Saturday, April 9, 2011

Bersihkan nama Sarbani! - Kesatuan Pegawai Kastam

KUALA LUMPUR 8 APRIL : Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung menuntut penjelasan daripada Datuk Seri Najib Razak dan menuntut Perdana Menteri membersihkan nama baik jabatan itu.

Presidennya Ibrahim Ahmad juga berkata kes Ahmad Sarbani Mohamed yang dijumpai mati di bangunan SPRM Wilayah Persekutuan Rabu lalu tidak harus dikategorikan sebagai membunuh diri.

Beliau juga berharap anggotanya tidak akan "dipukul atau dijentik" ketika disiasat oleh SPRM.

"Ini kebimbangan kita. Kita tidak mahu (berlaku) paksaan dan kita tidak mahu (anggota kastam) dipukul," katanya dalam satu sidang media petang ini.

Mengulas lanjut, beliau turut meminta media supaya membetulkan laporan berhubung insiden melibatkan Allahyarham Ahmad Sarbani.

"Kita juga berharap nama Allahyarham dapat dibersihkan daripada perkataan 'membunuh diri.'

"Beliau sangat jujur. Kita ingin nama beliau dibersihkan," katanya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah berkata kesan kecederaan pada jenazah Ahmad Sarbani konsisten dengan kesan orang jatuh bangunan.

Kelmarin, mayat Allahyarham, 56, ditemui dalam keadaan tertiarap di gelanggang badminton di Tingkat 1 bangunan SPRM Wilayah Persekutuan.

Beliau adalah antara 62 pegawai Kastam yang ditahan semasa operasi SPRM dan enam agensi lalin yang dinamakan Operasi 3B pada 1 April lalu di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah, penggubahan wang haram dan beberapa kesalahan lain.


Got a friend who uses Facebook and Twitter? Invite them and earn RM 1 for every friend who joins and shares a campaign. ada ramai kawan guna facebook dan twitter? jemput mereka dan untung RM1 untuk setiap kawan yang menyertai dan berkongsi kempen ini.Tak guna modal 1sen pun.klik sini untuk menyertai. Jana pendapatan sambilan dengan churpchurp-tanpa modal.Setiap satu klik di bayar 20sen.

No comments:

Post a Comment

Harap anda dapat tinggalkan sedikit komen untuk bertukar pendapat.Penggunaan bahasa lucah dan kasar tidak dibenarkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...