Thursday, April 7, 2011

LAGI BAHANA ANJING PELIHARAAN - SIAPAKAH YANG LEBIH ANJING?

Kota Tinggi: Telinga seorang murid Tahun Tiga hampir putus dan terpaksa dikenakan 30 jahitan selepas diserang empat ekor anjing dalam satu kejadian dekat rumahnya di Kampung Panti di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa, Muhammad Rafiq Abdul Rashid (atas) hanya mampu menutup muka dan meraung kesakitan sambil menjerit meminta bantuan.
Kejadian berlaku ketika Muhammad Rafiq dan adik kembarnya, Muhammad Rafie berjalan kaki tidak jauh dari rumah mereka.

Ketika melewati rumah seorang peniaga ikan, secara tiba-tiba empat ekor anjing yang dipelihara di situ terlepas daripada kediaman itu sebelum bertindak mengejar pasangan adik beradik terbabit.

Menyedari bahayanya, pasangan kembar itu cuba lari menyelamatkan diri, namun nasib malang menimpa Rafiq apabila dia jatuh tersembam di atas jalan raya sebelum pantas dikerumuni empat anjing terbabit.

"Sejurus terjatuh, saya hanya mampu menekup muka saya dengan kedua-dua belah tangan sambil meraung kesakitan apabila anjing terbabit mula menggigit tubuh badan termasuk telinga.

"Nasib baik adik saya (Rafie) sempat mendapatkan bantuan penduduk kampung yang berjaya menghalau anjing itu daripada terus mengerumuni saya sebelum menghantar saya ke hospital dalam keadaan berlumuran darah," kata Rafiq yang terpaksa dirawat di Hospital Kota Tinggi selama tiga hari.

Rafiq ditemui di rumahnya, semalam, ketika diziarahi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Raja, Datuk Dr Adham Baba; Naib Ketua UMNO bahagian Tenggara (UBT), Suhaimi Khalid dan Ketua Wanita UMNO bahagian itu, Datin Salasiah Idris.

Bapa mangsa yang juga bekas tentera, Abdul Rashid Ibrahim, 55, berkata ketika kejadian beliau berada di Melaka kerana menghadiri satu kursus dan bergegas pulang sejurus dimaklumkan kejadian itu.

"Akibat serangan anjing itu, anak saya terpaksa menerima kira-kira 30 jahitan di seluruh tubuh, termasuk bagi menyambung telinga kanan yang terkoyak.

“Pemilik anjing itu ada mengunjungi anak saya di hospital dan semasa anak saya membuat laporan polis, dia berjanji akan membiayai segala kos perubatan sehingga sembuh," katanya. -BH

mijie : Binatang ialah makhluk tuhan yang tidak mempunyai fikiran dan pernah berdosa walau apa yang dilakukannya.Isu anjing peliharaan membaham dan mengganggu kehidupan masyarakat sering kali kita dengar berulang dan terus berulang.Dalam kes yang berlaku di Pulau Pinang yang melibatkan kematian baru baru ini,pemilik anjing hanya dikenakan hukuman denda yang minima.Memelihara binatang yang berpotensi membahayakan amat memerlukan penjagaan rapi.Bayangkan apa yang akan terjadi jika masyarakat memelihara harimau,anjing,beruk dan sebagainya tanpa penjagaan dari tuannya.Mengapa isu melibatkan keselamatan orang ramai seperti ini berulang dengan kekerapan yang tinggi? Pelaksanaan undang undang yang agak longgar sudah semestinya salah satu dari puncanya.TETAPI punca yang utama berlakunya kejadian serangan dan gangguan anjing ialah kerana KEBODOHAN DAN SIKAP MEMENTINGKAN DIRI yang ada pada pemilik anjing tersebut! Anda fikirkan lah siapa yang LEBIH ANJING dari anjing itu sendiri dalam kejadian ini.JANGAN TUNGGU KEJADIAN SAMA MENIMPA KELUARGA SENDIRI BARU NAK GUNA OTAK!!

Got a friend who uses Facebook and Twitter? Invite them and earn RM 1 for every friend who joins and shares a campaign. ada ramai kawan guna facebook dan twitter? jemput mereka dan untung RM1 untuk setiap kawan yang menyertai dan berkongsi kempen ini.Tak guna modal 1sen pun.klik sini untuk menyertai. Jana pendapatan sambilan dengan churpchurp-tanpa modal.Setiap satu klik di bayar 20sen.

No comments:

Post a Comment

Harap anda dapat tinggalkan sedikit komen untuk bertukar pendapat.Penggunaan bahasa lucah dan kasar tidak dibenarkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...