Letupan kedua turut merosakkan beberapa rumah kedai dan kenderaan.

Pirapol berkata dua belia telah ditahan berhubung kejadian tersebut.

Lebih 4,000 orang terkorban sejak pihak pemisah dikatakan meneruskan semula kegiatan mereka di wilayah Narathiwat, Pattani dan Yala tujuh tahun lalu. -metro

Got a friend who uses Facebook and Twitter? Invite them and earn RM 1 for every friend who joins and shares a campaign. ada ramai kawan guna facebook dan twitter? jemput mereka dan untung RM1 untuk setiap kawan yang menyertai dan berkongsi kempen ini.Tak guna modal 1sen pun.klik sini untuk menyertai.
Jana pendapatan sambilan dengan churpchurp-tanpa modal.Setiap satu klik di bayar 20sen

No comments:

Post a Comment

Harap anda dapat tinggalkan sedikit komen untuk bertukar pendapat.Penggunaan bahasa lucah dan kasar tidak dibenarkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget