Google+ Followers

Wednesday, May 18, 2011

CUBAAN SELUDUP RM2.41JUTA SYABU DALAM UBI KAYU


NORDIN menunjukkan sebahagian daripada ubi kayu berisi syabu yang cuba diseludup oleh dua lelaki Nigeria pada sidang akhbar di pejabatnya di Shah Alam, Selangor semalam.



SHAH ALAM – Pelbagai cara digunakan oleh sindiket untuk menyeludup dadah ke negara ini.
Terbaharu, satu lagi taktik digunakan sindiket dadah antarabangsa dengan menyorok dadah jenis syabu seberat 9.64 kilogram ke dalam ubi kayu dan keledek berjaya ditumpaskan polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang di sini baru-baru ini.
Taktik licik itu dikesan selepas polis menahan dua lelaki warga Nigeria berusia 31 dan 32 tahun secara berasingan pada Sabtu lalu dan semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir berkata, tangkapan pertama yang dibuat pada pukul 3.45 petang di balai ketibaan KLIA itu melibatkan seorang lelaki yang baru tiba dari Lagos, Nigeria.
“Ketika ditahan, suspek yang memasuki negara ini sebagai pelancong itu memegang satu beg guni plastik mengandungi enam ketul ubi kayu bersaiz ‘gergasi'.
“Ketika soal siasat, suspek mendakwa barang itu dikirim untuk rakannya di sini dan pemeriksaan lanjut kita menemui enam bungkusan syabu yang disumbat di dalam ubi kayu tersebut,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam. - KOSMO

Got a friend who uses Facebook and Twitter? Invite them and earn RM 1 for every friend who joins and shares a campaign. ada ramai kawan guna facebook dan twitter? jemput mereka dan untung RM1 untuk setiap kawan yang menyertai dan berkongsi kempen ini.Tak guna modal 1sen pun.klik sini untuk menyertai.
Jana pendapatan sambilan dengan churpchurp-tanpa modal.Setiap satu klik di bayar 20sen

No comments:

Post a Comment

Harap anda dapat tinggalkan sedikit komen untuk bertukar pendapat.Penggunaan bahasa lucah dan kasar tidak dibenarkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget