Monday, May 2, 2011

Cara berpolitik di negara ini semakin menjijikkan - Bekas Mufti Perlis

Balas sumpah pertahan maruah

SHAH ALAM - Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu melakukan sumpah laknat di hadapan masyarakat bagi menafikan bahawa beliau bukanlah individu yang dikaitkan dalam video aksi seks seperti yang didedahkan trio ‘Datuk T’ baru-baru ini.

Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin berkata, walaupun sumpah laknat tersebut bukanlah satu kewajiban namun ia perlu dilakukan oleh Anwar bagi mempertahankan maruahnya.

“Saya tidak bersetuju Datuk T bersumpah laknat tetapi oleh kerana mereka sudah bersumpah dan menimbulkan buruk sangka kepada pihak yang dituduh, mengapa tidak Anwar bersumpah sahaja.

“Ya! Bukan paksaan atau kewajiban tetapi ia perlu dilakukan untuk menghilang sangkaan.

Sumpah bukan semestinya di mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, sumpah laknat boleh dilakukan di dalam atau di luar mahkamah mengikut keadaan bagi mengelakkan perbalahan daripada terus berpanjangan.

“Jika isteri menyuruh suami bersumpah bahawa dia tidak curang, adakah berdosa atau Allah menghukum jika suami bersumpah dia tidak buat dan memang dia tidak melakukannya.

Sumpah seperti itu dapat menghilangkan perbalahan,” katanya.

Beliau menyifatkan cara berpolitik di negara ini semakin menjijikkan di mana isu mengaibkan peribadi seseorang dijadikan sebagai isu untuk meraih sokongan rakyat.

“Saya hendak tegaskan cara berpolitik kita memang sudah jijik dan kotor. Sangat hina. Jika kita usah layan puak- puak ini juga patut,” katanya.

Semalam akhbar ini melaporkan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya mencadangkan Anwar bersumpah balas bagi menafikan tuduhan bahawa beliau merupakan pelaku dalam video seks berkenaan.

Jumaat lalu, Datuk Shazryl Eskay yang ditemani bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) membuat sumpah laknat bahawa beliau dan Anwar berada dalam paparan rakaman video aksi seks yang kini sudah tersebar di Internet.
-sumber SH


KLIK UNTUK SUPPORT SAMBUTAN HARI IBU

ARE YOUR FRIENDS ON CHURPCHURP?

No comments:

Post a Comment

Harap anda dapat tinggalkan sedikit komen untuk bertukar pendapat.Penggunaan bahasa lucah dan kasar tidak dibenarkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...