Monday, May 2, 2011

KEJAM : Pukul, ikat dan mulut ditampal pita pelekat sehingga maut

Go to fullsize image -bukan gambar sebenar KUALA TERENGGANU – Seorang remaja perempuan berumur 13 tahun hanya mampu mendiamkan diri di dalam bilik ketika ibunya yang berada di bilik sebelah dipukul, diikat dan mulutnya ditampal pita pelekat sehingga maut, dalam satu kejadian samun di Taman Desa Darul Iman, Kemaman, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K.Manoharan berkata kejadian itu hanya disedari jiran wanita itu pada kira-kira pukul 4 pagi apabila ternampak pintu jeriji rumah berkenaan terbuka.
Beliau berkata, oleh kerana curiga, jirannya itu terus masuk ke dalam rumah berkenaan dan ternampak wanita berumur 54 tahun itu terikat di atas katil, dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Manoharan yang ditemui di pejabatnya di sini berkata, wanita itu kemudiannya dihantar ke Hospital Kemaman, namun dia meninggal dunia kira-kira 15 minit selepas tiba di hospital.
Menurutnya, anak wanita itu yang ketika kejadian sedang tidur di biliknya, dipercayai terjaga setelah mendengar jeritan ibunya, namun dia hanya berani keluar selepas menyedari kehadiran jiran serta anggota polis kira-kira sejam kemudian.
Suami wanita berkenaan yang merupakan seorang peniaga berusia 56 tahun tiada di rumah ketika kejadian kerana mempunyai urusan perniagaan di Kota Baharu, Kelantan.
Manoharan berkata, hasil bedah siasat mendapati wanita itu mati kerana lemas.
"Bedah siasat juga mendapati bahagian muka wanita itu lebam, dipercayai akibat dipukul,” katanya kepada pemberita di pejabatnya, di sini, hari ini.
Katanya polis percaya kejadian itu bermotifkan samun kerana beberapa barang milik wanita itu termasuk barang kemas didapati hilang selain keadaan rumah yang berselerak.
Beliau berkata polis bagaimanapun mendapat beberapa petunjuk untuk menjejaki suspek yang dipercayai lebih dari seorang.
"Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 396 Kanun Keseksaan kerana samun yang menyebabkan kematian, dan Seksyen 302 kanun sama kerana bunuh,” katanya. - Bernama

KLIK UNTUK SUPPORT SAMBUTAN HARI IBU

ARE YOUR FRIENDS ON CHURPCHURP?

No comments:

Post a Comment

Harap anda dapat tinggalkan sedikit komen untuk bertukar pendapat.Penggunaan bahasa lucah dan kasar tidak dibenarkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...