Sunday, May 15, 2011

Bakal pengantin diseksa hingga mati

JELEBU: Kejam. Begitu yang berlaku terhadap seorang mangsa bunuh apabila dipercayai diseksa sebelum nyawanya dicabut oleh dua ‘penjenayah setan’ di sebuah rumah kedai di Simpang Durian, dekat sini, kelmarin.
View Image

Difahamkan, siasatan awal polis mendapati mangsa, Christy Erny, 20, yang bakal melangsungkan perkahwinan bulan depan diseksa dengan kejam apabila kepalanya dihentak ke dinding, diterajang serta dipijak bertubi-tubi hingga menghembuskan nafas terakhir.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid mengesahkan mengenai perilaku dua penjenayah itu apabila suspek turut melakukan perbuatan sama kepada ibu si mati dikenali sebagai Sumirnah, 39.

Bagaimanapun, keadaan Sumirnah kini dilaporkan stabil dan masih dirawat di Hospital Tuanku Najihah, Kuala Pilah.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek yang tidak bersenjata dipercayai pergi ke premis dua tingkat itu untuk membunuh kerana kedua-dua mangsa langsung tidak melawan dan menyedari mereka diserang.- METRO
Got a friend who uses Facebook and Twitter? Invite them and earn RM 1 for every friend who joins and shares a campaign. ada ramai kawan guna facebook dan twitter? jemput mereka dan untung RM1 untuk setiap kawan yang menyertai dan berkongsi kempen ini.Tak guna modal 1sen pun.klik sini untuk menyertai.
Jana pendapatan sambilan dengan churpchurp-tanpa modal.Setiap satu klik di bayar 20sen

No comments:

Post a Comment

Harap anda dapat tinggalkan sedikit komen untuk bertukar pendapat.Penggunaan bahasa lucah dan kasar tidak dibenarkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...