Saturday, March 3, 2012

BERITA TERKINI : JACKY CHAN MENINGGAL KEMALANGAN

Timbalan Pengerusi Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Karamunting, maut setelah kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabit dalam nahas jalan raya di Kilometer 16, Jalan Labuk di Simpang Jalan Seguntor, Sandakan, Jumaat. Dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa, Jacky Chan Che Kwok, 50, meninggal dunia di tempat kejadian setelah kenderaannya dirempuh oleh sebuah lori tangki minyak ketika keluar dari simpang Seguntor.

Ketua Polis Daerah, ACP Rowell Marong berkata ketika kejadian mangsa mengikuti konvoi empat buah kereta yang mengiringi rombongan Anggota Parlimen Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin.

Katanya kereta mangsa berada di belakang konvoi itu ketika keluar dari simpang itu tetapi gagal mengelak lori tangki minyak yang menuju ke arah bandar Sandakan.

Katanya, jurugambar Anggota Parlimen itu, Chang Kim Fah, berusia dalam lingkungan 30-an, yang menaiki kenderaan mangsa turut mengalami kecederaan parah dan sedang menjalani rawatan di Hospital Duchess of Kent di sini. ~bernama


mijie : ramai jugak nama jacky chan ni.

No comments:

Post a Comment

Harap anda dapat tinggalkan sedikit komen untuk bertukar pendapat.Penggunaan bahasa lucah dan kasar tidak dibenarkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...