Tuesday, March 15, 2011

BOB LOKMAN - BOB BULAN OH BULAN


TELUK INTAN, 14 Mac - "Dulu orang panggil saya Bob sebab saya gemuk. Sekarang saya kekal dipanggil Bob yang bermaksud Bulan Oh Bulan," jelas Mohd. Hakim bin Lokman atau lebih dikenali sebagai Bob Lokman di dalam sebuah majlis ceramah di Kg. Bahagia dekat sini.

Lebih lima tahun beliau mencari hidayah dan akhirnya berubah setelah beliau diuji oleh Allah SWT dengan darah tinggi dan sakit jantung. Sejak itu, beliau banyak bertanya dengan guru-guru agama untuk mencari ilmu demi mencari kebenaran.
Sdr. Bob Lokman bersama YDP PAS Teluk Intan, Ustaz Ismail Che Nik

"Alhamdulillah, apabila saya diberikan sedikit ilmu oleh Allah maka hati saya telah terbuka untuk menyertai Parti Islam Semalaysia dengan mengisi borang ahli PAS."

 "Maka, melalui PAS saya dapat berdakwah untuk mempopularkan Allah kepada orang ramai demi menebus kembali segala apa yang telah saya lakukan sebelum saya berhijrah," tambah beliau lagi.

Bagi beliau, taqwa merupakan perkara utama yang perlu ada dalam diri setiap pejuang Islam.

"Oleh itu, saya menyeru kepada orang muda, sementara anda masih ada tenaga, fikiran cerdas dan masa yang lapang, isilah dada anda dengan ilmu agama untuk meningkat ketaqwaan dan iman dan berjuanglah menegakkan Islam selagi Islam belum tertegak dan berdaulat di negara ini," ujar beliau dengan penuh semangat.
Orang ramai memenuhi ruang ceramah.

Kehadiran orang ramai pada malam itu begitu memberangsangkan sehingga kawasan pekarangan Bilik Gerakan Pemuda PAS Kg. Bahagia yang sememangnya agak luas telah dipenuhi malah melimpah ke tepi jalan raya.

Sebelum itu, ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin telah menyampaikan ucapan aluan sebagai mewakili PAS Kawasan Teluk Intan. Di dalam ucapan, beliau menyentuh tentang ketidakadilan UMNO/BN dalam melaksanakan pilihan raya yang kononnya berdasarkan demokrasi tulin dengan mengambil contoh undi pos yang menjadi pengisi kantung BN serta peranan SPR dalam memenangkan BN.
YB Anuar menyampaikan ucapan aluan.

"Selain itu, rakyat juga telah dibebankan dengan saman ekor yang dikenakan dengan cara begitu zalim tanpa dipastikan akan kesalahan seorang pemandu itu. Malah, mereka menjadikan 'senarai hitam' sebagai jerat kepada rakyat untuk dipaksa menjelaskan saman ekor," jelas beliau.

Selepas itu, para hadiri telah berpeluang mendengar ceramah dan nyanyian oleh Ustaz Radhi Abdul Hamid, seorang bekas vokalis kumpulan rock Melissa. Sebelum berceramah, Ustaz Radhi telah menyampaikan sebuah lagu 'Cinta Untuk Nabila' yang menurut beliau telah diubahsuai maksudnya kepada cinta kepada Nabi SAW.
Ustaz Radhi Melissa menyanyi sebelum berceramah. Masih mantap vokal ustaz...!

Kehidupan sebenar kita ialah kehidupan selepas mati, kata Ustaz Radhi.

Ustaz Radhi banyak menceritakan tentang pengalaman hidup beliau semasa menjadi artis yang glamor.

"Walaupun hidup saya senang dan glamor tetapi sebenarnya jiwa saya kacau dan tidak tenang seolah-olah wujud kekosongan dalam jiwa. Sehinggalah saya mencari kebenaran," jelas beliau.
Ceramah yang hebat daripada penceramah yang hebat.
Bob Lokman bergambar kenangan bersama ADUN Changkat Jong.
Orang ramai berpusu-pusu datang mendapatkan autograf dan bergambar bersama Sdr. Bob. Masih glamour...

Untuk akhirnya, DS Hj. Nizar Jamaluddin telah menyampaikan ceramah. Beliau banyak menyentuh tentang perkembangan persidangan parlimen yang sedang berlangsung.

intanhijau.blogspot.com

Got a friend who uses Facebook and Twitter? Invite them and earn RM 1 for every friend who joins and shares a campaign. ada ramai kawan guna facebook dan twitter? jemput mereka dan untung RM1 untuk setiap kawan yang menyertai dan berkongsi kempen ini.Tak guna modal 1sen pun.klik sini untuk menyertai.

Jana pendapatan sambilan dengan churpchurp-tanpa modal.Setiap satu klik di bayar 20sen.

No comments:

Post a Comment

Harap anda dapat tinggalkan sedikit komen untuk bertukar pendapat.Penggunaan bahasa lucah dan kasar tidak dibenarkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...