Google+ Followers

Thursday, May 19, 2011

Lelaki bakar isteri di kekal hukuman mati

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman mati ke atas seorang lelaki yang membakar isteri, ibu mentua, abang dan adik iparnya pada malam Deepavali lapan tahun lalu.

Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Yusoff, Datuk Seri Md Raus Sharif dan Datuk Abdull Hamid Embong sebulat suara menolak rayuan akhir M. Balamurali selepas memutuskan bahawa tiada sebab untuk campur tangan dengan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Beliau berkata, isu yang dibangkitkan peguam Balamurali, T.Vijayandran, telah dinilai oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Balamurali, 35, seorang penganggur didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi pada 12 Nov 2007 kerana membunuh isterinya M.Komathi, 25, dan adik iparnya K.Sareswathy, 24, yang hamil 14 minggu, di rumahnya di Lot 10352 Jalan Bunga Melor, Kampung Baru

Hicom di sini, pukul 10 malam pada 6 Nov, 2002.

Mahkamah Rayuan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 30 Nov 2010.

Komathi dan Sareswathy meninggal akibat kebakaran teruk manakala Balamurali, ibu mentuanya S. Mariamah dan abang iparnya, M.Sivarajah dirawat di hospital.

Sareswathy meninggal dunia pada 10 Nov 2002, empat hari selepas insiden itu manakala Komathi meninggal dunuia pada 12 Nov 2002.

Balamurali didakwa menyimbah petrol ke atas isteri dan tiga yang lain sebelum membakar mereka selepas menuduh isterinya mempunyai hubungan sulit.

Pada hari kejadian itu, Mariamah memberi keterangan bahawa beliau nampak Komathi disimbah dengan petrol dan Balamurali cuba menyalakan api.

Dalam keterangannya, beliau, Komathi dan Sareswathy cuba menghalangnya (Balamurali) dari menyalakan api dengan memeluk Balamurali tetapi gagal.

Semasa membela diri, Balamurali mendakwa bahawa beliau mahu menamatkan nyawanya sendiri di hadapan isterinya.

Katanya beliau telah menyimbah dirinya dengan petrol dan memegang pemetik api di tangannya.

Balamurali mendakwa bahawa ketika hendak membakar dirinya, isteri, ibu mentua, abang dan adik iparnya cuba menghalangnya tetapi mereka disambar api.

Dia menafikan menyimbah petrol ke atas Komathi dan Sareswathy.

Dalam prosiding rayuan hari ini, Vijayandran memohon mahkamah agar mengurangkan dakwaan kepada membunuh tanpa niat.

Timbalan Pendakwa Raya Fatnin Yusof berhujah bahawa Balamurali tahu dengan menghidupkan pemetik api, ia boleh membahayakan si mati yang telah disimbah dengan petrol.- Bernama

Got a friend who uses Facebook and Twitter? Invite them and earn RM 1 for every friend who joins and shares a campaign. ada ramai kawan guna facebook dan twitter? jemput mereka dan untung RM1 untuk setiap kawan yang menyertai dan berkongsi kempen ini.Tak guna modal 1sen pun.klik sini untuk menyertai.
Jana pendapatan sambilan dengan churpchurp-tanpa modal.Setiap satu klik di bayar 20sen

No comments:

Post a Comment

Harap anda dapat tinggalkan sedikit komen untuk bertukar pendapat.Penggunaan bahasa lucah dan kasar tidak dibenarkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget