Monday, May 9, 2011

Pelajar IPTA mati tergantung

JASIN: Tanda tanya mengenai seorang pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang ‘menyepikan diri’ selama dua hari terjawab selepas mayatnya ditemui di rumah sewanya di Taman Muhibbah, Merlimau, di sini, petang kelmarin.  Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang, mayat S Pannir Selvan, 22, ditemui tergantung pada kipas siling oleh bapa saudaranya yang pergi ke rumah sewa mangsa.   Difahamkan, bapa saudara mangsa pergi ke rumah berkenaan untuk mencarinya selepas dua hari tidak melihatnya.  Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, sepasukan polis yang menerima maklumat mengenai kejadian itu bergegas ke lokasi untuk melakukan siasatan.   “Berdasarkan siasatan awal, kejadian tidak membabitkan unsur jenayah dan kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).   “Pemeriksaan polis pada badan dan rumah sewa lelaki itu juga tidak menemui kesan jenayah,” katanya di sini, semalam.  Beliau berkata, Pannir Selvan tinggal menyewa di situ bersama lima lagi rakannya dan ketika kejadian, hanya dia berada di rumah berkenaan kerana teman serumahnya pulang bercuti ke kampung masing-masing.   Menurutnya, hasil bedah siasat pihak hospital mendapati mangsa mati akibat menggantung diri dan motif kejadian masih dalam siasatan.-METRO

Got a friend who uses Facebook and Twitter? Invite them and earn RM 1 for every friend who joins and shares a campaign. ada ramai kawan guna facebook dan twitter? jemput mereka dan untung RM1 untuk setiap kawan yang menyertai dan berkongsi kempen ini.Tak guna modal 1sen pun.klik sini untuk menyertai.
Jana pendapatan sambilan dengan churpchurp-tanpa modal.Setiap satu klik di bayar 20sen

FILEM YANG MEMBUATKAN JATUH BIJI MATA ANDA!


Microsoft akan memilih 2 orang setiap minggu untuk mengembara mengelilingi dunia!

No comments:

Post a Comment

Harap anda dapat tinggalkan sedikit komen untuk bertukar pendapat.Penggunaan bahasa lucah dan kasar tidak dibenarkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...