Wednesday, June 1, 2011

TARIF ELEKTRIK NAIK 7.12 PERATUS MULAI RABU

Tarif elektrik naik 2.23 sen


PUTRAJAYA - Sebagai sebahagian daripada proses merasionalisasikan subsidi yang sedang dilaksanakan, kerajaan semalam mengumumkan purata tarif elektrik akan dinaikkan sebanyak 2.23 sen kilowatt sejam atau 7.12 peratus kepada 33.54 sen kW sejam daripada 31.31 sen kW sejam, berkuat kuasa Rabu ini, 1 Jun.

Bagaimanapun, langkah berkenaan tidak akan menjejaskan kira-kira 75 peratus penduduk yang menggunakan kurang daripada 300 kW sebulan.

Pengumuman berkenaan dibuat pada sidang akhbar bersama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Menteri Tenaga, Tenaga Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin.

Mereka berkata, kenaikan 7.12 peratus itu disebabkan oleh peningkatan harga gas asli untuk sektor tenaga.

Harga gas asli naik daripada RM10.70 juta unit termal British (mmBTU) kepada RM13.70 mmBTU seiring dengan peningkatan harga tenaga global.

Chin berkata, kenaikan tarif elektrik itu juga melibatkan semakan tarif asas Tenaga Nasional Bhd (TNB) iaitu kenaikan sebanyak dua peratus atau 0.63 sen/kWj
daripada kadar purata tarif semasa.

“Semakan tarif asas ini akan membolehkan TNB mempertingkatkan pelaburan dalam penyediaan infrastruktur pembekalan elektrik yang lebih baik termasuk pengukuhan infrastruktur sistem penghantaran dan pengagihan,” kata beliau.

TNB dijangka melabur sebanyak RM4.5 bilion setiap tahun untuk menyediakan dan menaik taraf sistem infrastruktur bekalan elektrik.

Chin berkata, selaras dengan usaha kerajaan untuk merasionalisasikan harga tenaga mengikut mekanisme harga pasaran, maka kerajaan telah bersetuju supaya mekanisme pelepasan kos bahan api diguna pakai dalam penetapan tarif elektrik di masa hadapan.

Bagi mengurangkan kebergantungan kepada sumber bahan api fosil iaitu gas dan arang batu, kerajaan telah memutuskan agar kutipan tambahan satu peratus daripada bil bulanan pengguna disumbangkan kepada dana tenaga boleh diperbaharui (RE) untuk menampung kos tambahan ini.

Bagaimanapun, Chin berkata kutipan tambahan ini tidak termasuk pengguna yang menggunakan elektrik di bawah 300 kWj sebulan. sumber - SH

Got a friend who uses Facebook and Twitter? Invite them and earn RM 1 for every friend who joins and shares a campaign. ada ramai kawan guna facebook dan twitter? jemput mereka dan untung RM1 untuk setiap kawan yang menyertai dan berkongsi kempen ini.Tak guna modal 1sen pun.klik sini untuk menyertai.
Jana pendapatan sambilan dengan churpchurp-tanpa modal.Setiap satu klik di bayar 20sen

No comments:

Post a Comment

Harap anda dapat tinggalkan sedikit komen untuk bertukar pendapat.Penggunaan bahasa lucah dan kasar tidak dibenarkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...