Monday, May 2, 2011

Gempar!! Gambar OSAMA Mati TIPU DIDEDAHKAN!!



Imej kononnya wajah Osama yang terkorban dalam serangan tentera Amerika Syarikat ketika disiarkan di dalam televisyen Pakistan.


Satu imej yang menunjukkan gambar Osama bin Laden terbunuh yang disiaran di televisyen Pakistan dan beberapa laman-laman web akhbar British ialah gambar palsu.


Imej berdarah seorang lelaki dengan rambut kusut dan berdarah, sebelah mata terbuka mata telah beredar di internet sejak dua tahun lepas. Ia telah digunakan di muka hadapan laman web Mail, Times, Telegraph, Sun dan Mirror, walaupun ia akhirnya dibuang selepas gambar tiruan itu didedahkan melalui Twitter.


Akhbar The Daily Mail yang turut menggunakan gambar palsu kematian Osama Bin Laden sebagai muka hadapan.


Gambar palsu ini pada mulanya diterbit oleh akhbar online di Timur Tengah themedialine.org pada 29 April 2009, dengan satu amaran dari editor "tidak mampu menentukan sama ada foto tulen atau bukan".



Gambar sebenar Osama (kanan) digabungkan dengan gambar lain (tengah) sehingga dikhabarkan imej Osama yang terkorban di dalam TV Pakistan.
sumber - pulakdah.blogspot

No comments:

Post a Comment

Harap anda dapat tinggalkan sedikit komen untuk bertukar pendapat.Penggunaan bahasa lucah dan kasar tidak dibenarkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...