Google+ Followers

Tuesday, May 17, 2011

Terkini : Harga minyak RON95 mungkin naik bulan depan

IPOH: Kerajaan akan mengkaji semula semua harga produk petroleum termasuk petrol RON95 pada bulan depan bagi menentukan harga sedia ada akan kekal atau sebaliknya, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.
Beliau berkata kajian semula oleh kementerian itu bersama-sama agensi lain seperti Kementerian Kewangan dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) akan menentukan sama ada harga sedia ada kekal atau dinaikkan berdasarkan tanggungan subsidi kerajaan.



"Mengikut pelan Rasionalisasi Subsidi, satu kajian semula akan dibuat enam bulan sekali terhadap subsidi semua produk. Jadi untuk petrol RON95, diesel dan LPG (gas cecair asli) kajian terakhir dibuat pada Disember tahun lepas.
"Ini bermakna bulan ini atau awal Jun akan berlaku kajian semula untuk pertengahan tahun...saya tidak boleh memberi gambaran apa yang akan berlaku, tetapi kajian akan berlaku dan tanggungan subsidi oleh kerajaan adalah tinggi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Ipoh Barat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kedudukan semasa harga petrol RON95 berikutan harga petrol RON97 kini meningkat kepada RM2.90 seliter.

mijie : Kerajaan biasanya akan membandingkan harga minyak negara dengan negara bukan pengeluar minyak atau dengan negara yang kos sara hidup yang tinggi.Untuk perbandingan lebih adil : Berikut saya sertakan perbandingan harga minyak negara berbanding harga minyak negara pengeluar minyak yang lain.

Malaysia
Harga Petrol : RM 2.90
Malaysia pengeluar ke-27 di dunia.


Qatar
......Harga Petrol : RM 0.75
Qatar pengeluar ke-22 di dunia.

Oman
Harga Petrol : RM1.00
Oman pengeluar ke-28 di dunia.

Egypt @ Mesir
Harga Petrol : RM 1.06
Egypt pengeluar ke-29 di dunia.

Iran
Harga Petrol : RM 0.35
Iran pengeluar ke-8 di dunia..


Berfikirlah secara bijak sebelum mengiyakan segala tindak tanduk kerajaan....ADAKAH RAKYAT SEPERTI KITA BENAR BENAR DIDAHULUKAN SEPERTI SLOGAN YANG DILAUNGKAN. 


Got a friend who uses Facebook and Twitter? Invite them and earn RM 1 for every friend who joins and shares a campaign. ada ramai kawan guna facebook dan twitter? jemput mereka dan untung RM1 untuk setiap kawan yang menyertai dan berkongsi kempen ini.Tak guna modal 1sen pun.klik sini untuk menyertai.
Jana pendapatan sambilan dengan churpchurp-tanpa modal.Setiap satu klik di bayar 20sen

No comments:

Post a Comment

Harap anda dapat tinggalkan sedikit komen untuk bertukar pendapat.Penggunaan bahasa lucah dan kasar tidak dibenarkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget