Sunday, May 15, 2011
ROZITA CHE WAN - SHAHIR AF8 : BEZA UMUR 16 TAHUN TIDAK HALANG CINTA
Hampir setahun gosip percintaan Rozita Che Wan dan Shahir AF8 tersebar tanpa ada sebarang pengakuan, Kini akhirnya Rozita Che Wan membuat pengesahan yang mereka berdua sememangnya sedang hangat bercinta.. Walaupun banyak tentangan daripada peminat Shahir AF8 gara-gara perbezaan umur 16 tahun diantara Rozita Che Wan dan Shahir, itu semua bukan halangan untuk mereka berdua meneruskan hubungan yang murni tu…
Pengakuan yang dibuat di Berita Harian tu turut mengatakan yang hubungan percintaan mereka berdua sudahpun diketahui oleh rakan-rakan media, Tetapi demi menjaga hati ramai pihak termasuk peminat Shahir AF8 sendiri, perkara itu tidak dihebahkan kepada umum…
“Kebelakangan ini pun sudah kecoh mengenai kisah peminat fanatik yang tidak merestui hubungan kami. Tetapi itu di luar kawalan saya. Cuma sejauh mana fanatik peminat Shahir sekali pun, mereka tidak menghalang mahupun mengongkongnya dalam soal membabitkan hati.
“Dia lelaki baik. Saya tertawan dengan sikap dan budi pekertinya. Saya senang bersamanya. Tambah pula kami berasal dari kampung dan mungkin itu juga antara sebab kami serasi. Cuma setakat ini, keluarga masing-masing tidak tahu dengan jelas hubungan kami.
“Soal merencana masa depan, sebaiknya soalan itu ditanya kepada Shahir. Saya hanya mampu berserah, pada masa sama berharap hubungan kami akan berakhir ke jenjang pelamin. Saya mengharapkan pengakhiran yang indah,” (petikan daripada Berita Harian)
Got a friend who uses Facebook and Twitter? Invite them and earn RM 1 for every friend who joins and shares a campaign. ada ramai kawan guna facebook dan twitter? jemput mereka dan untung RM1 untuk setiap kawan yang menyertai dan berkongsi kempen ini.Tak guna modal 1sen pun.klik sini untuk menyertai.
Jana pendapatan sambilan dengan churpchurp-tanpa modal.Setiap satu klik di bayar 20sen
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Harap anda dapat tinggalkan sedikit komen untuk bertukar pendapat.Penggunaan bahasa lucah dan kasar tidak dibenarkan.