Google+ Followers

Monday, March 21, 2011

Ada individu yang sanggup membayar RM150 ribu untuk mendapatkan title Datuk


[TMI] KOTA BHARU, 20 Mac — Sultan Kelantan, Sultan Muhammed V sangat memandang berat dan melahirkan rasa dukacita dengan tindakan pihak tertentu di negeri ini yang mengurniakan darjah kebesaran kepada individu dengan sewenangnya.
Menyatakan demikian, Penasihat Undang-Undang Istana Kelantan, Datuk Sukri Mohamed berkata baginda melahirkan perkara itu kerana terdapat sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang “mengurniakan” darjah kebesaran dan anugerah “datuk” kononnya daripada Kesultanan Kelantan dengan bayaran RM150,000 sedangkan anugerah itu adalah palsu.
Sukri berkata pertubuhan itu yang dibatalkan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan pada 10 Januari lepas memberikan “darjah kebesaran Kelantan” kepada 120 orang dari dalam dan luar Kelantan mulai tahun lepas.
“Untuk mendapatkan gelaran “datuk” ada penerima sanggup membayar sehingga RM150,000. Terbaru, pertubuhan itu telah mengadakan majlis penganugerahan di sebuah hotel di sini pada minggu lepas,” katanya kepada pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata susulan daripada itu, pihak Istana Kelantan telah membuat tiga laporan polis — satu di balai polis Pasir Mas dan dua di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Negeri Jumaat lepas.
Laporan turut dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pendaftar Pertubuhan.
Sukri berkata mengikut Perkara 43 (1) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, hanya Sultan Kelantan boleh mengurniakan gelaran dan kebesaran serta mengadakan pangkat kemuliaan, pingat kebesaran dan kehormatan.
Dalam sidang akhbar yang sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan ACP Lai Yong Heng berkata pihaknya telah mengambil keterangan daripada mereka yang terlibat di dalam majlis penganugerah darjah oleh pertubuhan berkenaan.
“Ia masih dalam siasatan mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan, namun tiada sebarang tangkapan dibuat,” katanya. — Bernama

Got a friend who uses Facebook and Twitter? Invite them and earn RM 1 for every friend who joins and shares a campaign. ada ramai kawan guna facebook dan twitter? jemput mereka dan untung RM1 untuk setiap kawan yang menyertai dan berkongsi kempen ini.Tak guna modal 1sen pun.klik sini untuk menyertai. Jana pendapatan sambilan dengan churpchurp-tanpa modal.Setiap satu klik di bayar 20sen.

No comments:

Post a Comment

Harap anda dapat tinggalkan sedikit komen untuk bertukar pendapat.Penggunaan bahasa lucah dan kasar tidak dibenarkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget