Google+ Followers

Sunday, May 8, 2011

Maut dalam lubang sampah

Maut dalam lubang sampah 
AIR ITAM – Cubaan menyorok di dalam lubang sampah di tingkat 10 Blok E, Flat Padang Tembak akhirnya hanya membawa maut kepada seorang tukang paip.  Seorang peniaga kedai makan yang enggan namanya dikenali berkata, kejadian berlaku pada jam 9 malam kelmarin.  Lelaki itu tidak asing dalam kalangan penduduk kerana bekerja sebagai tukang paip dan sering kali membaiki paip rosak di Flat Padang Tembak.  Menurut peniaga itu, dipercayai lelaki berkenaan cuba memecah masuk rumah di tingkat 11 melalui sebuah rumah kosong di tingkat 10.  “Rumah di tingkat 10 itu tiada orang, jadi dia cuba masuk ikut balkoni, tetapi bila ada penduduk nampak dan masing-masing menjerit dan menyergahnya, dia terus terjatuh ke atas atap balkoni rumah di tingkat 9.  “Nasib dia baik kerana tidak jatuh ke bawah tetapi kemudiannya dia naik semula masuk ke rumah tingkat 10 dan lari, kemudian penduduk tidak tahu dia pergi lari ke mana kerana tidak jumpa,” katanya ketika ditemui pemberita.  Peniaga berkenaan berkata, keesokan harinya pemungut sampah menjumpai mayat lelaki berkenaan di lubang sampah di tingkat paling bawah Blok E Flat Padang Tembak.  “Mungkin dia tergelincir dan jatuh daripada tingkat 10 kerana menyorok di dalam lubang sampah.  “Biasanya kami buang sampah dari atas ikut lubang itu, dia takut orang cari dia dan tangkap jadi dia menyorok dalam lubang sampah yang licin, nasib dia tak baik,” katanya.  Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng mengesahkan kejadian berkenaan dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.  Menurutnya, mayat kini dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan sedang dibedah siasat.  “Mangsa ialah warganegara Nepal yang bernama Vijay Kumar Yadar Amir lingkungan 40-an dan bekerja sebagai buruh pemasangan saluran paip di Blok E, Flat Padang Tembak,” katanya.- sinar harian

Got a friend who uses Facebook and Twitter? Invite them and earn RM 1 for every friend who joins and shares a campaign. ada ramai kawan guna facebook dan twitter? jemput mereka dan untung RM1 untuk setiap kawan yang menyertai dan berkongsi kempen ini.Tak guna modal 1sen pun.klik sini untuk menyertai.

No comments:

Post a Comment

Harap anda dapat tinggalkan sedikit komen untuk bertukar pendapat.Penggunaan bahasa lucah dan kasar tidak dibenarkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget