KUALA LUMPUR - Pihak polis telah mendapat gambaran suspek yang terlibat dalam kes simbah cecair yang dipercayai asid menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di beberapa lokasi kejadian. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, menerusi CCTV itu, polis dapat mengecam warna kulit, umur serta bentuk badan suspek itu. Menurutnya, suspek dipercayai berumur dalam lingkungan 20-an dan 30-an, berbadan gempal dan kurus dan menggunakan dua jenis motosikal ketika melakukan jenayah itu Beliau yang ditemui selepas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melawat Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC) yang dikendalikan polis di sini, hari ini. Sehingga kini terdapat 22 kes menyimbah cecair dipercayai asid (bahan kimia yang sukar didapati) di Lembah Klang dan 70 peratus daripada kes itu dilakukan berseorangan manakala 30 peratus lagi dilakukan berpasangan. Perbuatan jenayah itu dikesan aktif mulai Februari hingga 27 Mac lepas apabila 18 kes dilaporkan berlaku dalam tempoh itu. Kejadian yang reda seketika selepas 27 Mac lepas, berulang kembali pada 6 dan 7 Mei dengan masing-masing dua kes dilaporkan di daerah Sentul dan Dang Wangi. - SH
mijie : gambar hanya rujukan.
Got a friend who uses Facebook and Twitter? Invite them and earn RM 1 for every friend who joins and shares a campaign. ada ramai kawan guna facebook dan twitter? jemput mereka dan untung RM1 untuk setiap kawan yang menyertai dan berkongsi kempen ini.Tak guna modal 1sen pun.klik sini untuk menyertai.
Jana pendapatan sambilan dengan churpchurp-tanpa modal.Setiap satu klik di bayar 20sen
No comments:
Post a Comment
Harap anda dapat tinggalkan sedikit komen untuk bertukar pendapat.Penggunaan bahasa lucah dan kasar tidak dibenarkan.